Thursday, January 20, 2011

insaf tengok video ni.

hayati kata-kata dalam video ini dan muhasabah.

semoga kita salah seorang daripda golongan tersebut yang diredhai ALLAH.




Thursday, January 13, 2011

perbetulkan itu, kejahilan.

Assalamualaikum w.b.t

14hb JANUARI 1992!
Selamat Hari Lahir Syaza Shukri.
Sahabat saya yang paling saya rindui.. (ceh padahal syaza kat uia je. haha.)
Syaza, nanti maiii usim plak naaa blnja kami.. hehehe.
Semoga syaza panjang umuq murah rezeki!
Friends Forever! =)

****
hehe. alhamdulillah. tak sangka tahun 2011 ni nak 19. tahun terakhir menjadi belasan tahun. selepas ni saya akan melangkah ke angka dua pulah -an. bak kata mak ayah saya, tak sangka anak mak abah ni dah besar, dulu mak ingat balik sekolah terus.... hmm takpelah. hehe. zaman budak kecik. lupakan. ;)

banyak dah masa berlalu rupanya. beberapa fasa yang perlu saya lalui, perubahan yang saya alami bagi setiap peringkat terutama zaman menengah cukup memberi pengajaran buat saya untuk tidak mengulangi kesalahan dan khilaf yang saya buat untuk menjalani kehidupan yang lebih matang dan menjadi seorang yang outstanding. titik tolak saya ke sekolah agama lebih-lebih lagi, pada permulaan tingkatan empat betul-betul merubah kehidupan saya dan pendapat mengenai kehidupan seorang pelajar muslim.

saya masih ingat lagi waktu saya form three, saya merupakan seorang pelajar sekolah harian biasa. walaupun ambil mata pelajaran bahasa arab, tapi itu sahaja kelebihan kami. sahsiah dan sebgaianya lebih kurang dengan pelajar biasa. malah ada yang lebih baik. suasananya tidak begitu islamik dan saya rasakan ibadah seperti solat dan membaca al-Quran itu ibarat suatu 'perbuatan' semata-semata tanpa ada hikmah di sebaliknya. tahap sosial juga tidak dijaga,. tidak perlu ditafsirkan, kita semua dapat dimaklumkan kalau sekolah mengah harian biasa lebih-lebih lagi terletak di luar bandar ni bagaimana. bukan sekolah kluster, bukan sekolah premier tapi sekolah biasa. walau apa pun, ilmu yang saya dapat di sana tetap saya hargai.

"mak, nak pilih mana ni? sains tulen ke apa?"
"ada sains agama kan? mintakla. teruskan arab tu"
"ha?? kenapa kena masuk sekolah agama? "

mak sudah baca 'kitab tak berbaris' , saya masih tutupkan telinga saya pada masa itu, kejahilan sangat menguasi diri saya akibat terjebak dengan hiburan yang melebihi batas dan pergaulan serta muamalat yang sangat-sangat tidak terjaga. zaman kenakalan itu saya masih ingat lagi, hinggakan aurat sebenar yang sangat perlu ditutup pun saya jahil, contohnya menutup kaki iaitu memakai stokin, tudung bawah dada, paras baju, jenis seluar yang dipakai. hati saya masih dalam keadaan membeontak hendak menerima suasana ISLAMIK, bertudung labuh, dan sebgainya , saya perlekehkan dan tidak pernah terlintas ianya akan menjadi salah satu dalam budaya hidup saya kelak. akhirnya, (mungkin berkat doa ibu) diringkaskan cerita saya menerima tawaran untuk masuk ke sekolah berasrama penuh, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

Betapa saya menangis masa tu, hanya Tuhan saja yang tahu. saya ingat lagi, sampai kat sana sahabat-sahabat saya yang sama jenis dengan saya (faham-faham la) dok heboh-heboh nangis nak balik sekolah lama balik, takut masuk kisas jadi budak alim, tak leh cakap dengan lelaki, tak leh nyanyi2, gelak kuat-kuat bla3..

"weh korang tahu tak, pengasas kisas dulu2 cakap, dia tak kan redha sesiapa yang keluar dari kisas, sebab dunia je. korang faham kan maksud aku??"

ini bukan cerita dongeng cerita benar. sekolah tu ibarat sejarah Malaysia dah rasa. saya pada masa itu sangat sangat sangat tertekan. saya dah berazam dalam diri saya. Yes, I want to be MYSELF. style hidup aku tak kan berubah walaupun masuk sekolah agama. biarlah pengasas tu nak cakap apa. bukan nya dia ada lagi pun. (Astaghfirullah.. )

lebih-lebih tertekan bila kehidupan drastik dari segi bi'ah nya sangat ketara. peranan senior2 sangat-sangatlah memainkan peranan besar. dan saya cukup tertekan dan marah dengan mereka terutama persatuan badar di situ walaupun nasihat mereka berhikmah, akibat kekerasan hati.

"Adik-adik, kat sini kita tak boleh cakap direct terus dengan budak laki. begini caranya........jaraknya begini.....pandangan mata kena jaga......couple tak boleh tau.. mesej jiwang-jiwang dengan lelaki ajnabi..bla3"
(what? eh kenpa kena cakap macam tu sekali? biasala zaman sekarang. bukan orang dulu-dulu je ke macam tu? kuno lah kisas ni. )

"Adik-adik, pakai handsock, nampak lengan. aurat kena jaga. kalau kita keluar kena pkai stokin...baju labuh..seluar longgar..tudung labuh menutup dada. "
(ishh apa akak ni. tak stylo kot mcm tu. tah pape. macam nak pergi masjid oke la pkai macam tu. apela)

"Adik-adik jangan ketawa kuat. jangan cakap benda tak elok. perkataan bahasa semua kena jaga.
ape ni..cerita pasal muslimin..tak elok tau. artis-artis ni. beristighfar..istighfar.. "


saya ingat lagi, agaknyalah mungkin saya pernah menggunakan bahsa yang tak sepatutnya, ditegur oleh seorang kakak senior.

"adik-adik kat sini tak boleh dengar lagu lagho, cerita benda-benda lagho. nanti keberkatan makin hilang"
(haaa ni yang nak memeberontak ni. ada lagi ke manusia tak dengar lagu -lagu macam ni. nasyid je dia dengar? what a plain life she has. )

dan banyak lagi. sehinggakan saya rasa nak gila duduk di situ. mulut ni yang sepatutnya berzikir, tapi buanng tenaga pujuk mak nak balik...nak balik...nak balik....
bila cuti, semua hilang. memberontak betul-betul. perlekehkan budaya di situ. apa yang dituntut sedangkan itu adalah perintah Allah. pusing 360 degree dengan budaya di kisas. terlalu banyak yang saya buat hingga saya dipanadang tidak elok oleh orang lainsering ditegur dan boleh pula rasa bangga bila ditegur. rasa puas sangat lah senang crte! habis memberontak lah tu kan?

saya amalkan benda-benda ni hingga saya realise result saya sangat teruk walaupun saya ditempatkan di kelas kedua di situ. boleh dikatakan kelas streaming. akhirnya semasa saya form5 saya turun kelas dan secara tiba-tiba dengan berkat pertolongan Allah, Allah beri saya kesedran.saya korbankan handset saya untuk tidak berhubung dengan individu-individu yang tidak perlu saya hubungi dan saya cuba untuk muhasabah diri saya balik.

diri ini masih tidak baik dan sempurna seperti kawan-kawan saya yang lain, tapi saya sudah cuba untuk menerima budaya-budaya di situ. hikmahnya pun saya dah faham kenapa dan pada masa itulah, saya mengenali apa erti ekindahan Islam itu sebenarnya. saya tidak dapat buat secara syumul, tapi sedikit sebnyak cuba untuk mengamalkan scra sdikit-sdkit. benar. saya sedar pilihan ibu adalah yang terbaik. hati saya paling sangat -sangat tersentak hinggalah suatu kejadian semasa hari jadi saya, 15 Mei di kantin. Subhanallah pada masa itu saya dapat rasakan kasih sayang Allah dan saya tahu, Allah masih sayangkan saya dan dia tahu, hamba-Nya yang lemah ini sangat membutuhkan cinta dan kasih sayang daripada-Nya. Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah...


dapat disimpulkan di sini, saya masih lagi berjumpa dengan orang yang masih berfikiran kolot yang sebenar-benarnya, masih jahil dan sangat kesian kerana tidak mampu melaksanakan yang asas malah memperlekehkan hukum-hukum ALLAH. saya tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana saya juga buat seperti itu pada wktu dulu. Diri yang tidak sempurna ini cuba untuk memahami dan bersangka baik dengan orang seperti itu,kerana saya yakin Allah pasti akan membuka hatinya sepertimana kasih sayang Allah yang saya dapat dan mungkin lebih daripada saya. berkat daripada nikmat yang Allah beri, Alhamdulillah, walaupun saya di peringkat IPT, Allah tempatkan saya dalam suasana yang baik, di USIM walaupun tidak semua budaya di Kolej Islam saya dapat amalkan. tetepi sedikit sebnyak kawan-kawan yang baik di sini banyak menolong dengan memberi peringatan yang berhikmah dan Alhamdulillah saya sangat tenteram di sini. setiap masa yang saya lalui di sini saya cuba mengambilnya sebagai pengajaran walaupun kadang-kala ianya pahit untuk ditelan, tapi saya masih teringat akan kata sahabat saya

'jadilah hati seperti tasik bukan seprti cawan. walau banyak mana garam diletak di dalamnya, rasanya tetap sama'

terima kasih, sahabat. moga ALLAH sentiasa memberkatimu.



(maaf post kali ni terlalu panjang untuk dibaca, sekadar ingin berkongsi dan dijadikan pengajaran bagi pembaca yang sudi membaca, mungkin mendapat kehidupan dan rahmat ALLAH yang lebih baik daripada saya, insyaALLAH.. sama-sama kita berdoa)


Saturday, January 1, 2011

Indahnya taman Firdausi
Tak terbayang di mata
Tak terjangkau di hati
Kurniaan yang abadi

Itulah taman syurga tertinggi
Bagi mukmin yang sejati


Di sana tiada derita
Bahkan usia ?kan kekal remaja
Wajah ceria berseri
Tanda nikmat tak terperi

Indahnya syurga itu janjiNya
Bagi insan yang bertaqwa


Bidadari dan para pemuda syurga
Bagaikan kilau mutiara
Sungai yang mengalir beraneka rasa
Limpah rahmat Yang Esa

Tiada duka tiada resah
Dan tiada jemu yang melanda
Di sanalah keindahan
Kebahgiaan jiwa yang hakiki
Selamanya

(Kurniakan syurgaMu Ya Allah... Ya Rahman...Ya Rahim)

Haruman Raihan yang memikat sukma
Dan linangan Salsabila
Mahligai permata megah mempesona
Tak tergambar hebatnya..


Taman Firdausi

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

*******************************
"Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
[11]
Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),
[12]
(Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[13]
(Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;
[14]
Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

[15]
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;
[16]
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.
[17]
Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -
[18]
Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.
[19]
Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.
[20]
Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,
[21]
Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.
[22]
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
[23]
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
[24]
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.
[25]
Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -
[26]
Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain).
[27]
Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?
[28]
Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.
[29]
Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,
[30]
Dan naungan yang tetap terbentang,
[31]
Dan air yang sentiasa mengalir,
[32]
Serta buah-buahan yang banyak,
[33]
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,
[34]
Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.
[35]
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36]
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37]
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38]
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
[39]
Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,
[40]
Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.
"

surah Al-Waqiah (11-40)

*************************

muhasabah balik.

"Astaghfirullah. layak ke aku duduk kt tempat macam tu?
setahu aku, tempat mcm tu penghuninya para rasul dan para nabi.
salafus soleh. para ummul mukminin.
khalifah-khalifah yang hebat. sahabat-sahabat nabi. pejuang-pejuang.
hamba yang sellu melakukan qiamullail. menangis hiba mengenangkan dosa di tengah malam. rindu untuk mengabdikan diri pada-Nya.
tapi aku..
aku..
.......

di mana tempat aku nanti?
aku tergolong ke dalam
sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian?

.............
Allah lebih Mengetahui. :)

oh. ok. slmat tahun baru masihi