Tuesday, June 28, 2011

perjuangan baru bermula ;p

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah zaman tamhidi bukan saja baru berakhir, malah debaran juga dah terjawab. result dh dapat dan ini adalah hasil usaha saya.
seperti yang saya jangkakan, sem satu saya lebih cemerlang dari sem dua ni.
hmmm setelah nuhasabah, terlalu banyak khilaf yang saya tak sedar sepanjang sem dua, perlu diperbaiki sebelum naik ke degree first year..

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
keputusan yang Allah beri ni akhirnya melayakkan saya melanjutkan pelajaran ke Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia di Pandan Indah berdekatan dengan hospital Ampang.
semua ini adalah berkat usaha + pertolongan ALLAH yang tak putus putus.
terima kasih

mak abah
guru-guru
 sahabat-sahabat

kerana sentiasa menyokong dan membantu saya dalam berusaha memulakan perjuangan yang saya impikan.
betapa brapa lama saya impikan untuk menjadi doktor, dah lama saya cita-citakan.
sejak dari sekolah rendah lagi.


ehem2. tulisan kanak-kanak saya. skrang tulisan mmg mcm doktor. haha.

ini adalah biodata yang saya tulis untuk kawan-kawan saya.

alhamdulillah. akhirnya Allah memudahkan saya untuk saya menggapai impian saya menjadi seseorang yang boleh mmberi bakti kepada agama bangsa dan negara.

seriously, saya mmg cemburu dgn kawan-kawan yang ambil medic di overseas. mereka terus masuk first year. saya pula setahun lagi perlu berjuang bermati-matian untuk jejak kaki ke fakulti perubatan. bila semuanya sudah kecapi, saya dapat rasa nikmatnya pahit perjuangan tersebut.

sahabat-sahabat saya yang BELUM berjaya, (BUKAN TIDAK BERJAYA) percayalah, langkah yang perlu anda ambil selepas ini perlu diambil dengan segera. jangan redha begitu saja. Allah bukan tak bagi, cuma Allah lambatkan sikit langkah kita supaya kita lebih usaha dan semakin dekat dengannya. saya yakin antum pasti berjaya juga. usaha lagi usaha lagi ye? terus ambil tindakan seterusnya sebelum terlambat! hehe ;)

ok. tapi hidup saya teteap tak tenang selagi belum dapat lesen. esok test jpj. usaha dah ada tinggal tawakal je moga xmakan jalan orang.ahaha.

ok. adios!

assalam.
regards, 
DR AREENA OFFICIALLY!

2 comments: