Wednesday, November 24, 2010

Hanya untuk mu. ;)

Assalamualaikum w.b.t

mula-mula sekali, ucapan Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah atas kurniaaNya yang melimpah-limpah, tidak putus-putus, kasih sayang-Nya sememangnya sangat agung. Subhanallah.... nikmat yang Allah berikan kepada saya baru-baru ini, sememangnya kekuasaan yang Allah tunjukkan kepada saya secara obvious nya bahawa sememangnya Allah Maha Berkuasa, maha Pengasih, Maha Penyayang.. sehingga saya kesal betapa bersalah dan hinanya saya kerana saya selalu lalai dan leka dari mengingati-Nya. Astaghfirullah.. kejayaan sekali lagi ini saya harap makin bertambah dan memperbaiki lagi iman saya yang sakit ini. InsyaALLAH... sama-sama kita berdoa ye, semoga hati kita ini sentiasa istiqamah di jalan-Nya hingga akhir hayat dan tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang sesat..

kepada kedua orang tua saya yang saya cintai yang saya sayangi..
harap apa yang saya dapat ni dapat menyenangkan hati mak abah. ini saja yang Areena mampu nak balas apa yang mak abah buat untuk Areena selama ni. Usaha Areena, pengorbanan, semua ni Areena buat demi tanggungjawab yang Allah amanahkan supaya dapat berbakti pada mak abah. Ini je yang Areena mampu untuk tebus balik air mata, kekecewaan mak abah pedih hati, zaman kejatuhan Areena lebih-lebih lagi masa zaman sekolah Areena. zaman jahiliah tu Areena akan usaha untuk jauhi dan jadikan yang lepas tu sebagai pengajaran. dah tiba masanya untuk Areena berbakti pada mak abah. terima kasih terima kasih terima kasih. tak banyak areena mintak, cuma keprcayaan,doa dengan keberkatan ilmu yang Areena nak dari mak abah.

kepada kawan-kawan,
trima kasih sebab mendoakan kejayaan kita semua. budak-budak tamhidi, insyaALLAH jadikan result ini sebagai pendorong untuk kita lebih maju ke hadapan. maksudnya, yang tidak dapat apa yang ditargetkan, percayalah Allah sangat sangat sayangkan kita! bukan tidak dimakbulkan apa yang diminta, cuma apa yang ditakdirkan cuma lambat sedikit. sebab yang lebih baik sudah tersedia. natijah yang kita dapat, bukan urusan kita. apa yang penting usaha usaha dan usaha. usaha untuk menuntut ilmu dan belajar, usaha untuk memperbaiki personaliti, usaha untuk pelihara hati, usaha memelihara penglihatan, pendengaran, percakapan, usaha untuk banyak-banyak mengingati Allah, usaha untuk berkorban nafsu remaja (masalah kebanyakan remaja). barulah TAWAKKAL. sama-sama ye kita berjuang!

kepada yang berjaya melepasi target,Allah juga menyayangimu wahai sahabat. nikmat yang Allah bagi sekrang untk mnguji tahap keimanan, immune kita, sama ada kita lebih jauh dari Allah atau semakin dekat. Haaa. Jadi, sama-sama kita berdoa.

"Ya Allah semoga kejayaan dan nikmat yang Engkau berikan ini semakin mendekatkan diri kepada-Mu dan diriku menjadi muslim yang cemerlang supaya kejayaan ini membantuku dapat berjuang dalam agama-Mu dan dapat menolong di jalan-Mu"

Barakallahufiikum!

Regards,
Dr. Areena


Monday, November 22, 2010

Matang? ;)

Assalamualaikum w.b.t

jalan-jalan dekat iluvislam. ada satu tajuk yang buat saya cukup tertarik untuk membacanya. HAHA. Align Center


Tanda-tanda kematangan
www.iluvislam.com

*saya 'summarise'kan balik ye supaya senang nak baca. hihihi. (excited punya pasal) saja nak berkongsi.

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

*waaah! menarik kan? kan? apa yang saya tahu. saya belum cukup matang lagi.
tapi kan..

********************************

bawak adik main kereta mainan. bangla yang jaga. habis lima minit, bayar la kan. tiba-tiba bangla tu tanya.

"kakak,kakak"

"ye saya?"

"kakak, ini ANAK KAKAK ka?"

"Astaghfirullah.. tak..tak..saya tak kahwin lagi.."

apekah itu menunjukkan saya sudah matang? hahaha. hati berbunga-bunga sebab rasa sangaaaatttttt matang!

*hakikatnya TAAAAKKKK. selalu kena tegur dengan mak abah. kawan-kawan pun panggil budak kecik. cikgu pun.

tapi saya tak kesah, asalkan?

BIAR KECIK, TAPI JIWA MESTI BESARRRRRRR!!!!! kan? kan? kan?

-carilah pengalaman, ilmu dan pengetahuan, sebab itulah yang menentukan tahap kematangan kita sebenarnya-

so kwan-kwan..
don't judge book by its cover.
OK? hehe.

******************************************************

kadang-kadang kita nmpak dia besar, tapi tak boleh menentukan keputusan dalam hidup sendiri,tindakan yang perlu dibuat, supaya keadaan selapas itu jadi lebih stabil. maksud saya, BELUM mampu.
kadang-kadang kita nampak dia ramai kawan, tapi hati masih sunyi.
kadang-kadang kita nampak dia bergaya
, tapi fkiran masih belum geliga.
kadang-kadang kita nmpak dia memang pndai bercakap, tapi ISI TAKDE.
kadang-kadang kita nmpak dia alim, tapi masih ade, maksud saya, SEGELINTIR yang masih belum mampu memelihara hatinya.

adakah kita salah seorang daripadanya? mungkin. jadi... banyak-banyak muhasabah diri kita, scan balik, apa yang kita buat hari ni, berapa percent yang bermanfaat pada kita dan berapa percent yang lalai. bangun pagi, automatic! try sama-sama ingat pada Allah.. berazam beberapa perkara dalam hidup.

1)upgrade hubungan dengan ALLAH
2)upgrade hubungan sesama manusia
3) target berapa banyak ilmu yang kita dapat (berdasarkan generally dripada buku-buku ilmiah yang kita baca, apa yang kita tonton dan dengar)
4) target berapa banyak amalan sunnah yang dapat kita buat
5) minimakan beberapa perkara yang boleh menggelapkan hati kita, dari sudut penglihatan, pendengaran dan percakapan
6)melelapkan mata dengan hanya mengingati ALLAH semata-semata.


insyaALLAH.. secara tidak langsung mendekatkan diri kita kepada ALLAH. dan sekiranya kita berjaya pada hari itu, dapat buat apa yang kita target waktu bangun pagi itu...

TAHNIAHHH!! ANDA BERJAYA UNTUK HARI ITU!
dan... berdoa semoga esok pula lebih LEBIH LEBIH BAIK dari hari ni!

insyaALLAH...


kepada adik yang bakal mengambil SPM, akak sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu. Yakin dek.. Allah tolong... Allah tolong... Allah takkan sia-siakan usaha adik yer.. Adik banyak dah usaha.. akak tahu dan yang lebih penting.. ALLAH TAHU kesungguhan adik.

regards,
Dr.Areena.







Tuesday, November 9, 2010

Ceritera USIM Sem 1.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Habis dah sem satu dan beberapa mingu lagi saya akan melangkah masuk ke sem dua. Final? haaa. segalanya saya serahkan kepada Allah sebab saya yakin saya usaha. erm.. mungkin belum cukup lagi but at least ada usaha dan ada ilmu yang kita dapatkan? apa yang penting mesti, YAKIN. ye! yakin dengan kekuasaan Allah. Kalau tak dapat apa yang kita minta sekarang, bukan sebab kit
a tak pandai, tapi Allah lambatkan sikit rezeki kita, sebab? Allah sediakan yang lebih baik lah untuk kita. Ingat tu kawan-kawan! Hehe.

Hmm. sem satu, banyak pengajaran yang saya dapat. macam-macam yang saya tem
ui, i mean, iktibar, kesilapan yang saya buat dan insyaALLAH kesilapan yang kita buat ni, kita perbetulkanlah sama-sama masa depan nnti. always think positive and take it as a challenge to move forward. saya bersyukur sangat saya dapat masuk ke USIM. kawan-kawan masa 503 dulu pun ramai. Sabira (dentist), Safwan ( Sains teknologi) , Iqbal hanif ( Sains Teknologi), Amirul (Law), mula-mula Zaim (Law) pun masuk gak but then dgar crte dia dah pindah jadi cikgu. Good Luck Zaim! Alhamdulillah kami semua masih rapat walaupun jarang tegur masa kat USIM tapi takpela, tu tak bermakna 503 hilang di hati kami kan? kan? korang?

House mate, room mate semua baik-baik. Serious. Bersyukur dapat serumah dangan dorang. takde salah faham semua, kalau masing-masing buat salah or tersilap cakap, semua saling menasihati.
Paling senang sekali, bila room mate bawah katil (saya katil atas) pun satu kelas tutorial dengan saya. Khairun Nabihah.Memang senang! Semua buat kerja sama-sama. Even assgment Quran Sunnah pun ktorang satu group! Kebetulan? Tak. Semua kekuasaan Allah kan? Alhamdulillah pertolongan yang Allah bagi. ;)
kelas tutorial? saya group medic one. haaa jangan lah percaya cakap Safwan, katan
ya group Medic One semua nya NGETOP2 hanya sebab ONE di belakang.group medic lain semua hebat -hebat juga. tapi apa yang paling saya bersyukur sekali, class mate saya pun semua baik-baik. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan terkawal. Memang best la, terbaikk la TM1! Bak kata muslimin kelas saya, ARQA! haha. lucu la korang. saya ingat lagi time ktorang plan ke rumah Mdm Afiedah, plan dah baik tiba-tiba mak saya tak bagi naik kreta dengan korang. Paling lucu sekali, masa perjumpaan nak bincang tu, Faezah siap call nak cakap dgn mak saya pujuk supaya saya boleh ikut naik dengan dorang. Haha. Ksian kena speaking dengan mak saya. Takpe Faezah.. practice for MUET kan? Faezah terbaikk ;) hehe. Saya pun agak tertekan masa tu, saya nak pergi join jugak. Biasala fitrah remaja kan? budak kelas saya sangat baik even muslimin pun sgt concern, tak lpas tangan dgn masalah ni, saya memang salute dgn dorang sume. bayangkanlah, kalau mak saya tak bagi, means saya tak boleh ikut, kalau sorang tak ikut, Madam Afiedah tak bagi kita orang raya sbb mungkin tak nmpak cooperation kot. hehe. but at last, dpt juga solution. saya buat keputusan biar saya naik KTM. ksian korang kan, rasanya bnyak menyusahkan korang semua.

TAPI, TAPI! bersyukur sangat sebab ayah saya BAGI pulak naik krte dgn korang masa nak balik tu dengan pergi rumah Faezah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya. Masa nak pergi rumah Faezah kitorang menyempit naik krte Luqman drive. Hahaha. Masa tu mmg lucu. Nak tergelak masa tu, ape2 pun thanks kepda semua medic one, SEBAB SEBAB korang sangat baik! sangat baik! SEMUANYA! hmmm. tak tau ape
nak balas kat korang.

lagi satu paling best, masa nak makan dengan teacher. ya Allah punyala susah bebenor nak plan, at last at last, makan dekat restoran dekat dengan UIA jugak. so far oke la boleh tahan mknan dia. Satisfied. Muslimin siap bertambah sume taw. Haaa yang Zarifah Madi makan punyala banyak. Haha. lucu sangat! tapi pa
ling lucu masa siang tuu masa kelas Mdm Afiedah, terlepas pulak marah kt sorang muslimin ni. Alamak.. tak tau plak terlepas marah masa tu dahla depan-depan Madam Afiedah dengan korang semua. malu sangat-sangat! tak bermaksud pun. msti korang rasa, apsal Areena ni tetiba emo. haha. bukan emo la korang, tapi Areena masa tu rasa susah sangat nak plan bnda ni, tapi kita kenala bersyukur pada Allah kan? sebab semuanya dah dipermudahkan DAN DAN semuanya berjalan dengan lancar walaupun esok kita orang ada HAFAZAN DENGAN KUIZ FIZIK! tapi, semua happy kan? sebab apa? sebab apa? APA YANG PENTING, KERJAAAASAMA! (moto kelas kita orang) thanks korang ;) apa-apa pun Areena doakan semoga kita semua jumpa di PANDAN INDAH nanti! oke? together we strive towards success!
(sila klik gmbar untuk gambar yang lebih jelas dan TERANG! hehe)

Dalam kegembiraan tu semua kadang-kadang Allah nak tarik sikit nikmat yang kita dapat. Hmm. Cikgu ARHO kena pindah. semuanya sedih sebab dia cikgu terbaik. betul. cikgu terbaik! hmm. hope sangat next year cikgu tetap mengajar kita orang fizik lagi. memang semuanya Allah yang bagi, i mean kecemrlangan semua, tapi Cikgu ARHO laa yang banyak bantu kita orang betul-betul faham di sebalik setiap kjadian kat Bumi ni, Allah dah tetapkan semuanya berdasarkan konsep Fizik! Subhanallah Walhamdulillah. result kami masa mid sem perform. ramai dapat A fizik includes saya. Walaupun cikgu kadang-kadang suka sakat saya tapi saya tak pernah kesah pun. Kadang-kadang muka saya merah jugak sbab malu tapi saya tak pernah kesah SEBAB? KAMI SEMUA SAYANG CIKGU! kita orang sntiasa doakan cikgu semoga sihat selalu dan berkat keikhlasan cikgu men
gajar cikgu ajar kami, Allah balas dengan keberkatan dan keredhaan-Nya. Amiiinnn..cikgu ARHO main 'ceper' dengan saya guna pemberat! HAHA! HOOKE's LAW~

inilah hasil eksperimen Fizik group saya. SANGAT TEPAT! haha. Alhamdulillah~


Hmm. nak cakap saya stress kat sini, tak la se stress kat KISAS dlu. walaupun banyak kuiz, test, bla3 tapi Alhamdulillah Allah bagi saya sedikit ketenangan dan sakinah supaya saya terus terus bangkit dan tak jatuh walaupun gagal tu kadang-kala ada. tapi perlu di ingat kawan-kawan, walaupun kita gagal, LA TAHZAN WALA TAKHAF!! kan saya dh ckap dlm post saya sebelum ni,
Allah sntiasa dengan kita.. haaaa msti ada yang cakap. Alaaa common laa ayat ni, TAPI! kalau antum semua dah mula rasa, bila baca ayat ni, msti antum semua akan tenang dan sntiasa berusaha mencari keredhaan Allah. Haaa kenala beringat, kita tak kan rasa kecewa kalau kita belajar kerana Allah, sebab.. kan belajar tu salah satu ibadah! Allah kan tak tgok natijah yang kita dapat, tapi Allah tengok usaha. USAHA dan USAHA! justeru itu, kalau kita berdoa, especially lepas kita belajar, jangan lupa! berdoa.. semoga USAHA kita.. semuanya diberkati dan diredhai Allah, kan? hmm banyak sangat nak crita tapi rasanya dah la rasanya. panjang sangat.

konklusinya, perasan tak? dalam post ni, banyak sangat perkataan apa? ALHAMDULILLAH..kenala banyakkkk sangat bersyukur kepada Allah setiap masa, setiap waktu, setiap detik! haaa. macam dalam lirik Maher Zain..

"Allah, I wanna thank You I wanna thank you for all the things that you’ve done You’ve done for me through all my years I’ve been lost You guided me from all the ways that were wrong And did you give me hope"
Align Center
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH!!


Regards,
Dr. Areena.
;)


Tuesday, November 2, 2010

Taman yang sebenar ada dalam HATI.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah akhirnya saya berpeluang untuk update blog ini semula. Maaf ye sahabat-sahabat. Areena baru sahaja habis final. Kelekangan masa tu baru saya dapat sekarang dan saya yakin semua yang bergelar pelajar asasi mengalami benda yang sama. Sekarang musim exam. Berakhirnya sem satu dan inshaALLAH sem dpan kita hadapi bersama-sama. Semoga semuanya di bawah keredhaan Allah.

Subhanallah. minggu minggu akhir exam terlalu banyak cabaran. kuiz, test, shafawi MUET. kadang-kadang hati ini terasa seperti mau putus asa. pernah satu malam, saya tak berhenti menangis. tension. saya lekap muka saya dengan bantal. entah kenapa saya tak larat untuk buat apa-apa. sangat tension. saya penat. saya baring. berserah pada takdir. scroll musics dan cuba untuk cari semngat. the spirit. the spirit that Allah gave me. Maher Zain- Insha Allah.

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away

Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Ya Allah. astaghfirullah. Makin berjurai air mata. Baru saya sedar. bayangkan berapa ramai yang mengalami masalah yang sama macam saya, tapi mereka masih lagi berjuang. Sesungguhnya Allah sentiasa berada di samping hambanya tapi saya masih leka. masih lagi tanpa disedari bergantung pada diri. fikir-fikir balik. semua apa yang saya buat ni, saya belajar, saya makan, saya solat, saya berbakti pada ibu bapa, baca buku, saya tidur. semua itu untuk kesihatan dan kejayaan saya. tapi bila Allah tarik nyawa saya, ke mana saya nak bawak kesihatan dan kejayaan tu? untuk diwarisi? tak. untuk dijual? tak. sudah semestinya untuk dibawa ke akhirat kelak. dan pokoknya, semua itu saya buat balik kepada asal, hanya kerana Allah semata-mata. Ya, kerana Allah. Ya Allah. Berapa lama saya lalai dan leka tenggelam dalam semua nikmat yang Allah berikan pada saya. terlalu banyak. Nikmat kasih sayang manusia, nikmat kejayaan, peluang, kesihatan, rezeki, ketenangan. semua tu nikmat yang Allah pinjamkan pada saya.

Mana kah hati yang hidup dalam diri saya? tiada. fikiran ini hanya untuk mengejar duniawi. Astaghfirullah. ampuni daku. btapa saya betul-betul kufur nikmat. berdoa. bila lmbat dimakbulkan, marah, sedih. sedangkan Allah itu lebih Mengetahui. Mahukan ilmu Allah tetapi hak kepada Allah dilewat-lewatkan tidak dilebih-lebihkan. mahukan Rahmat,kelebihan dan dimurahkan rezeki yang semuanya ini milik Allah, tapi sunnah Rasulullah saya kurang amalkan. Manusia apakah saya ini? Sungguh. Nikmat yang saya minta tidak setanding dengan apa yang saya persembahkan pada Allah.

Pada masa itu, rindu pada Allah semakin membara. saya dapat bayangkan bagaimana sepasang kekasih, apabila salah seorangnya lupa pada nya tentu yang lagi seorang sangat sedih kerana masih setia menanti kekasihnya! baru saya tahu, Allah pasti akan begitu sedih dengan saya sedangkan Dia sentiasa berada dengan saya, malah cinta pada hamba-Nya lebih meluas tiada tandingan. Subhanallah. Saya begitu alpa. Pada masa saya menghadap Allah, saya terfikir apakah Allah mahu menerima saya. Ya Allah... terimalah aku... terimalah aku.. pada masa itu keyakinan mula ada dalam diri saya. Saya minta Allah kurniakan saya hati yang baru. Hati yang sentiasa mengingati-Mu.

Nikmat itulah yang saya harus jaga. Susah. Banyak yang saya perlu jaga. percakapan, penglihatan, pendengaran. saya takut mahu menerima pujian. sebab saya malu, itu semua adalah milik Allah. Oleh itu sahabat-sahabat, sekiranya antum semua terlihat kelebihan pada seseorang, pujilah Allah. sekiranya dia mempunyai paras rupa yang menarik, ingatlah itu semua pinjaman dari Allah yang Maha Cantik. Sekiranya seseorang itu sangat hebat, pujilah Allah kerana Allah itu Maha Bijaksana. Itu hanyalah pinjaman. Terlalu banyak cara-cara untuk kita mengingati Allah tanpa kita sedari.

insha Allah bersama-sama kita berusaha berzikir kepada Allah dan sentiasa upgrade our iman and taqwa.


Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar.

Regards,

Dr. Areena.