Wednesday, May 4, 2011

Sayonara Mr. T. Part 1


'pulanglah pada Tuhan! Cahaya kehidupan, syarat bhaaagia di dunia.. akhirat kekal selamanya..pada Allah.. Allah..'

alamak.pukul brapa ni? asal awal sangat alarm clock ni. HA???3 pagi?? bgun2. bio xstudy agi ni.
aiyoo.harini kuiz bio.eh mana ni tutor kimia. aiseh. fizik punya tutor?cek.takpe fizik je pun.hmmm bia..bi..de kje tak? ok. set. takde!

************************************

Assalamualaikum w.b.t

haa inilah dia common dialog kami medic 1 tiap2 pagi Isnin. hari Isnin lah hari yang paling sibuk, paling pack, paling stress, paling...hmm mcm2 lah. dri pagi smpai 5:30
ptg. FULL. masa tulah nak kuiz bio, masa tulah kadang2 nk tutor kimia atau kuiz, mungkin kuiz fizik juga ada, depends.hari tu jugaklah BI nak dua jam sraight.biology lecture pagi2, fizik last skali petang.memang agak masak.

sepanjang sem dua ini,kitaran hidup saya agak berbeza. sosial saya juga turut berbeza. maksud saya, mcm biasalah kita lebih mengenali antara satu sama lain. lebih rapat dan lebih open. dan dengan pendekatan ini kadang-kadang kita tersedar dengan kekurangan masing2. tak begitu?

banyak yang saya rindui. Mr. T sudah pun saya tinggalkan. Apa Mr. T tu? Tamhidi lah. Dan mari kita say heloo pada Mr. D = DEGREE.

beginilah antara dialog2 yang common antara kami.

saya banyak nak foukuskan pada hari Isnin. msg2 dok terkumat kamit buka buku bio yang CANTIK tu.

"mesti korang dah habis belajar kan? takutla"
"aduh mcm mne ni weh aku tak sentuh bio lgi, mlm tdi aku bru je smpai hostel"
"eh dah siap tutor kimia? tengok jap"

bila kuliah bio je.

"haa. 'fulan bin fulan' dah tdur dah?" (aduhhh lecturer sebut nama dah..bila terlelap)
ayat yang paling saya ingat dari lecturer.

"aih, saya tengok awk semua ni mcm ayam ke cicak? mata dok terkebil-kebil."
ohh baiklah, perut saya nak meletup masa tu tahan gelak,lagi2 apabila seseorang difokuskan waktu itu. hahaha. shhhhh medik 1 muslimat saja tahu mengenai itu. AYAM.haha.

byk btul sindiran yang mmbina ditujukan kpda kami. almaklumlah. pagi2 Isnini. pagi sedap. angin pagi sepoi2 bhasa, yg medic 1 ada yg stay up baca utk kuiz bio harit
u. mmg masak habislah.

English Class.

"fulan bin fulan, you should sit with your wife"
"treasurer, please collect 50 cent each if they don't bring their weaving book"
notorious ada, heart breaker ada. haha. mcm2 laa. ada satu hari tu, teacher marah gila kat ktrang sbb tak siapkan report writing literature review. ktrg dah
panick dah. knpe plak ni. ada sorg tu siap gigil2 cuak gila tengok teacher marah. yelaa teacher mana pnah marah. mmg TERkena habislaa budak2 tu. haha mmg klakar. semua diam. termasuk budak notorious tu. kelakar gila. ruap2nya teacher nak wt suprise kat budak2 yang lahir masa bulan 1. ceit. suprise birthday rupanya. crita selanjutnya? haish panjang sgt. nnti2 la cte ek. haha

ade g. pernah teacher mintak ktrg lipat kertas. potong empat. katanya nk wt muhasabah. tema pada hari itu.

JUJUR.
adakah anda jujur pada diri sendiri?
adakah anda jujur pada kawan2?
adakah anda jujur pada guru anda?
soalan last sekali xpyah la crte ye. sbb mmg lawak.

stiap soalan jwapannya dicatit dalm potongan krtas dibelah empat itu. mmg sensasi laa. haha.

lagi? ada lagi. awal2 class lagi kami diberi tugas utk mempersembahkan drama 2 minggu sebelum final. durasi approximate 45 minit. pada masa itu kami dibahagikan kumpulan dan kumpulan saya terdiri daripada 7 orang. mmg sensasi laaa bab2 drma ni bagi budak2 medic 1.

'eh korang wt latihan drama ke ptang ni, ktrg punya group tak"
"eh geram gila dgn dia ni, ada ke patut bla3"
"hish tak blh ni wt crita mcm ni, tak pyahla buat mcm ni, yang emosi2"
"ok set, kat kafe latihan"
"eh, props ape cte?"
"hmm teacher xdtg hari ni, yes! alamakkkk kena buat latihan drama ke.."
"eh ktrg belum hafal skrip la"

haaa bergaduh2 masing2 bab2 drama ni. hbs semua awal2 half hearted nak buat.

tapi..scara jujur saya ckp, saya selesa dgn kumpulan saya.3 oran
g lelaki, 4 org perempuan. kami rajin buat latihan.saya suka.sebab semua bgi komitmen yang baik! Alhamdulillah!~ saya tahu. kadang2 kita penat. kadang2 ada krja nk kne buat. tapi saya bersyukur, semua bgi sumbangan yang sama rata. overall, antara 10 kumpulan budak medik, kami adalah kumpulan yang terakhir buat persembahan.mmg puas hati sgt2, wlaupun...pda keesokan harinya, sy tak tahu mcm mna hendak menghdapi dunia!!! huhu. mlm drama tu adalah malam yang sgt best sbb kena rebut2 gn dak budak lain dewan besar utk praktis drama masing. haha. sgt lawak. wlaupun pnat, masa tulah kami semua mula rapat (kot la.haha)

sbgai penghargaan. ini dia. kepada BUMBLEBEE group.

Khairun Nabihah, Syazwani Omar, Sakinah Hafiz, Loqmanul Hakim, Ahmad Nadzir, Faiz. Korang memang terbaekkkkk!


p/s: gambar korng xdela plak untuk dimuatkan dalam blog aku yg gelemer ni. maaf la ye. haha. hrap dpat la jumpa lagi mse kat pandan nnti supaya aku dpt kenakan korg lagi! haha.

itulah dia, crita ceriti psl drma yang sensasi tu. plg lawak, bila hbis je drama, haaaa startlah,

"eh2 korang...tak buat latihan drama ke hari ni...?" (tangan di bahu mata ke atas)

haha. sangat sentap ye di situ.
mmg popular di antra kami sentap2 ni. ditambah pula dlm drama bumblebee, memasukkan elemen2 harmoni snetap menyentap supaya pnat2 penonton yang menunggu persembahan kami hingga 10 malam, berbaloi. haha.

tu baru crte drama yang sensasi. blum crita report writing ktrg lagi. haha. sensasi juga yang itu. mmg busy hbislah. tapi kali ni, group kami pecah. kumpulan saya buat tajuk mengenai Friendship and Special Relationship. ada yang buat LOVE AND MONEY. haha. fobia, softskill ada, technology..hmm mcm2 smpai sy pun dh xingat. hmm mmg sensasi ditambah-tambah dengan virus2 yang dibawa oleh seseorang hingga kami diberi 'kemudahan' jalan shortcut! haaa. bukan senang tu dapat jalan shortcut. hampir satu kelas dapat free2. sentap kan? haha. akhirnya semuanya sukses dan alhamdulillah kami semua diberi carry marks yang tinggi2. hehe.

trima kasih teacher!

haaaa. itulah dia sensasinya kelas english di klgn ktrg. balik nnti start lah, berkumpul, bukak mulut, gosip. haaa. apa yang terjadi kt kelas bi tdi. lawak2.

ok. itu semua kenangan yang tak mungkin dan mustahil terpadam dalam minda. hmm itu part 1. ade lagi yang lebih sensasi part two.


'you must be....... right?"

'talk to my hand!"

'hey, so HOT your car"

'i am not daughter of mama carey but I AM SON of mama carey!"

'i saw a chilly on your front teeth'


"MOTHER KNOWS BEST!"

heee~


















Tuesday, May 3, 2011

Siapa saya di KISAS.

Assalamualaikum w.b.t

kredit to Akif Shukri sbb beliau memberi saya idea utk hapdet blog yang dah berhabuk ni. hehe. saya di KISAS. cmne ye? haaa jom le tengok.

1) Give 5 simple words about KISAS

Mcm akif ckp, berkat, unik, nostalgia, hmm misteri , suci (tapi skrang tatau la kan)

2) Korang rasa korang meletup tak kat sekolah ?

meletup? tak ar kot. apa yang saya tahu, org akan kenal saya sbb suara. haaaa. mmg dh common dah dri dlu. jadi, tade hal sgt.

haa. mungkin tragedi ni yang membuatkan saya sdkit MELETUP dlm klangan muslimat. masa form 5. muslimin ttaw la kan. tragdi 15 Mei, yep. hari jadi saya disambut oleh kami 10 org termasuk syaza di kantin kisas. mase tu la, tragedi yang sgt menyedarkan warga kisas, smpai dlm tempoh sminggu tu, semua org nak pergi mana2 pun berteman, azan je solat awal, siap2 dah amik smbahyang, ngaaji semua, masing2 meningkatkan amal ibadah, malam2 sbelum tidur, memang baca Al-Mulk betul2, xmain2, sbb semua takut. haaa kepada yang tak tahu antum semua boleh la check it out kat link ni,Projek 15 May. haa. tula dia bnde yg membuatkan sy sdikit meletup kot. xbyak sgt pun.

nak ckp jwtan yg sy pgang meletup? xjugak. cuma seorang PRS. ahli MMU. BITAN. Naib Pengerusi Kelab Kerjaya, Penolong AJK Aras utk Bilik Air. stakat ni, tulah yg saya ingat. xgempak pun kan? hehe.

3) Apa perasaan masa hari pendaftaran? Siapa orang pertama korang tegur? Korang redha tak dengan warna file yang diberi ?

perasaan saya..sangat lah berkobar-kobar waktu tu. tengok semua yang dtg muka nak baik-baik je. haha. skema. orang pertama yang saya tegur Ain Dul. Haa ktrang mmg kamcing gila la dulu. Skarang ni pun dia berada di USIM ambil Tamhidi Akaun. jarang dapat jumpa sebab tempat belajar lain2 kan.

Serious tak redha fail yang diberi. Sebab saya expect nak dapat fail wrna pink (Merah) tapi dapat yang biru sebab PKR rumah biru, sebelum saya masuk KISAS lagi dah kenal. sangat sedih. ingat nak memperjuagkan laa balik kan semnagt rumah merah. tiba-tiba dapat Khalid (Biru). hmmm redha2. tapi bila dah campur semua dengan budak2 dorm, xsnagka semua satu kepala. gila-gila. bagi yang bukan SBP, kami dorm ikut sistem rumah. haa jadi mcm agak assobiyah skit di situ. tpi xpe, masing2 smgat nk mempertahankan markah rumah, terdorong utk dpatkan yang terbaik. Walaupun...err..khalid xperform sgt. hehe. apa2 pun KHALID GEMPAK!!!

4) Apa yang korang bangga dekat sekolah?

banyak kot. paling bangga biah solehah di sana seharusnya!

5) Tempat paling korang suka kat sekolah.

Library~ hehe. sebab sejuk. and....kelas 5 Sains 3! Best2~ banyak sgt nostalgia.

6) Nickname dekat sekolah ?

Areena saja. hehe.

7) Berapa kali korang attend gotong-royong? Pernah escape prep? Berapa kali? Kat mana dan buat apa?

haha. sgt skema ye soalan. hurm. gotong-royong? mana laa saya ingat..
escape prep? xpernah rasanya. paling2 pun msti ada sebab. macm sakit ke, kerja MMU ke, PRS ke. haaa mcm tu lah. hehe. maaflah dulu saya skema juga sebenarnye.

8) Bila first time break the rule? And how about the last time?

first time? alaaa serious tak ingat sebab banyak kali. haha. mcm ponteng tazkirah ke apa.
kod pakaian pun slalu la menyalahi syarat2 di kisas.

last time pun tak ingat. hmmm. mungkin senyap2 minta tlg Safwan belikan nasi kot sbb dh lapar sgt kan. time tu SPM. kitaorang takleh bwa phone (ok muslimin lain cte la kan). jadi kami pun melanggar sistem muamalat di kisas dengan telefon safwan minta tlg belikan nasi.

sgt la panik. dgn cikgu nani nye. dengan badar nye. haha. last2 ktrg sume rmai2 makan dkat bilik gosok. haha. xdela bsar mane pun.

9) Berapa kali korang singgah kantin sehari

adala dalam...4 kali kot. paling best lpas prep. gara2 lapar sgt kan..

10) Semua orang ada kenangan manis. So kenangan pahit?

banyak sangat la. lagi2 time 503. haa paling bnyak la tu.tak terkata.

11) Andai korang ditaklifkan sebagai KU/TKU. Bayangkan apa bakal terjadi.

KISAS jadi sangat.......er.....tak terkawal! hehe

12) Ingat lagi masjid Sultan Sulaiman. Apa korang buat kat sana?

solat berjemaah. adeh. tak ingat!

13) Apa yang terjadi kat dewan kuliah?

hmm? apakah soalan ini?

14) Korang tetiba kena jadi Pres Badar @ Pres Hawa. Amacam? Layak tak? Apa yang bakal berlaku?

hehe. mungkin semua orang akan naik gila sebab pres hawa sangat....tak matured. hehe

15) Berapa kali korang outing dalam sebulan? Dengan siapa? Tempat paling jauh?

hampir stiap minggu. tak tentu gak, kadang2 dengan Sabira, dgn syaza. hmm. tapi kdg2 kalau masa form 4 dengan Ain dengan Syaza ilyany.

16) Soalan paling simple. Pernah FLY?

pernah laa. hehe.

17) Apa benda yang korang harap akan jadi, tapi ianya tak tercapai akal dan konfem takkan jadinya!

saya dapat 11A+. haha

18) Kalau diberi peluang balik masa form 4 / form 5 apa yang korang nak buat?

nak jadi baik. huhu.

19) Kalau korang tak masuk KISAS, agak-agak kat sekolah lama apa cerita korang eh?

hehe. tak bertudung kot jadinya. tak mungkin akan ke usim. dan tak mungkin akan ke medic.

20) Describe in one word tentang KISAS sebelum:semasa:selepas jadi warga KISAS

Sebelum : excited

Semasa : stress

Selepas : penghargaan

maaflah. bnyak sgt crte tak ingat. tapi trimakasih kpada yang tag! hehe

Friday, April 29, 2011

ringkas saja.

'cukuplah Allah bagiku'

Sunday, April 24, 2011

maaf.

tiba-tiba rasa nak mohon maaf.
pada sahabt-sahabat terutama sahabat tamhidi 2010/2011

medic 1
c-3-6 (PERBEST ;)
tamhidi medic dentist

mohon maaf.
terkasar bhsa.
terlebih-lebih
ckp bnde yg tak patut
sume tu nk mntak maaf.

doakan kte sume g pndan. sukses dunia akhirat.
insyaALLAH.
maaf.
;)

Tuesday, March 29, 2011

hepi


assalamualaikum.

update khas dari ict lab. hehe. kejap lagi QUIZ ICT.. takleh blah kan.
mmg hepi laa hari ni sebab..

sebab...

sebab...


terjumpa sesuatu...

hehehe.

apa dia??

hehe. ni lah dia yang menceriakan hidup saya hari ni. jumpa kt pkp usim. ada karnival pe tah smpai hari rabu. mmgla kek tu tak mcm ni, lagi comel kot. mcm kat rumah khayalan dalam hensel and gretel pun de gak. punya la banyak dia susun. saya banyak kali dok ulang alik ke situ, hanya semata-mata nak tengok cupcake yang comel-comel tu. sampaikan kakak dgn abang sebelah tu pun dah knal saya. pergi gerai tu bukan nak beli pun, beli satu je.. asal ade mse lapang je, pegi. nsib baik smpai hari rabu je, cuba kalau bulan depan ke... msti kurang stress nk final kan? kan? hehe. last2 izzati dak sains tek yg belanja.. malu... =) best2 kalau ade org bagi lagi.. (lagi tak malu).

eh betul... best... makan cupcake ni lagi-lagi kalau orang bagi, rasa dia tak sama kalau kita beli sndri. (ohhh baiklah ayat ni nmpk sangat mendambakan pemberian org).. hehe takdela sje nk berkongsi..

itu kalau saya la. rasa gembira hanya kerana tengok cupcake. ada orang makan ice cream. ada org tengok LAMPU KELIP2. saya la tu dulu... tapi kne tggu raya, lama lagi lah kan? huhu..

apa-apa pun kegembiraan ini harus kita hargai. kadang-kadang kita selalu cakap, Ya Allah.. kenapalah derita ini kau berikan kepadaku? kenapalah kegagalan ini? kenapalah itu? kenapalah ini? tanpa kita sedar, sebenarnya terlalu banyak Allah berikan kita nikmat, dan dan kita masih kufur dengan nikmat yang Allah beri.

Contoh yang paling dekat sekarang ni, Ya Allah... Test Mathematics tadi aku tak dapat jawab! habislah hidup aku.. kenapa Allah bagi macam ni.. kenapa bagi ni... sedangkan aku siang malam study.. ape yang aku dapat?

eh..eh..lupa ke? adela yang ALLAH bagi... iaitu? ILMU dan RAHMAT. banyak lagi Allah beri. Allah bagi nyawa, Allah bagi tangan bagi kaki, bagi keceriaan, bagi hati yang tenang, senang untuk bergerak, dan cumanya pada hari itu je, Allah bagi susah sikit pada kita, tak dapat jawab math. As simple as that! cuma kita tak sedar. masa tula kita bermuram durja satu hari.. ibaratnya kesusahan yang hanya 1/100 itu sangat mengeffectkan diri kita mungkin dalam seminggu, dalam sebulan ke... haa.. betapa kufurnya kita kan? kan?

bukan kita rasanya... saya lah tu.. yang kufur nikmat. Astaghfirullah.. takpelah. peringatan buat saya terutamanya dan juga insyaALLAH memberi manfaat kepada orang lain juga.

Salam Cupcake!
(tetiba)








Thursday, February 24, 2011

ilmu

Assalamualaikum w.b.t

saya selalu terfikir-fikir tertanya-tanya.

bagaimana ye
perasaan orang yang dia memang ambil jurusan agama, maksud saya.
hatinya, kualiti ibdahnya, taqarrub nya dengan Ilahi, frequent ingatannya pada Allah, pengahayatannya pada pelajaran yang diambil..
pernah tak, antum semua bayangkan atau terfikir?

"alaa.. biasa jela tu. knapa nak tahu sangat?normal..normal.."

eh. eh. haruslah nak tahu. sebab mungkin saya ni pelajar sains kan, saya rasa saya agak susah untuk kaitkan ilmu yang saya pelajari (selain biology) seperti Mathematics dengan kekuasaan Allah.

berbeza dengan pelajar yang memang ambil subjek seperti sirah Rasulullah, Usul Fiqh, quran sunnah dan sebagainya dimana subjek2 tersebut DIRECT, diulang DIRECT belajar tentang agama, sifat-sifat Allah , sejarah Rasulullah, hukum itu hukum ini dalam Islam.. dan menyebabkan saya sangat sangat teruja dengan pelajar-pelajar yang ambil kos2 ni.

dipendekkan cerita, saya pernah menemuramah dengan pelajar Tamhidi Syariah baru-baru ni dalam bas dan saya tanya soalan-soalan yang memang dah lama berlegar-legar dalam fikiran.

salah satunya
"eh, macam mana eh perasaan orang yang belajar agama? maksud saya, macam mana rasanya kualiti ibadah dengan Allah, amalan-amalan dalam kehidupan.. yela sebab kita dah tahu kan, mana yang salah dan yang betul, sedangkan kita buat bnda tu dari kecik tapi sebenarnya takde pun hadis sahih mengenai tu. minta maaf tanya, sebab saya sangat-sangat kagum dengan orang yang belajar agama. bayangkan la, orang biasa macam saya bila dengar apa-apa tazkirah, rasa hati ni sangat tersentuh, banyak sangat khilaf, masa tula rasanya hati ni nak memuji Allah, sedangkan orang belajar agama ni, sentiasa! sentiasa mengenal tentang agama dan Allah. "

dia pun menjawab itu ini itu ini itu ini. Melalui gayanya berpakaian, caranya berkomunikasi, penerangannya dan kekagumannya pada ilmu yang dipelajari cukup cukup memastikan saya, ilmu yang dipelajari sangat bermakna sehingga dia menjadi lebih baik dari yang dahulu. Alhamdulillah.. semoga hatinya sentiasa subur dengan cinta dari-Nya dan hidayah yang Allah beri itu mampu muslimah tersebut memberi manfaat pada masyarakat yang lain.

Subhanallah! betapa saya cemburu pada dia hanya Allah saja yang tahu. direct dia dapat ilmu tersebut sedngkan saya masih lagi terkapai-kapai, sangat bohong kalau saya cakap saya tiada masa untuk tambah ilmu saya selain ilmu sains tetapi atas kegagalan saya mengurus masa, inilah jadinya. hamba yang sentiasa dalam kerugian dalam merebut ilmu hanyut hanyut dan hanyut dari segi jasad dan juga tahap pemikiran. Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah....

KEJAP!



jadi, pelajar sains ni kena put more effort la kan untuk buat semua tu?

terpulang lah pada masing-masing bagaimana dia membawa dirinya. kematangan seseorang dalam mengimbangkan ilmu dunia dan juga akhirat.

jadi, belajar sains ni rugi la?

SIAPA CAKAP? siapa kata? TIDAK TIDAK dan TIDAK sama sekali. malah bagi pendapat saya. pelajar sains sangat beruntung. kenapa saya cakap macam tu?

saya pernah berbincang berbual-bual kosong dengan dua orang sahabat saya mengenai benda ni
dapat disimpulkan, tiada yang RUGI dalam menuntut ilmu. tiada yang membuang masa dalam menuntut ilmu. apa yang ada hanya kelebihan yang tersedia pada manusia yang menghargai masa yang dianugerahkan padanya. cuma kelebihan tersebut tidak sama.

sebagai contoh.
pelajar sains mungkin secara tidak direct ilmu sains nya, mengenai agama, jadi benar kita perlukan lebih effort untuk faham dan mendalami betul-betul ilmu sains tersebut dengan Al-Quran, kehidupan seharian Rasulullah, para sahabat dan bermabcam-macam lagi. dan sepanjang perjalanan 'effort' kita inilah Allah lihat. Allah lihat usaha hambanya untuk mengenali diri-Nya. Usaha yang panjang dan BANYAKKKKKK untuk merebut cinta dari-Nya.

secara analoginya, kita. ya, kita. kita minat dan menaruh perasaan pada seseorang itu. hendak mendekatinya sangat susah! sangat susah! tak tahu apa caranya untuk menaut hati seseorang itu. seorang yang hampir sempurna, cemerlang, outstanding, baik paras rupa akhlak dan sebagainya. Masya Allah hati ini sangat mendambakan kasih sayangnya. Dengan penuh berazam kita cuba mengenalinya....sifat-sifatnya... segala-galanya tentang dia. susah.. sangat susah... lama masanya.. tapi bila sudah tahu dan sudah memilikinya, tidak mungkin mahu lepaskan. kasih sayang padanya kekal. usaha usaha yang kita buat terasa sangat manis. manis hingga kalau boleh mahu dirakamkan setiap detik itu. dan itulah fitrah manusia bukan?

itu baru cinta sesama manusia kawan-kawan. manusia yang HAMPIR sempurna. HAMPIR dan masih banyak kekurangan. ini YANG MAHA SEMPURNA. Allah S.W.T! tentunya kasih sayangnya Maha Hebat, Maha Besar. hinggakan hati ini terasa hidup, subur dan tenang bagaikan sungai-sungai yang tenang mengalir. mahu tersenyum saja rasanya. Mabuk cinta! bila berjalan keseorangan terasa didampingi. hati ni... hati ni... ishh rasa nak jumpa saja dengan-Nya. kan? kan? begitulah dia, kalau usaha kita dilebihkan hanya untuk mengenal diri-Nya yang Maha Sempurna.

Jadi.. bergembiralah dan jangan sesekali pun rasa atau terlintas di hati, ruginya belajar sains.. ishh matematik ni belajar apa.. apa ni kimia... molekul2... physics.. law2 ape ni...
jangan... jangan... cinta saja 'mereka' dan jom sama-sama cuba kaitkan dengan kekuasaan Allah.

sebagai contoh sahabat saya ada bagi untuk subjek Matematik. cikgu di sekolah lamanya yang bagi analogi ni.

"bayangkan.. semua nombor.. semua nombor tak kiralah besar mana! sejuta? satu trillion? apa2 pun kalau dikuasakan dengan kosong, pasti akan menjadi SATU. sama juga pada manusia, makhluk atau apa pun, hebat mana pun mereka, jika kuasanya tiada, mereka akan kembali pada yang SATU. ye, SATU iaitu ALLAH!"

Astaghfirullah! Subhanallah! sungguh indah hingga terasa sangat hina diri ini, walau banyak manapun kelebihan yang ALLAH PINJAMKAN pada kita semua yang berjuta-juta, kita masih lagi mampu untuk riya' dan takabbur sedangkan ITU SEMUA KUASA ALLAH, hanya kerana kasih sayang pada kita, Allah pinjamkan pada kita.

Moga kita bukanlah salah seorang daripada golongan tersebut. Nauzubillah...

p/s: harapnya apabila saya dapat masuk ke Fakulti Perubatan, iman yang sakit tenat ini sedikit sebanyak dapat diperbaiki. malah sekarang pun saya harus mula! huuuu. bangkitlah Areena... bangkit...

regards,
Dr. Areena







Thursday, January 20, 2011

insaf tengok video ni.

hayati kata-kata dalam video ini dan muhasabah.

semoga kita salah seorang daripda golongan tersebut yang diredhai ALLAH.