Assalamualaikum wbt
Cpat je tangan ni nak menggapai komputer even banyak lg xblajar. kononnya nak berehat sebentar. cewah. nasib xde kitkat maun extend rehat elok2 plan 10 minit jadi 2 jam.
haihh bru je revise psal heart tu xtengok lagi cardiovascular system. Allah... lagi satu hari. xpe2 sempat. next week ada exam physiology hri selasa. xpe xpe sempat nak revise. yang penting usaha dan minat.
seriously, even susah nak score physiology tp inilah subject fav sy as compred to anatomy and biochemistry. bljar physio bukan mcm anatomy yang menghafal dan tetap. bukan macam biochem, tapi mcm ada bersangkut paut jugak. tpi physio mmg best. nikmat sgt2 kalau dpt faham. dpt nikmati. ssh nak faham tpi kalau bersungguh, ikhlas and bak kata Dr. Sharifa, LEARN BY HEART mmg nikmat!
dan masa tulah, kdg2 kita lupa. ya, kita lupa nak bersyukur. Actually, apa2 yang kita belajar pun kita kena bersyukur. Saya selalu je rasa,
"Ya Allah punya lah aku belajar 3 jam. Ini je yang aku faham?"
itupun nampak kita xbersyukur.
"Tak suka ar belajar benda ni. Seriously, tak suka, tak suka tak suka tak suka!!! "
hurm tolak ilmu lg.
saya sedar pun tbe2 sy terbayang satu analogi.
Ilmu ni macam orang. kalau kita tak suka, dia pun xske. bila dia masuk, kita mcm xwelcoming dia. mcm mana nak lekat? dia pun jadi xske dgn kita. ilmu pun milik Allah. Allah pinjam pada kita. tapi kita masih lg, rasa kalau nak compare kan study dgn urgent kita solat. study lebih penting lambatkan solat ataupun solat kita sgt cepat dan tiada penghayatan. apatah lagi yang meninggalkan solat.pdhal kita sedang cuba nak pinjam sikit ilmu tu dari pemilik ilmu yang mutlak. Pemilik yang mutlak lah diutamakan dulu.
tak begitu?
tapi kadang-kadang saya akui kita banyak usaha pun kenapa eh result kita teruk? i mean, result tak mcm apa yang kita jangkakan. kita nak. tbe2 xdpt jwb mase exam.
susah nak terima, tapi kita sama2 perlu ambil masa untuk muhasabah balik.
study adalah ibadah. dan ibadah dalam baraqah.kita tak tahu, mungkin masa exam Allah simpan dulu baraqah tu masa exam, dia nak bagi time yang lebih baik. mungkin waktu kita kerja, waktu kita dlm kesusahan, kesesakan. tak bermakna waktu kita tgah stdy jgk. Kuasa Allah itu luas. mana2 dan bila2 pun boleh.
Ataupun, muhasabah balik. kenapa ada hijab tu masa aku nak jawab exam.Mungkin dosa yang menghalang atau kita yang xprnah bersyukur?
Sampai begitu Allah sayang. Sayang Allah ditunjukkan sentiasa. Sayang kita? hmm serba kekurangan.
*****
Mungkin ada yang terlupa. Mungkin ada yang tak tahu. Kawan saya pernah cerita pada saya, Allah cintakan hamba-Nya yang solat tahajjud. Tapi sebagai manusia biasa kita tak lari dri kekurangan lebih2 lagi letih mungkin terlepas peluang untuk bangun malam. Betapa Allah sayang lagi dia beri kita peluang dengan menggantikan solat dhuha dengan solat thajjud andai kita terlepas , untuk berjumpa dengan hamba-Nya.
Nampak cantik je masa kita luangkan walau sekejap, dalam kesibukan waktu siang kita bekerja, sibuk dengan hal duniawi, kehidupan. Kita luangkan 5 minit sekurang-kurangnya untuk solat dhuha dan menjadi lebih produktif.
nampak cantik je, sedang manusia tidur kita bangun teringat pada Yang Tercinta dan pergi berjumpa dengan-Nya. Kita lawan ngantuk, kita redah suasana yang sejuk sebab kita rasa, dah cukup banyak dosa yang kita buat pada waktu siang untuk kita tebus pada waktu malam.
Stiap post ini saya tujukan buat diri saya. Sering terlupa lalai dan leka. kadang-kadang buka blog sndri, mgkin baca bgi peringtan pada diri balik.
Beri ruang untuk muhasabah. Diri kita bukan seperti robot. Buat benda yang sama. Hidup selamanya tapi sekarang hanyalah persiapan dan kemudian selepas itu adalah kehidupan sebenar hasil dri persiapan.
Suka ayat ni.
Katakanlah! " Seluruh syafaat itu Allah yang menetukan. Dialah yang menguasai langit dan bumi. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada-Nya"
Surah Az-Zumar ayat 44.
Tengok2 lah surah ni. banyak sgt ayat2 best2.
sedang khayalan tak menjanjikan segulung kebahagiaan sebagai mahar hantaran.
Regards,
Dr. Areena
No comments:
Post a Comment