Monday, January 21, 2013



i have about 4 and half years to complete my degree. its time for me to rebuild my personality to be an outstanding doctor. read a lot of books this break semester, improves my english, and be more patient with the people around me.

a lot of things to do. and prepare for my PRO EXAM THIS YEAR!

May Allah ease!

 :)


appreciate
and
tolerance

moga Allah beri yang terbaik untuk kita semua
Amin


Tuesday, January 8, 2013

lagi

Assalamualaikum. Rasanya setiap kali post baru. msti nak cakap,

'dah lama xupdate bagai.'

so kali ni xmo cakap la. aganya life as a medical students makin lama memang rasanya menghargai masa. procrastinations dah mula jadi musuh. agaknya kalau jadi kawan, comfirm patient akan datang saman gile gile. tapi tambahan memang kehidupan kita, makin banyak pengalaman, makin banyak benda kita kena lalui, kita takkan cuba untuk ulang.

kes petang ni lain sikit. baru habis final biochem and terasa tetiba nak berfoyes foyes waktu petang ni tanpa buku. hahai. lagi sekali, procrastinations datang kembali. padahal ada lagi satu paper lagi. Astaghfirullah.

gelak besar hati menangis.

sekarang ni, banyak benda kena buat sendiri. not necessarily kena ngadu pada kawan.
especially masalah hati.

kawan akan dengar. tapi yang membolak balik kan hati kita, hanya Dia.
semua orang dah tahu kot? tapi, kadang kadang kita lupa.

lupa nak doa benda benda kecik.
natijahnya, kita buat keputusan langkah seterusnya dengan kata hati sendiri.

tak pasti ianya kerana nafsu sendiri, atau Allah yang beri kepada HATI.
natijanya, kita salah ambil langkah, dan situasi menjadi lebih teruk. terperangkap.
menyesal.

nak betulkan balik situasi bakal melukai hati orang yang tidak diingini.

jadi, hati-hati dengan hati.

sering langkah, hati yang menentukan, otak yang membuat keputusan. atau sebaliknya.
hati menunjukkan personaliti kita.
hati menunjukkan iman kita.

dahla, patah hati nanti cerita pasal hati .  nak berjumpa dengan si jantung hati.

Asar. Hayya Alas Solah :D

Dr. Areena
(inshaa Allah)




Thursday, November 8, 2012

kalis air

saya kalis air.

tu je nak cakap.

*walaupun hakikatnya susah nak buat benda atas ni. tpi perlu.*

*sigh*

nikmatilah kehidupan yang Allah beri!
dengan cara?

POSITIF! 

yeehhhhhaaaa^^

Friday, November 2, 2012

kerana masih tidak layak?

Assalamualaikum

ntah lama berkurun tak update blog. bukan busy, ceh seperti ayat tipikal. takde idea lah kononnya apa yang hendak di update. tapi sebenarnya saya takut beberapa jam meluangkan masa di hadapan laptop hingga lupa akan tanggungjawab sebab dah bertambah. semakin besar, semakin dewasa dan semakin itulah saya haru menjaga dan memelihara apa yang hendak dituturkan, dihebahkan atau apa sahaja yang sewaktu dengannya.

#ok cukup di situ.

takde apa yang menarik sepanjang tahun dua ni. mungkin ada cuma saya tak tahu nak start dri mana.

baru baru ni saya memasuki suatu fasa pembaikan diri. program motivasi? tidak. perlantikan dan pemberian tanggungjawab telah diberikan kepada saya untuk menjadi seorang yang lebih matang dalam pembahagian masa ebagai medical students. sebelum ni saya mengagumi para seniors yang mampu dengan cemerlang membahagikan masa mereka antara pengurusan program dan pelajaran. kini, giliran saya samada mampu untuk mengikut jejak langkah mereka ataupun tidak.















ok. so inilah gambar gambarnya masa perlantikan hari tu. sungguh menyedihkan sebab haritu paparan ahli jaksa ynag hak pandan punya guna gambar kad matrix tapi oke pe, comel. hahaha

dan aku berharap aku menjadi insan yang berguna. dengan bersaksikan NC dan TNC. eheh?


okeh, tu je skrg boleh nak diceritakan. cuti habis ni. bermulalah balik kena ngadap buku and alot of presentations.

azam baru dah pasang.
imej baru dah dapat (huh?)

tinggal nak laksanakan.

no 'inferior' words la meh?perkataan tu sangat negatif ok.


Monday, August 6, 2012

senior senior :D



Assalamualaikum wbt. Salam Ramadhan. Salam 1 Malaysia (Errrrrr). Im updating this blog smentara tggu mak dgn kursus halal with UIA.
I really really appreciate her sacrifice. Resigned herself as a manager company and yet she 'build' her of office at home since i'm in form two. Mak buat semua ni sebab anak anak dia [ktrg dua org je la kan]. Sy rasa sy dh pernah post sblm ni why she resign. Tp lupa dh post mana. Nantila link.



Cuti ni sy xblajar sgt. Mgkn 1 percent from my holiday . Lpas ni kalau da org tnya.

"Weh hang msti strggle gla cuti ni kan"
Ada yg kena pang satg, bak kata sir Arho. Haha. Gurau.


Mmg niatnya nak stdy, konon nak kemas kini, blajar blik biochem, fisio. Nak jadikan alasan kenapa xbelajar, byk je masa lain blh blajar, tp you know it is hard bila takde mood and kita duk fkir bnda lain.

Sy byak ulang alik ke kampung cuti ni di ngri smbilan.
Both sides of my grandfather sakit, yg belah mak pun kena tengok, kena jaga. Dia xblh bgun sgt, he almost 90. xsilap, sbya dgn Dr. Mahathir but still he tries his best nak bgun, duduk and suap mkanan sndri. Slalu jugak crta dgn mak ngah mak teh, uwan (nenek), mak. Dorg cte atuk ni mcm mana dulu. Byk travel blajar pondok, ustaz bhsa arb, imam berpuluh tahun. And skrg ni atuk kena mandikan, suapkan, kalau nk ngereng pun kne tlong, dudukkan,dia pun byk xingat.


and i am really appreciate mak ngah dgn mak teh sbb dorg la jaga atuk dgn uwan dgn sbar. duduk di kg pedas cuti ni amat memberi impak, dulu cuti pun duk kg. Blajar Cra2 nk jga atuk, mandikan org tua kalau dia xblh bgun, jalan. Kena cuci cdar slmut tiap2 hari. Sy pun jrg blik since msuk tmhdi, hrapkan cuti pnjg bru blh tgk atuk dgn uwan.
Appreciate pglman2 mcm ni, sbb pglman mcm ni xdpt dri buku, tp kte yg kne mencuba. Biar salah, Lama2 terlatih. Bila kte mendekati org tua, bru kita tahu org tua ni lme2 mcm baby. Kita kne buatkan smua but then ter fkir tak, utk mereka kte susah nk dkati sdgkan bayi ke kanak2 kte sng hati je nk uruskan siap cium2 lg.

Dan sy ykn pmbca pmbca ada lg byk pglman menjaga org tua drp sy. Pmbca2 msti dpat rasakan. InsyaAllah smua yg mmbca menjadi anak yg soleh dan cucu yg soleh, slalu mendoakan kdua ibu bpa. Sy ykn.

Pda msa yg sama, atuk sblah abah di pilah menjalani pmbdahan usus di hospital ukm. Utk colostomy surgery. Atuk kena kanser perut and he really need our support. Sbb anak dia dulu meninggal who is abah's elder brother kena kanser ni jgk. Hmpir 2 mggu jgk duk di hospital. Abah amik lift jga atuk kt sne dan kami duk kt kg pedas ulang alik ke sana htr mknan utk abah bkak puasa dgn mak lang. Smtimes ada jgk yg glir2 jaga.

Atuk sgt tabah. Jenguk atuk dkt icu lpas operation. Sayu tgk. Tp xblh ngs dpan atuk. Kita kne tnjuk kan kita kuat and surgery tu utk atuk sht. Jd kena yakin dgn Allah. Nangis bkn solution. Org yg sakit dia nk tgok kita yg kuat inspire him utk kuat.


Doa, dan minta org tu bersbr. Ckp, kita sntiasa bersama dgn dia.

Skrg, atuk dh cria blik abah ckp. Abah suka sgt. Kami pun trut hepi.

Kwn2 yg membaca, sy ykn, ada yg sudah tiada atuk dgn nenek. Msti sblm ni prnah jga dorg mse dorg skt.kalau yg msh ada, ingatkan kte sesama sndri, appreciate dorg. :) peace.
And this kind of experiences mguatkan lg azam sy utk jd gearitrician. InsyaAllah. Doakan sma2 kwn2!

At the same time kt rumah , sy isikan masa sy buat coklat cip. Plan nak jual and prmote time bln puasa ni. Tp ble xda sgt masa nak ngadap komp, xjd sgt nk prmote wt mse skrg and trma tmphan dri rakan terdkat. Dah berdozen dozen dh btol buat. Hmmm. Takpe, sy ykn ada rezekinya nanti mcm sy jual tdung kt usim pandan. Hehehe.

Tak sbr nak start new sem. Tp tgk seniors, rasa tkt nk tmpuh. Tgok dorg busy sgt2. Ya Allah mampu ke aku jadi hebat mcm dorg? hmm.


Dgr cte junior thun ni pun yg nk msuk rmai gle 82 org. Pdhal ktrg ni satu batch 50 org je. Yg lain pun lbh krg mcm tu. Tak tahula nk ckp suka ke tak. Haha. Gaya ckap mcm tak suka jek. Huhu.

Ops terpnjg dri biasa lak post kali ni. Dah dua kali post takd kaler2 sbb update gne phone. Sblm ni pun update Twitter dgn fb gne phone.

Wah wah. Nampaknya Ramadhan dah msuk 10 mlm terakhir! Fasa lailatul qadr ni! Jom rebut! malaikat byak2 dah trun dri lgt tgk hamba Allah mana yg istqmah. Eheh sy plak berdebar pdhal amalan tak hbt mana pun bndg yg lain. Hmmm.


Regards,
Dr. Areena.
Future GEARITRICIAN.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 28, 2012

Bau Keliwon dan Imam Muda

Assalamualaikum wbt

kejadian tadi tersangatlah lawak.agaknya sehingga tak tahan untuk sy simpan dan pendam. Selesai berbuka puasa, saya mahu menunaikan solat jemaah di bawah malangnya telekung tinggal satu dan saya perlu mengambilnya di atas.

oh ya, gelap.
entah kenapa, saya rasa seperti seram sejuk.

'nak naik ke tak nak. gelap ni'

beranikan diri.
naik naik. satu persatu anak tangga saya naiki.

'weh bau pe ni. rasanye takde orang tadi mandi dekat atas. aku tak pernah pun beli bedak bau ni'

SUDAH. terbayang cerita hantu yang menghiasi siaran-siaran di TV.

ok, apa tunggu lagi? lariiiiiiii !

"eh Areena kenapa turun balik lari-lari ni? Mana telekung?"

pfffffffffffftttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

*tersengih* patut ke daku bagitahu? oh tercabar ke-remaja-an ku.

"takde pape mak.."

reaksi muka mak seolah-olah mengerti sikap anaknya yang 'berani' walaupun dalam rumah.
saat itu saya merasakan mak mampu menjadi seorang pelakon terbaik. 


"dah, pegi mntak tolong bibik temankan"


=.= krik krik krik krik

what? eh bibik yang baru sampai ni tak boleh tahu saya penakut. selama ketiadaan bibik sebelum ni, saya boleh atasi ke-takut-an itu dan semuanya saya buat sendiri. tapi.....................ini xboleh jadi. errrr. bukan selalu. kadang-kadang kena layan jugak kelemahan tu. 

kan? kann? 

=.= alasan.

********

memang melampau. di saat saya sudah sampai di kemuncak anak tangga, bau itu masih tidak hilang. 

tak puas hati. 

bau. srtiap bilik saya masuk. dari mana datangnya bau tu?
terasa seprti pemburu ghostbuster walaupun tiada sebarang alatan untuk menangkap.

ini xboleh jadi. ayat kursi dah ready sebelum diri sendiri menggelepur.

"lo? mana telekungnya?"

sekali lagi. bibik buat slack. 

shhhhh. kjap bik. tak bau ke?

ya, bau. tapi ngapain?

errr. takde pape.

eh siyes. bau wangi tu mmg kuat gi-la dalam bilik mak. 

gelap. =.=

kuat gi-LA! bukak lampu. siyes panas sangat tengkuk.

lihat cadar cantik. 

..................................................................................................................................

"cadarnya dituker tadi. "

=.=

cepat cepat bau cadar. kepastian. tak salahkan?

SAH! bibik ketawa mengilai-ngilai.

perlu ke bikkk oii. maghrib ni. maghrib. 

"gayanya sperti kucing tadi"

pffffffffffffffffffffttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt

kucing? eh kes serious kot.

pokoknya.apa yang hendak saya tekankan di sini. bukan lawak tak jadi saya. bukan bau keliwon yang saya sangka. tapi  semua ini psikologi dan mind set. 

WE ARE WHAT WE THINK.

kerana keburukan. kita mencari alasan.
kerana jin dan syaitan. kita jadikan merekalah punca alasan.
kerana orang lain. kita katakan mereka lah 'kesan' alasan itu.

tak faham? fikirkan bagi yang terasa. ya, saya terasa.

alasan memang rakan baik manusia. kelak menjadi musuh yang merbahaya.
alasan tak salah. tapi bagaimana kita gunakan ALASAN tu.

ruang untuk improvement atau menampakkan ianya salah orang lain dan bukan salah kita?
tidak menyalahkan diri sendiri.
tidak menyalahkan orang lain.

(tapi kalau memang nampak sangat tu salah orang lain, tu memang kena tegur la kan)

bahaya alasan. mampu menjadi fitnah. mampu menjadi satu bahan bohongan.
kita akan sentiasa cuba cari alasan untuk merasakan kita adalah betul dan ACCIDENTLY membuat SITUASI YANG SALAH.

comtohnya, kerap tak masuk kelas sebab sakit tanpa surat daripada doktor.
senang  je contoh.

NIAT TAK MENGHALALKAN CARA BEB.

tak solat sebab sakit.
tak puasa sebab tadi masuk kandang kambing, kotor and masa mandi accidently terminum air. bukak puasa.
(ok alasan ini saya yang reka, saje untuk nampak meleret)

nampak sangat tiada kobelerasi antara cerita bau keliwon dan mesej yang hendak disampaikan. mungkin emosi sedikit. tapi..

eh lupa, saya puasa. dan marah boleh mengurangkan puasa.

ok tamat.

*****************************************

tahniah IM Naufal. Mampu melangkah ke peringkat final dan antara tiga yang terpilih.
saya bukanlah peminat setia beliau. tetapi bangga rakan kelas sendiri popular.
ahhh duniawi. bila popular baru mengaku kawan. bahaha.


Tamhidi perubatan 2010/2011

kalau anda peminat tegar beliau carilah beliau di mana. haha

kuikui.
tapi sejak kebelakangan ni saya lihat rancangan imam muda seperti ada unsur politik.

hmm tak tahu lah kan.
bersangka baik.

moga program ini mampu menarik belia-belia di luar sana untuk meningkatkan potensi diri.
insyaAllah.












Sunday, July 22, 2012

New School! :D

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah memandangkan ada waktu free kejap je dan idea berbondong-bondong masuk ke dalam otak. ku memutuskan untuk update juga blog ini sebelum memulakan next aktiviti since dah masuk sekolah baru ni. huhu. 

post previously saya menceritakan apa yg sebenarnya berlaku masa malam mps tu. ingat nak sambung balik tapi bila fikir fikir balik actually xdelah banyak sangat nak diceritakan secara terpeinci. overall, everything ran smoothly and alhamdulillah saya dapat memudahkan kerja orang lain walaupun sebagai usher. paling best bila kak syifaa' (yang membantu saya buat benda2 ni) komen yang semuanya just nice. hihi ^^

walaupun buat slack masa gimik perasmian =.= tapi xpelah bukan orang perasan pun. organiser je yang tahu. kihkih^^ maaf ya.

apa2 pun memang event tu plg memberi erti pengalaman yang bermakna buat dri saya sebab saya dapat pengalaman baru and the most important is saya dapat atasi benda benda clumsy yang pernah saya buat sebelum ini. 

apa yang hendak saya sampaikan di sini ialah. ada benda yang saya terfikir pada hari itu. Paginya, saya bersedih dengan apa yang berlaku dan malam itu, Allah balas dengan kegembiraan dan kepuasan DENGAN CARA LAIN. tak semuanya kita boleh dapat benda yang kita mahu. Allah lebih tahu. 

Jadikan yang negatif itu, sebagai pengajaran, sebagai ruang untuk improvement dan yang positif sebagai ganjaran dari Allah yang harus kita syukuri dan sepatutnya peluang itu kita gunakan untuk banyak banyak lagi berterima kasih pada Allah! Allahumma solli Ala Muhammad!!

nak bukti? nah nah baca baca >.<
”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya" (2: 286)

yawww. cehck it out more in Quran! :D

terima kasih kepada seniors and sahabat-sahabat yang banyak membantu saya yang sengal ini malam tu :D walaupun dorang tak baca post saya dan tak menjumpainya pun, saya hanya mmpu berharap hanya Allah sahaja dapat memberkati mereka! :D

***********************************

New School. New Phase. New Spirit. New Enthusiasm. Allah! Leganya dah daftar! Hanya dengan niat! Kita semua dah memasuki fasa TARBIAH RAMADHAN. inilah sekolah baru yang saya maksudkan.

lihat pada facebook, Twitter dan sebagainya. masya Allah! masing-masing berebut nak update. saling memperingati sesama Islam. yang tahu lebih tahu dan lekat dalam minda. yang tak tahu jadi tahu amalan-amalan, fadhilat-fadhilat tentang bulan Ramadhan!

Macam sekolah kan? Subhanallah! Tengoklah dengan mudah kita dapat menyampaikan dakwah. Dakwah bukan untuk orang orang alim, ustaz ustazah budak budak yang dahulu sekolah agama. Tanpa kita sedar kita share any post about ISLAM, WE ARE THE DAIE!! (pendakwah) masya Allah.

Lihatlah. TV Radio pun. macam macam dah buat program yang lebih interaktif mengenai bulan puasa. Andai Rasulullah bersama kita..


Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)


Saya benar-benar tertarik dengan post mengenai 'check list amalan bulan ramadhan'. sangat-sangat membantu. kerna kadang-kadang kita terlupa. walaupun sering mendengar, kita tahu, tapi kadang-kadang kita tak sedar banyak lagi rupanya amalan amalan yang kita tertinggal. Subhanallah. Takkan nak rugi? Eh kita pun nak jugak!

Selalu je dengaq.

"BANYAKKAN AMALAN SUNNAH! "

monolog "AllahuAkbar.Tapi bagaimana ustaz? Ce cite ce cite"

Ini adalah checklist yang mampu saya kongsikan buat pembaca-pembaca. Saya pun susah nak istiqamah buat benda ni. Tapi ini sebagai guideline. Sama-sama membantu ya!

1) Melambatkan Bersahur.
2) Solat Tahajjud
3) Solat Taubat
4) Solat Hajat
5) Solat Tasbih
6) Solat Sunat Rawatib. 
- Sebelum Subuh
-Sebelum dan Selepas Zuhur.
-Sebelum Asar
-Selepas Maghrib
-Selepas Isyak
7) Solat Dhuha :D 
8) Al- Mathurat Pagi dan Petang.
9) AL-QURAN setiap kali selepas solat wajib :)
-Baca dengan bertajwid
-Tadabbur( membaca makna dan faham)
10) Hadiri Majlis-Majlis Ilmu.
11) Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.
12)Solat TARAWIH OF COURSE. 
13) Solat Jemaah kalau termampu, di masjid. :D
14) Mengulangkaji surah-surah yang pernah kita hafal. especially juzuk 30 :)
15) Usrah=saling mengingati bersama kawan-kawan.
16) Mempercepatkan berbuka.
17) bersedeqah~
18) solat witir (penutup)
19) Banyakkan berdoa! :) contohnya sebelum masuk tandas, keluar tandas, keluar rumah, masuk rumah, melihat cermin etc.

kalau amalan-amalan kecil yang kita tak perasan.

1) Senyum!
2) Memberi Salam kepada orang lain
3) Nampak sampah di jalan menganggu orang lain,kita buang.
4) Menuntut ilmu! (INDAHNYA! membaca buku yang mempunyai info-info sekitar, even baca surat khabar pun! )
5) bersangka baik
6) tidak mengumpat
7)berdakwah walaupun di fb, twitter dan blog :D
8) kurangkan melihat rancangan-rancangan yang mendedahkan aurat secara keterlaluan
9) tundukkan pandangan
10) memberi manfaat kepada orang lain ( contoh= tolong ibu bapa. memasak.sedeqah pada jiran-jiran
11) bersabar ketika marah
12) tidur kerana ibadah dan lebih produktif
13) mempercepatkan solat
14) mendengar zikir zikir dan Al-Quran.
15) Masa memasak/ buat apa-apa pekerjaan  harian sambil bertasbih


banyak lagi sebenarnya.

Astaghfirullah. Saya pun susah nak buat benda-benda macam ni. Sama-sama cuba. InsyaAllah dalam usaha-usaha kita ini sama-sama berdoa. faham apa yang kita baca, moga Allah berkati dan redha dengan usaha usaha kita. dan dan dan ISTIQAMAH walaupun dah habis Fasa tarbiah semasa dalm bulan Ramadhan.

InsyaAllah pada hari kemenangan, bulan Syawal. Kita sangat berpuas hati dan sentiasa nak tingkatkan amalan. Inilah hari kemenangan kita! 

SHUH SHUH NAFSU! I BERJAYA KALAHKAN YOU!

 Elakkan futur, dan Allah kurniakan hati yang khuyuk buat kita semua. :) 

Ada saya petik beberapa dalil mengenai bulan Ramadhan dari internet. 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasululullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melaksanakan qiam pada bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang bangun melakukan qiam Lailatulqadar atas dasar keimanan dan mengharapkan reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Riwayat al-Bukhari no. 38 dan Muslim no. 175)

“Puasa dan Al-Qur`an akan memberi syafa’at untuk seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Rabb-ku, saya telah melarangnya terhadap maka­nan dan syahwat pada siang hari, maka izinkanlah saya untuk memberi syafa’at baginya.Al-Qur`an berkata, ‘Saya telah menghalanginya dari tidur malam, maka izinkanlah saya untuk memberi syafa’at baginya.’ (Beliau) bersabda, ‘Maka, keduanya men­dapat izin untuk mensyafa’ati (hamba) tersebut.’.” (HR. Ahmad, Muhammad bin Nash Al-Marwazy, Al-Hâkim, dan selainnya. Dihasankan oleh Syaikh Al-Albany dalam Tamâmul Minnah hal. 394-395)

Wallahu A'lam 

Regards,
Dr. Areena