Tuesday, June 28, 2011

perjuangan baru bermula ;p

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah zaman tamhidi bukan saja baru berakhir, malah debaran juga dah terjawab. result dh dapat dan ini adalah hasil usaha saya.
seperti yang saya jangkakan, sem satu saya lebih cemerlang dari sem dua ni.
hmmm setelah nuhasabah, terlalu banyak khilaf yang saya tak sedar sepanjang sem dua, perlu diperbaiki sebelum naik ke degree first year..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
keputusan yang Allah beri ni akhirnya melayakkan saya melanjutkan pelajaran ke Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia di Pandan Indah berdekatan dengan hospital Ampang.
semua ini adalah berkat usaha + pertolongan ALLAH yang tak putus putus.
terima kasih

mak abah
guru-guru
 sahabat-sahabat

kerana sentiasa menyokong dan membantu saya dalam berusaha memulakan perjuangan yang saya impikan.
betapa brapa lama saya impikan untuk menjadi doktor, dah lama saya cita-citakan.
sejak dari sekolah rendah lagi.


ehem2. tulisan kanak-kanak saya. skrang tulisan mmg mcm doktor. haha.

ini adalah biodata yang saya tulis untuk kawan-kawan saya.

alhamdulillah. akhirnya Allah memudahkan saya untuk saya menggapai impian saya menjadi seseorang yang boleh mmberi bakti kepada agama bangsa dan negara.

seriously, saya mmg cemburu dgn kawan-kawan yang ambil medic di overseas. mereka terus masuk first year. saya pula setahun lagi perlu berjuang bermati-matian untuk jejak kaki ke fakulti perubatan. bila semuanya sudah kecapi, saya dapat rasa nikmatnya pahit perjuangan tersebut.

sahabat-sahabat saya yang BELUM berjaya, (BUKAN TIDAK BERJAYA) percayalah, langkah yang perlu anda ambil selepas ini perlu diambil dengan segera. jangan redha begitu saja. Allah bukan tak bagi, cuma Allah lambatkan sikit langkah kita supaya kita lebih usaha dan semakin dekat dengannya. saya yakin antum pasti berjaya juga. usaha lagi usaha lagi ye? terus ambil tindakan seterusnya sebelum terlambat! hehe ;)

ok. tapi hidup saya teteap tak tenang selagi belum dapat lesen. esok test jpj. usaha dah ada tinggal tawakal je moga xmakan jalan orang.ahaha.

ok. adios!

assalam.
regards, 
DR AREENA OFFICIALLY!

Thursday, June 23, 2011

mengarut

crita orang melayu banyak mengarut kan?
drama biasa yg kita lihat.
kalau kaya, CEO atau orang tertinggi kebanyakannya mesti digoda.
bila yang ustaz2/ alim2 kbyakan dalam kalangan orang kampung.
hantu sana hantu sini.
mengumpat.
cakap benda2 kesat kasar
menjerit2 sana sini.
copot2 laki prmpuan??
percintaan yang dilarang syariah.
khalwat.
rasuah.
bunuh?
anakluar nikah sana sini.
haaaa? apakah?

komplen sana sini, masalah sosial, buang bayi bla3 banyak berlaku.
masalahnya, tengok la pada orang yang meluluskan penyiaran drama/filem.
sendiri mahu tunjuk imej yang orang melayu sekian2?
paahal ramai lagi orang melayu ISLAM yang boleh dicontohi.
konon, JADIKAN SEBAGAI PENGAJARAN yang negatif2 ni.
kenapa perlu tunjukkan yang negatif? 
psikologi seorang manusia, beliau adalah apa yang beliau nampak apa yang beliau bayangkan.
dah terbukti, berdasarkan apa yang saya belajar melalui sesuatu kursus ni, apa yang kita bayang,minda kita fikir, sistem badan kita akan menghasilkan hormon tertentu yang boleh mempengaruhi tindakan kita selepas itu.

habis, kalau kita nampak yang negatif mcm mana?
cakap, ermmm drma2ni/filem2 ni  dak kcik tak leh tengok.
masalahnya, sekuat itukah kita mmpu mengawal?


bagi pndangan saya, sepatutnya sebuah filem atau drama perlu suatu hari nanti dihasilkan oleh orang yang berpendidikan tinggi, mentaliti positif dan terpelajar dari segi sahsiah.
haiiiiiihhhhhhh smpai bilaaaaaaaa mentalitI imelayu terperangkap dalam  paparan sebegitu?

sekadar luahan ketidak puashatian dan meluahkan pendapat.

Wallahu a'lam~

Tuesday, June 21, 2011

cabaran

Alhamdulillah. harini saya lulus ujian sblum jpj test.
moga smuanya ALLAH permudahkan.
ckgu cakap saya dh boleh driving cumanya perlukan keberanian lagi skit. ;)
malangnya test jpj terpaksa saya ambil minggu depan hari Rabu.
MasyaALLAH saya baru je ingat mau pulang kekampung jaga uwan di hospital.
atuk pula masih sakit, tggal seorang dgn ibu saudara saya.
mohon antum smua mendoakan moga urusan kami dipermudahkan.

beberapa hari lepas, jiran saya meninggal.
jiran sebelah. jiran yang paling kami rapat.
masih muda ibunya. anak 8 orang. masih sihat. anaknya paling kecil bru mencecah dua bulan.
saya tak dpat byangkan kesusahan yang merkea tempuhi anak2 bersama suaminya perlu mereka tempuhi.
sekelipmata, Allah mahu ambil hanya kerana kasih sayangNYA.
betapa saya tak sangka berita tersebut, kerana kelmarin sebelum hari tersebut baru saja saya berbual dengan arwah dan bermain2 dengan anaknya lepas jogging.
haru. anaknya paling sulung tingkatan 3. kedua, perempuan tingkatan 1. bwah maih kecil2 lagi beza each 2 tahun.

anaknya masih berusaha mengejutkan ibunya lepas tahlil. peristiwa ni berlaku DEPAN mata saya!
Astaghfirullah. anaknya masih tak dpat terima hakikat bhwa ibunya mninggal dlm tdur.
moga ALLAH mencucuri rahmat ke atasnya dan tergolong dalam golongan yang soleh.

Al-Faatihah.

p/s: Alhamdulillah akhirnya saya hampir capai ke 'garisan penamat' bgi driving class, bersyukur sgt2!

Regards.
Dr. Areena

Wednesday, June 15, 2011

Eksklusif: Video Medic 1 USIM 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t

Fuuuuhhh lama jugak tak hapdet. agak sibuk skrg. 
persembahkan video medic 1.
cehhh tajuk tak boleh blaa 'eksklusif' haha.
actually bru blaja guna video maker (loko btul, pdhal dlu bdak mmu)

hehe. apa2 pun inilah dia gmbr2 yang smpat sy muatkan dlm video ni.
kbanyakannya saya ambil dri facebook shbat2
kredit to all my friends especially

Zarifah Madihah
Madihah
Syimir
Haziq (Our leader)
Faezah

sebab, gmbr2 dlm facebook korg saya ambil. hehe. soryy.

ok enjoy~
Regards,
Dr. Areena