Assalamualaikum wbt
kejadian tadi tersangatlah lawak.agaknya sehingga tak tahan untuk sy simpan dan pendam. Selesai berbuka puasa, saya mahu menunaikan solat jemaah di bawah malangnya telekung tinggal satu dan saya perlu mengambilnya di atas.
oh ya, gelap.
entah kenapa, saya rasa seperti seram sejuk.
'nak naik ke tak nak. gelap ni'
beranikan diri.
naik naik. satu persatu anak tangga saya naiki.
'weh bau pe ni. rasanye takde orang tadi mandi dekat atas. aku tak pernah pun beli bedak bau ni'
SUDAH. terbayang cerita hantu yang menghiasi siaran-siaran di TV.
ok, apa tunggu lagi? lariiiiiiii !
"eh Areena kenapa turun balik lari-lari ni? Mana telekung?"
pfffffffffffftttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
*tersengih* patut ke daku bagitahu? oh tercabar ke-remaja-an ku.
"takde pape mak.."
reaksi muka mak seolah-olah mengerti sikap anaknya yang 'berani' walaupun dalam rumah.
saat itu saya merasakan mak mampu menjadi seorang pelakon terbaik.
"dah, pegi mntak tolong bibik temankan"
=.= krik krik krik krik
what? eh bibik yang baru sampai ni tak boleh tahu saya penakut. selama ketiadaan bibik sebelum ni, saya boleh atasi ke-takut-an itu dan semuanya saya buat sendiri. tapi.....................ini xboleh jadi. errrr. bukan selalu. kadang-kadang kena layan jugak kelemahan tu.
kan? kann?
=.= alasan.
********
memang melampau. di saat saya sudah sampai di kemuncak anak tangga, bau itu masih tidak hilang.
tak puas hati.
bau. srtiap bilik saya masuk. dari mana datangnya bau tu?
terasa seprti pemburu ghostbuster walaupun tiada sebarang alatan untuk menangkap.
ini xboleh jadi. ayat kursi dah ready sebelum diri sendiri menggelepur.
"lo? mana telekungnya?"
sekali lagi. bibik buat slack.
shhhhh. kjap bik. tak bau ke?
ya, bau. tapi ngapain?
errr. takde pape.
eh siyes. bau wangi tu mmg kuat gi-la dalam bilik mak.
gelap. =.=
kuat gi-LA! bukak lampu. siyes panas sangat tengkuk.
lihat cadar cantik.
..................................................................................................................................
"cadarnya dituker tadi. "
=.=
cepat cepat bau cadar. kepastian. tak salahkan?
SAH! bibik ketawa mengilai-ngilai.
perlu ke bikkk oii. maghrib ni. maghrib.
"gayanya sperti kucing tadi"
pffffffffffffffffffffttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
kucing? eh kes serious kot.
pokoknya.apa yang hendak saya tekankan di sini. bukan lawak tak jadi saya. bukan bau keliwon yang saya sangka. tapi semua ini psikologi dan mind set.
WE ARE WHAT WE THINK.
kerana keburukan. kita mencari alasan.
kerana jin dan syaitan. kita jadikan merekalah punca alasan.
kerana orang lain. kita katakan mereka lah 'kesan' alasan itu.
tak faham? fikirkan bagi yang terasa. ya, saya terasa.
alasan memang rakan baik manusia. kelak menjadi musuh yang merbahaya.
alasan tak salah. tapi bagaimana kita gunakan ALASAN tu.
ruang untuk improvement atau menampakkan ianya salah orang lain dan bukan salah kita?
tidak menyalahkan diri sendiri.
tidak menyalahkan orang lain.
(tapi kalau memang nampak sangat tu salah orang lain, tu memang kena tegur la kan)
bahaya alasan. mampu menjadi fitnah. mampu menjadi satu bahan bohongan.
kita akan sentiasa cuba cari alasan untuk merasakan kita adalah betul dan ACCIDENTLY membuat SITUASI YANG SALAH.
comtohnya, kerap tak masuk kelas sebab sakit tanpa surat daripada doktor.
senang je contoh.
NIAT TAK MENGHALALKAN CARA BEB.
tak solat sebab sakit.
tak puasa sebab tadi masuk kandang kambing, kotor and masa mandi accidently terminum air. bukak puasa.
(ok alasan ini saya yang reka, saje untuk nampak meleret)
nampak sangat tiada kobelerasi antara cerita bau keliwon dan mesej yang hendak disampaikan. mungkin emosi sedikit. tapi..
eh lupa, saya puasa. dan marah boleh mengurangkan puasa.
ok tamat.
*****************************************
tahniah IM Naufal. Mampu melangkah ke peringkat final dan antara tiga yang terpilih.
saya bukanlah peminat setia beliau. tetapi bangga rakan kelas sendiri popular.
ahhh duniawi. bila popular baru mengaku kawan. bahaha.
Tamhidi perubatan 2010/2011
kalau anda peminat tegar beliau carilah beliau di mana. haha
kuikui.
tapi sejak kebelakangan ni saya lihat rancangan imam muda seperti ada unsur politik.
hmm tak tahu lah kan.
bersangka baik.
moga program ini mampu menarik belia-belia di luar sana untuk meningkatkan potensi diri.
insyaAllah.