Assalamualaikum w.b.t
guru yang terbaik adalah belajar dari kesilapan.
semakin banyak kita buat salah, semakin banyak la benda yang kita belajar.
tapi ada syarat nya. dengan kesalahan itu kita cuba untuk tidak mengulanginya dan upgrade hasil kerja yang kita buat.
saya tahu, ramai yang tahu benda ni. tapi secara tidak sedar, diri yang ego ini tidak mampu untuk menerima teguran individu yang nampak kesalahan kita sendiri.
ya, mungkin cara teguran individu tersebut tidak betul.
atau kita sendiri yang rasa, apa yang kita buat ada tujuannya tersendiri.
itulah kelemahan MAJORITI manusia.
tapi tidak semua manusia. apa yang saya lihat, ianya berlaku dalam kalangan orang melayu yang masih berfikiran secara tipikal dan masih sempit.
berbalik pada ayat atas sekali.
guru terbaik adalah belajar drpda kesilapan sndri.
saya bukan seorang kaunselor mahupun pendakwah ataupun pakar motivasi. tapi ianya merupakan salah satu psikologi manusia kesalahan itulah yang paling berbekas jika hendak dibandingkan dengan pujian.
kita tak suka pada herdikan. kita tak suka pada kritikan. kita tak suka pada teguran.
kita harapkan pujian. kita harapkan perhatian. kita harapkan penghargaan.
penghargaan itu perlu. ubat kepada usaha yang berbaloi.
tapi dalam usaha tidak semuanya manis. tidak semuanya smooth. tidak semuanya nampak indah.
dalam usaha terdapat kesalahan. dalam usaha terdapat teguran. dalam usaha terdapat kepahitan.
"saya mahu jadi outstanding tapi saya tak mahu belajar itu sebab saya tak reti."
"aku takutla. tak nak la"
"peh malas gila kot"
monolog ini selalu kita dengar dan rasa.
dalam hidup ini, perlukan sesuatu yang baru. kerana yang baru itulah pengalaman dan ilmu dan tidak mungkin orang lain boleh dapat dengan apa yang kita perolehi.
secara analogi,hidup ibarat seperti GAME juga lah kan?
takde game yang senang. kita kena kumpulkan nyawa, dengan syarat kita perlu hadapi cabaran itu.
berjaya? level game anda akan upgrade.
begitu juga hidup.
bila kita salah, kita belajar. taubat tak mahu ulang lagi. kita selesaikan, kita try betulkan sekaligus hidup akan upgrade.
haha. itulah dia. bukan senang menjadi senang dan bukan senang untuk menjadi susah.
dengan kemudahan teknologi sekarang ni, kualiti hidup manusia semakin kurang., susah untuk membina attitude supaya diri sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang. hendak dihuraikan antum sndri boleh terfikir, bagaimana semua ini mampu mengurangkan kadar produktiviti seseorang dalam satu hari.
setiap apa yang kita buat, cuba ambil iktibar. apa hasil yang kita buat hari ini? memberi manfaat kah atau sekadar kepuasan yang sia-sia?
haaaa. sama-samalah kita fikirkan. jom muhasabah2 sama-sama!
wallahu a'lam. =)
*pemerhatian cuti selama sebulan. ;)
Regards,
Dr. Areena
No comments:
Post a Comment