Wednesday, July 31, 2013

jangan tinggalkan aku kalau boleh.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah.

Sementara aku tunggu bibik aku goreng kacang nak sambung buat kuih mazola dan kuih makmur, better aku amik kesempatan ni untuk coretkan sedikit sebanyak apa yang tersirat dalam hatiku.

aicewah ewah ewah. 
*takyah honeymoon sangat la*

cuti ni aku revise balik , buku maza ya'ni, Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam. anggap ia satu tugasan mungkin.

aku tengok video matlutfi. memang lepak bro ni. aku tertarik dengan cara dia dakwah.
(ok sori ayat aku memang tipikal)

so, ape kaitan buku maza yakni tu dengan video matlutfi? 

tajuk video tu kanak kanak riang. aku tengok sekali je video tu.
betul je apa dia cakap, budak budak ni memang jujur. dia suka tanya apa yang terlintas di kepala dorang.

dan lurus bendul.
tiada jugdement dan fakta yang berdasarkan emosi. semuanya jujur dan akan buat korang sometimes

SPEECHLESS.

contoh soalan yang memang mati kutu dia tanya.

"kenapa Allah ada?"
"kenapa Bumi bulat?"

dan adik aku pernah tanya masa kita org tengok drama endon 

"mak, diperkosa tu apa?"

mak aku lek je jawab. aku duk kt sofa tepi tu, tunggu je reaksi mak aku sambil kesal bawak adik aku join tengok cite endon 
*dia nak tunggu turn dia tengok cite kartun, SEMATA*

sudah. tak fokus tengok citer endon. 

entah kenapa fikiran aku menerawang.

tarbiah anak. tarbiah diri dulu. 
dakwah orang. dakwah diri dulu.

basic pun tak tahu, macam mana?
aku dah 21.
bukan 12. aku dah masuk alam dewasa.
sampai bila aku nak hanyut dengan keseronokan remaja.

'sahabat sahabat' aku kt luar ramai yang hanyut. aku pun ntah ntah terhanyut sekali.
tapi sampai bila aku nak biar diri aku 'basah' sebab hanyut.

orang pun takut nak dekat.
macam mana aku nak ajak. kotor diri ini siapa nak bersihkan?

mak aku? ayah aku? ya, mereka boleh bersihkan, tapi ada kekotoran yang mereka xdpat nak bersihkan. aku memang kena bersih sendiri.

amik sabun, amik clorox. kalau ada pencucinya, berus ada tapi lambat bertindak, 

Useless.

silap silap, berus, sabun , clorox, orang lain rampas dulu dan aku tak sempat nak bersihkan.
dan aku, masih biar, biar dan biar, diri aku kotor.
macam tu?

sama macam hidayah. bila mana Allah dah bagi satu wasilah untuk bersih. bersihkan.
mujahadahkan.

dan buku Maza Yakni. Aku revise balik. oh tidak, aku baca buat pertama kali. 
sungguh, buku basic yang setiap muslim harus miliki, aku menyesal, kenapa dari awal aku tak hargai.

komplikasi bagaimana hendak menjadi muslim yang baik, semua tercatat dalam ni.
dari mengasuh diri sendiri, berkahwin, mempunyai pasangan, keluarga dan menyertai jemaah.

aku perlukan jemaah.
aku perlukan. aku tahu itu. dan aku harap Allah permudahkan.

kembali kepada tarbiah anak.
anak.
gagal, kita mendidik. gagal lah generasi masa akan datang yang akan terbentuk.

aku berfikir, mungkin bukan aku, mungkin bukan suami aku, tetapi mengapa bukan tidak anak anak dan cucu ccitku yang menjadi generasi bersama pejuang pejuang untuk Akhirat kelak?

dan aku dan pasangan yang wajib mewarnai dan mentarbiah sebaik baiknya.
aku perlu mentarbiah diri aku.

kita perlu mentarbiah diri kita.
berkahwin bukan mudah.

dan yakinilah, ini adalah wasilah kita untuk membentuk dan melentur keturunan keturunan kita melawan dajjal, dan bersama sama menentang Israel Laknatullah, berjuang bersama kembali untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

INI RaMADHAN
kejar lailatul qadar.kejar tarawih.
jangan sekali tinggalkan.
dhuha, tahajjud, taubat, witir.
Quran.

mungkin kita, antara yang terpilih?

Sunday, July 7, 2013

tin berbunyi

aku akui sekarang.

diam adalah lebih baik.

kadang kadang aku rasa, setiap hari aku nak mintak maaf dekat orang.
aku takut apa apa yang aku boleh buat hati orang terluka.

tapi, sampai bila?
dan aku yakin orang akan rimas.
sampai bila aku nak fikir dan puaskan hati semua orang?

ber-husnudzon.

people are always forgiving.
asyik fikir apa yang aku pernah buat salah laku, tapi xde improvement walau pun dah mnta maaf.

buat apa?

be more practical.

kadang kadang perkataan 'maaf' tak cukup untuk membuatkan orang maafkan kita.

made a change, improvement rather than say 'sorry'.

because action speaks louder than words.
aha!

jangan, jangan dan jangan.
cakap berlebihan.

aku mohon. especially aku yang bernama perempuan.

fitrah perempuan memang suka bercakap banyak, dan, tidak semena mena telah 'memberi lampu suluh' siapa sebenarnya dia.

aku dapat pengajaran, buat dulu, baru boleh cakap.
cakap lah berapi macam mana pun boleh, sebab dah buat.

pengalaman betul betul mengajar aku.

makin banyak kita komen, makin banyak kita cakap.
kita tak sedar, ada ego dan bongkak berbaur.

melainkan yang berlandaskan nasihat. bukan kutukan.

ohoi! sila cermin diri. niat kita macam mana?

lari? cepat cepat kejar. grab balik. takut amalan jadi sia sia.

aku mohon aku mohon. pada diri aku terutamanya.

mohon kawal dan berfikir sebelum berkata-kata, 


DAN BERTINDAK.

sekian.




Thursday, July 4, 2013

post yang ke seratus

Ya Allah, moga kau kuatkan apa yang ada pada aku sekarang.

Moga kuatkan apa yang aku cekalkan, apa yang aku azamkan.

moga Kau permudhkan ya Allah.



aku cuba perbaiki. moga hati aku terjaga.

moga Ramadhan kali ini, adalah Ramadhan yang lain dari yang lain.

moga Ramadhan ini, kau berikan hidayah kepada kami agar terus beristiqamah.

moga Kau beri rahmat kepada mereka, jiwanya bersih dan terpelihara, semakin meningkat amalannya, dan berjaya,  dengan izin-Mu dan kekuasaan-Mu, berkatilah mereka.

aku doakan dari sini.




Setiap hari.





Monday, July 1, 2013

sampai

Alhamdulillah, aku sampai di rumah.

dalam bas on the way ke LCCT, macam macam yang aku fikirkan.

macam mana aku nak menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah aku.

macam mana Ramadhan aku.

dan apa benda baru aku perlu buat untuk melakukan perubahan besar dalam agama aku.

aku perlu matang, untuk menjadi seorang doktor yang cemerlang.

dan aku.. dh kenapa mengeluarkan ayat skema.

ok sekian.





maka keep on praying