Thursday, February 24, 2011

ilmu

Assalamualaikum w.b.t

saya selalu terfikir-fikir tertanya-tanya.

bagaimana ye
perasaan orang yang dia memang ambil jurusan agama, maksud saya.
hatinya, kualiti ibdahnya, taqarrub nya dengan Ilahi, frequent ingatannya pada Allah, pengahayatannya pada pelajaran yang diambil..
pernah tak, antum semua bayangkan atau terfikir?

"alaa.. biasa jela tu. knapa nak tahu sangat?normal..normal.."

eh. eh. haruslah nak tahu. sebab mungkin saya ni pelajar sains kan, saya rasa saya agak susah untuk kaitkan ilmu yang saya pelajari (selain biology) seperti Mathematics dengan kekuasaan Allah.

berbeza dengan pelajar yang memang ambil subjek seperti sirah Rasulullah, Usul Fiqh, quran sunnah dan sebagainya dimana subjek2 tersebut DIRECT, diulang DIRECT belajar tentang agama, sifat-sifat Allah , sejarah Rasulullah, hukum itu hukum ini dalam Islam.. dan menyebabkan saya sangat sangat teruja dengan pelajar-pelajar yang ambil kos2 ni.

dipendekkan cerita, saya pernah menemuramah dengan pelajar Tamhidi Syariah baru-baru ni dalam bas dan saya tanya soalan-soalan yang memang dah lama berlegar-legar dalam fikiran.

salah satunya
"eh, macam mana eh perasaan orang yang belajar agama? maksud saya, macam mana rasanya kualiti ibadah dengan Allah, amalan-amalan dalam kehidupan.. yela sebab kita dah tahu kan, mana yang salah dan yang betul, sedangkan kita buat bnda tu dari kecik tapi sebenarnya takde pun hadis sahih mengenai tu. minta maaf tanya, sebab saya sangat-sangat kagum dengan orang yang belajar agama. bayangkan la, orang biasa macam saya bila dengar apa-apa tazkirah, rasa hati ni sangat tersentuh, banyak sangat khilaf, masa tula rasanya hati ni nak memuji Allah, sedangkan orang belajar agama ni, sentiasa! sentiasa mengenal tentang agama dan Allah. "

dia pun menjawab itu ini itu ini itu ini. Melalui gayanya berpakaian, caranya berkomunikasi, penerangannya dan kekagumannya pada ilmu yang dipelajari cukup cukup memastikan saya, ilmu yang dipelajari sangat bermakna sehingga dia menjadi lebih baik dari yang dahulu. Alhamdulillah.. semoga hatinya sentiasa subur dengan cinta dari-Nya dan hidayah yang Allah beri itu mampu muslimah tersebut memberi manfaat pada masyarakat yang lain.

Subhanallah! betapa saya cemburu pada dia hanya Allah saja yang tahu. direct dia dapat ilmu tersebut sedngkan saya masih lagi terkapai-kapai, sangat bohong kalau saya cakap saya tiada masa untuk tambah ilmu saya selain ilmu sains tetapi atas kegagalan saya mengurus masa, inilah jadinya. hamba yang sentiasa dalam kerugian dalam merebut ilmu hanyut hanyut dan hanyut dari segi jasad dan juga tahap pemikiran. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah....

KEJAP!



jadi, pelajar sains ni kena put more effort la kan untuk buat semua tu?

terpulang lah pada masing-masing bagaimana dia membawa dirinya. kematangan seseorang dalam mengimbangkan ilmu dunia dan juga akhirat.

jadi, belajar sains ni rugi la?

SIAPA CAKAP? siapa kata? TIDAK TIDAK dan TIDAK sama sekali. malah bagi pendapat saya. pelajar sains sangat beruntung. kenapa saya cakap macam tu?

saya pernah berbincang berbual-bual kosong dengan dua orang sahabat saya mengenai benda ni
dapat disimpulkan, tiada yang RUGI dalam menuntut ilmu. tiada yang membuang masa dalam menuntut ilmu. apa yang ada hanya kelebihan yang tersedia pada manusia yang menghargai masa yang dianugerahkan padanya. cuma kelebihan tersebut tidak sama.

sebagai contoh.
pelajar sains mungkin secara tidak direct ilmu sains nya, mengenai agama, jadi benar kita perlukan lebih effort untuk faham dan mendalami betul-betul ilmu sains tersebut dengan Al-Quran, kehidupan seharian Rasulullah, para sahabat dan bermabcam-macam lagi. dan sepanjang perjalanan 'effort' kita inilah Allah lihat. Allah lihat usaha hambanya untuk mengenali diri-Nya. Usaha yang panjang dan BANYAKKKKKK untuk merebut cinta dari-Nya.

secara analoginya, kita. ya, kita. kita minat dan menaruh perasaan pada seseorang itu. hendak mendekatinya sangat susah! sangat susah! tak tahu apa caranya untuk menaut hati seseorang itu. seorang yang hampir sempurna, cemerlang, outstanding, baik paras rupa akhlak dan sebagainya. Masya Allah hati ini sangat mendambakan kasih sayangnya. Dengan penuh berazam kita cuba mengenalinya....sifat-sifatnya... segala-galanya tentang dia. susah.. sangat susah... lama masanya.. tapi bila sudah tahu dan sudah memilikinya, tidak mungkin mahu lepaskan. kasih sayang padanya kekal. usaha usaha yang kita buat terasa sangat manis. manis hingga kalau boleh mahu dirakamkan setiap detik itu. dan itulah fitrah manusia bukan?

itu baru cinta sesama manusia kawan-kawan. manusia yang HAMPIR sempurna. HAMPIR dan masih banyak kekurangan. ini YANG MAHA SEMPURNA. Allah S.W.T! tentunya kasih sayangnya Maha Hebat, Maha Besar. hinggakan hati ini terasa hidup, subur dan tenang bagaikan sungai-sungai yang tenang mengalir. mahu tersenyum saja rasanya. Mabuk cinta! bila berjalan keseorangan terasa didampingi. hati ni... hati ni... ishh rasa nak jumpa saja dengan-Nya. kan? kan? begitulah dia, kalau usaha kita dilebihkan hanya untuk mengenal diri-Nya yang Maha Sempurna.

Jadi.. bergembiralah dan jangan sesekali pun rasa atau terlintas di hati, ruginya belajar sains.. ishh matematik ni belajar apa.. apa ni kimia... molekul2... physics.. law2 ape ni...
jangan... jangan... cinta saja 'mereka' dan jom sama-sama cuba kaitkan dengan kekuasaan Allah.

sebagai contoh sahabat saya ada bagi untuk subjek Matematik. cikgu di sekolah lamanya yang bagi analogi ni.

"bayangkan.. semua nombor.. semua nombor tak kiralah besar mana! sejuta? satu trillion? apa2 pun kalau dikuasakan dengan kosong, pasti akan menjadi SATU. sama juga pada manusia, makhluk atau apa pun, hebat mana pun mereka, jika kuasanya tiada, mereka akan kembali pada yang SATU. ye, SATU iaitu ALLAH!"

Astaghfirullah! Subhanallah! sungguh indah hingga terasa sangat hina diri ini, walau banyak manapun kelebihan yang ALLAH PINJAMKAN pada kita semua yang berjuta-juta, kita masih lagi mampu untuk riya' dan takabbur sedangkan ITU SEMUA KUASA ALLAH, hanya kerana kasih sayang pada kita, Allah pinjamkan pada kita.

Moga kita bukanlah salah seorang daripada golongan tersebut. Nauzubillah...

p/s: harapnya apabila saya dapat masuk ke Fakulti Perubatan, iman yang sakit tenat ini sedikit sebanyak dapat diperbaiki. malah sekarang pun saya harus mula! huuuu. bangkitlah Areena... bangkit...

regards,
Dr. Areena