Thursday, September 12, 2013

Thursday, September 5, 2013

Please, move on dan yakin

Dikecewakan dan mengecewakan.
Tu perkara biasa.

Kau hanya perlu penerimaan.
Dan move on.

Happy dgn life kau.
Come on. Banyak benda lg penting boleh buat dalam hidup kau.

Kalau ada, ada jugak yang akan datang. Doa lama lama.

Fikir balik. Kalau kasih sayang seorang manusia tu masih di samping kau di saat sebenarnya kau xberapa memerlukan dan kau hanya memerlukan jawapan dan kepastian. Ia akan melekakan.

Jangan tipu, kau pasti terbuai.

Aku bukan orang yang baik untuk berkata hal sedemikian. Hati ini cukup suci untuk MEMBERI PENGAJARAN DENGAN CARA TIDAK KENA kepada orang. Tapi yakinlah kenapa kau harus move on dengan hidup kau.

Sebab dengan dekatnya hubungan kau pada Allah, maka dengan mudahnya kau peroleh nikmat yang kau xjangka dan xminta, tapi amat terbaik.

Kerana saat itu, di saat kau bersendirian bersama Tuhan Mu, kau akan merasakan indahnya hubungan itu, bila hidup kau penuh dengan keampunan dan 'pelukan' iman.

Saturday, August 3, 2013

Tak tahu

Memang indah 'membuang' masa Di rumah.

Menjahit baju, memasak, bljr drive krte, bljar apa erti kematangan, kesusahan.

Dan ini salah satu hasil Ramadhan yang aku kira paling puas hati.

Buat baju raya sendiri. Since this is the first time aku buat baju raya, mak aku ada guide sikit2.

Andddd. Walaaaa!

Huhu. Sempoiiiiii.

Aku ingat senang je menjahit, rupanya susah gak kalau jarang buat. Sebelum ni, aku jahit baju taaruf first year je. Tak dela susah mana. Hehe

Aku tak counting days nak raya.

Counting days nak balik usim.
Pffftttt.

Dan dilema nak pergi trip atau tak.
Hehe. Maaf.

Thursday, August 1, 2013

Berlagak nampak?

Ehem. Sejak boleh update blog di handphone, makin kerap pula jari ini menaip.

Aku lebih prefer menyuarakan apa yang aku rasa di sini sebab aku tahu ramai tak baca blog aku.

*ayat nak touching. Hueh hueh Hentikan kepoyooan please*

Aku tak suka sangat bgtahu apa yg aku rasa dekat facebook sebab dkt situ, rmai friends aku, and not necessary all my friends boleh tahu pergerakan aku unless they stalk about me.

*gelak besar nampak*
-gurau-

Twitter? Aku dah lama deactivate sebab aku tak dapat nak tahan ketagihan meluahkan ketidak puashatian. Aku tak kuat sangat untuk mujahadah benda ni. Hehe.

Apa apa pun. Bends benda ni semua tak penting. Apa yang penting kita amalkan apa yang Rasulullah ajar.

Setiap apa yang kita sampaikan, sampaikan lah benda yang bermanfaat walaupun satu ayat.

Aku tahu, akan ada golongan yang akan mengatakan kita poyo, tp why not fkir positif, mungkin bila kita stalk diri kita sendiri, di saat kita futur, lalai dan alpa ianya akan mengingatkan diri kita balik.

Nice jugak sebenarnya, update guna phone ni.

Wassalam. :)

Wednesday, July 31, 2013

jangan tinggalkan aku kalau boleh.

dengan nama Allah yang Maha Pemurah.

Sementara aku tunggu bibik aku goreng kacang nak sambung buat kuih mazola dan kuih makmur, better aku amik kesempatan ni untuk coretkan sedikit sebanyak apa yang tersirat dalam hatiku.

aicewah ewah ewah. 
*takyah honeymoon sangat la*

cuti ni aku revise balik , buku maza ya'ni, Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam. anggap ia satu tugasan mungkin.

aku tengok video matlutfi. memang lepak bro ni. aku tertarik dengan cara dia dakwah.
(ok sori ayat aku memang tipikal)

so, ape kaitan buku maza yakni tu dengan video matlutfi? 

tajuk video tu kanak kanak riang. aku tengok sekali je video tu.
betul je apa dia cakap, budak budak ni memang jujur. dia suka tanya apa yang terlintas di kepala dorang.

dan lurus bendul.
tiada jugdement dan fakta yang berdasarkan emosi. semuanya jujur dan akan buat korang sometimes

SPEECHLESS.

contoh soalan yang memang mati kutu dia tanya.

"kenapa Allah ada?"
"kenapa Bumi bulat?"

dan adik aku pernah tanya masa kita org tengok drama endon 

"mak, diperkosa tu apa?"

mak aku lek je jawab. aku duk kt sofa tepi tu, tunggu je reaksi mak aku sambil kesal bawak adik aku join tengok cite endon 
*dia nak tunggu turn dia tengok cite kartun, SEMATA*

sudah. tak fokus tengok citer endon. 

entah kenapa fikiran aku menerawang.

tarbiah anak. tarbiah diri dulu. 
dakwah orang. dakwah diri dulu.

basic pun tak tahu, macam mana?
aku dah 21.
bukan 12. aku dah masuk alam dewasa.
sampai bila aku nak hanyut dengan keseronokan remaja.

'sahabat sahabat' aku kt luar ramai yang hanyut. aku pun ntah ntah terhanyut sekali.
tapi sampai bila aku nak biar diri aku 'basah' sebab hanyut.

orang pun takut nak dekat.
macam mana aku nak ajak. kotor diri ini siapa nak bersihkan?

mak aku? ayah aku? ya, mereka boleh bersihkan, tapi ada kekotoran yang mereka xdpat nak bersihkan. aku memang kena bersih sendiri.

amik sabun, amik clorox. kalau ada pencucinya, berus ada tapi lambat bertindak, 

Useless.

silap silap, berus, sabun , clorox, orang lain rampas dulu dan aku tak sempat nak bersihkan.
dan aku, masih biar, biar dan biar, diri aku kotor.
macam tu?

sama macam hidayah. bila mana Allah dah bagi satu wasilah untuk bersih. bersihkan.
mujahadahkan.

dan buku Maza Yakni. Aku revise balik. oh tidak, aku baca buat pertama kali. 
sungguh, buku basic yang setiap muslim harus miliki, aku menyesal, kenapa dari awal aku tak hargai.

komplikasi bagaimana hendak menjadi muslim yang baik, semua tercatat dalam ni.
dari mengasuh diri sendiri, berkahwin, mempunyai pasangan, keluarga dan menyertai jemaah.

aku perlukan jemaah.
aku perlukan. aku tahu itu. dan aku harap Allah permudahkan.

kembali kepada tarbiah anak.
anak.
gagal, kita mendidik. gagal lah generasi masa akan datang yang akan terbentuk.

aku berfikir, mungkin bukan aku, mungkin bukan suami aku, tetapi mengapa bukan tidak anak anak dan cucu ccitku yang menjadi generasi bersama pejuang pejuang untuk Akhirat kelak?

dan aku dan pasangan yang wajib mewarnai dan mentarbiah sebaik baiknya.
aku perlu mentarbiah diri aku.

kita perlu mentarbiah diri kita.
berkahwin bukan mudah.

dan yakinilah, ini adalah wasilah kita untuk membentuk dan melentur keturunan keturunan kita melawan dajjal, dan bersama sama menentang Israel Laknatullah, berjuang bersama kembali untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

INI RaMADHAN
kejar lailatul qadar.kejar tarawih.
jangan sekali tinggalkan.
dhuha, tahajjud, taubat, witir.
Quran.

mungkin kita, antara yang terpilih?

Sunday, July 7, 2013

tin berbunyi

aku akui sekarang.

diam adalah lebih baik.

kadang kadang aku rasa, setiap hari aku nak mintak maaf dekat orang.
aku takut apa apa yang aku boleh buat hati orang terluka.

tapi, sampai bila?
dan aku yakin orang akan rimas.
sampai bila aku nak fikir dan puaskan hati semua orang?

ber-husnudzon.

people are always forgiving.
asyik fikir apa yang aku pernah buat salah laku, tapi xde improvement walau pun dah mnta maaf.

buat apa?

be more practical.

kadang kadang perkataan 'maaf' tak cukup untuk membuatkan orang maafkan kita.

made a change, improvement rather than say 'sorry'.

because action speaks louder than words.
aha!

jangan, jangan dan jangan.
cakap berlebihan.

aku mohon. especially aku yang bernama perempuan.

fitrah perempuan memang suka bercakap banyak, dan, tidak semena mena telah 'memberi lampu suluh' siapa sebenarnya dia.

aku dapat pengajaran, buat dulu, baru boleh cakap.
cakap lah berapi macam mana pun boleh, sebab dah buat.

pengalaman betul betul mengajar aku.

makin banyak kita komen, makin banyak kita cakap.
kita tak sedar, ada ego dan bongkak berbaur.

melainkan yang berlandaskan nasihat. bukan kutukan.

ohoi! sila cermin diri. niat kita macam mana?

lari? cepat cepat kejar. grab balik. takut amalan jadi sia sia.

aku mohon aku mohon. pada diri aku terutamanya.

mohon kawal dan berfikir sebelum berkata-kata, 


DAN BERTINDAK.

sekian.




Thursday, July 4, 2013

post yang ke seratus

Ya Allah, moga kau kuatkan apa yang ada pada aku sekarang.

Moga kuatkan apa yang aku cekalkan, apa yang aku azamkan.

moga Kau permudhkan ya Allah.



aku cuba perbaiki. moga hati aku terjaga.

moga Ramadhan kali ini, adalah Ramadhan yang lain dari yang lain.

moga Ramadhan ini, kau berikan hidayah kepada kami agar terus beristiqamah.

moga Kau beri rahmat kepada mereka, jiwanya bersih dan terpelihara, semakin meningkat amalannya, dan berjaya,  dengan izin-Mu dan kekuasaan-Mu, berkatilah mereka.

aku doakan dari sini.




Setiap hari.





Monday, July 1, 2013

sampai

Alhamdulillah, aku sampai di rumah.

dalam bas on the way ke LCCT, macam macam yang aku fikirkan.

macam mana aku nak menjadi anak yang membanggakan ibu dan ayah aku.

macam mana Ramadhan aku.

dan apa benda baru aku perlu buat untuk melakukan perubahan besar dalam agama aku.

aku perlu matang, untuk menjadi seorang doktor yang cemerlang.

dan aku.. dh kenapa mengeluarkan ayat skema.

ok sekian.





maka keep on praying

Saturday, June 29, 2013

Sia sia kah?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah satu sem aku tak update blog, sementara ada masa, aku updatekan jugak (for the sake of, habis tahun dua zzzz)

Yep. Seriously, aku sedih habis tahun dua. Sebab aku rasa kenangan tahun dua tak kan berulang walaupun kita bersama dengan orang yang sama. Banyak benda yang berlaku masa aku tahun dua. 

Aku tahu apa erti ukhuwwah.
Aku tahu apa erti iman sebenarnya.
Aku tahu macam mana nak manage stress.
Aku tahu, nak ignore benda yang tak penting.
Aku tahu, kenapa STUDY GROUP TU PENTING.

dan aku tahu, kenapa aku xboleh kawen sekarang. (melawak je)
zzzzz.

baru baru ni, ktrg dapat result Pro Exam 1st. Pro exam ni, wajib diambil oleh budak budak medic untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya (ceh macam Akademi Al Quran pulak). Pro Exam ni la yang menentukan takat mana usaha, takat mana kefahaman kita dalam ilmu medic yang basic, dan untuk budak yang agak mentah macam ktrg, memang pro exam yang first ni benda yang paling mencuakkan, mendebarkan dan masa tula ktrg akan cari apa je jalan, yang penting,

 LULUS.


tapi sebenarnya bagi pendapat aku, exam ni kita lulus ke tak, tak semestinya usaha kita takat mana. sejak aku dapat result yang mendebarkan llebih hebat debarannya dari dapat keputusan SPM, aku sebenarnya belajar banyak benda hari tu.

dan hari itu, adalah hari yang SERIOUSLY bermakna untuk aku. 

Allah buktikan dekat aku ayat Quran yang kite dok ulang ulang dalam Ma'thurat.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya" (2: 286)

Di saat dekan buka je pintu dewan kuliah ktrg sambil bawa result exam, aku punya la cuak yang melampau sampai aku boleh rasa epiglottis aku dah tutup larynx aku. aku dapat rasa abdominal muscle aku contract dan relax dengan laju, VRG aku stimulate. kesimpulannya, respiratory rate aku bertambah ala ala aku berlari marathon 5000 m. (ok, aku tahu over hiperbola aku)

dipendekkan cerita, dekan pun sebut nama yang first.

"Alif Ahlan bin Sapian. Your anatomy, PASS. Your biochemistry PASS, Your Physiology, PASS. and you, PASS"

tanpa aku sedar, air mata aku deras laju. (ceh, ayat nak ala ala karangan PMR BM).

Alhamdulillah!! Classmate aku, PASS! 

dan nama nama seterusnya,aku turut menangis dengar sebab masing masing berjaya. Ada siap yang dapat distinction TIGA TIGA SUBJECT. daebak la. patutla tak kena viva. 

tapi yang ni aku xnangis la sebab aku memang akui kehebatan beliau.

apa apa pun, tahniah aku ucapkan kepada TOP TEN SCORERS KITA,

Ashraf Ilman
Hanisah
Ikmal Hakim
Afikah Hashim
Khairun Nabihah 
Nadzatul Syahira
Pejoi
Afiq Azri
Nazmi
Nik Nur Athirah

(xikut susunan sebab xingat)

actually, aku tak tunggu sangat result dorang ni, sebab sejak azali dorang memang hebat dan aku tahu dorang akan pass dengan jaya dan gemilangnya.

aku tunggu result kawan kawan study group aku. ada dua orang study group aku kena viva. viva ni periksa boderline dari xlulus sikit je berapa markah lagi nak lulus. 

aku yakin dengan dorang. aku akui aku risau. aku risau teramat.tapi aku tahu Allah akan merencanakan sesuatu yang hebat untuk semua orang dan semestinya untuk mereka berdua.

dan masa tulah terbuktinya ayat Quran yang aku keluarkan tadi.

bagi aku, dua orang ni permata dalam batch aku.

yep. mereka xlepas viva and they have to take supplement exam untuk lulus.

aku speechless. tapi ini yang Allah tentukan. aku xdapat nangis bila aku dengar result ni, sebab aku shock. 

result diakhiri dengan result tiga orang repeaters yang banyak tolong batch aku, and mereka lulus! senior senior yang ni, akhrnya lulus and semua orang menanti result dorang.
Alhamdulillah.

habis result, aku keluar terus masa prof yunus bagi ucapan nak uruskan minuman jamuan.
aku masih fikir yang dua orang tu macam mana dorang handle perasaan dorg.

aku xdengar ucapan yang kawan aku tu. aku tahu beliau bgi ucapan bila aku dh smpai. ceremony tu dh hbs. aku agak terkilan.

roomate aku terus peluk aku. aku menangis.

aku xsedih.
aku xrisauu.

cuma aku mengagumi.

Allah tunjukkan aku satu hati yang kuat untuk aku contohi.
selama ni, aku inferior, aku rasa down xtentu pasal, aku menangis benda yang remeh temeh, sampai ada satu masa aku rasa kenapa aku hidup (nauzubillah! )

dan aku tk tahu kenapa perasaan inferior melampau ni terlintas dalam diri aku.

aku rasa malu.
sebab selama ni aku xbersyukur.
Allah tunjukkan hati yang kuat tu melalui orang yang aku rapat.

aku xnampak hati yang kuat tu dekat orang lain. sebab dia yang hadapi benda yang aku memang xnak hadapi.

dan sebelum ni aku xnak dia yang hadapi, tapi aku kena redha, sebab aku tahu dia banyak berkorban untuk diri dia.

untuk tahun ni, terlalu banyak benda yang dia sacrificekan,banyak benda yang dia kena pegang.
aku yakin, jalan yang dia pilih untuk permudahkan agama Allah, dakwah dan kesenangan orang lain, Allah pasti permudahkan untuk dia.

Dia terlalu kuat. dan xde sebab untuk aku tak kuat jugak. aku dapat rasakan, betapa kufurnya aku terhadap nikmat yang Allah bagi. 

ditakdirkan aku xdgr ucapan tu, sebab Allah tahu, aku akan jadi nampak lebih lemah sebab banyak sangat air mata aku mengalir untuk benda yang aku inferior without no clear reasons.

tapi dia masih cekal walaupun dalam hatinya Allah saja yang tahu.
aku bersyukur Allah pertemukan aku dengan orang yang kuat hatinya.



 bagi aku orang yang cemerlang result ke, apa, tu semua kurang penting untuk aku jadikan booster. 
ambil medic ni, bagi pendapat aku, only the smartest and the most focus can pass with really outstanding results.

apa yang penting untuk aku, lulus dan hati yang kuat.
hati yang kuat, akan dibwa hingga mati.
hati yang kuat mampu nemyelesaikan kerumitan, lahirnya ketenangan.
dan nikmat terbesar ni, Allah akan bagi pada orang orang yang Allah sayang.

Orang yang Allah sayang adalah orang yang selalu mecari kasih sayang Allah.

sekali lagi, aku tahu orang lain turut ada hati yang kuat tu, cuma dia, sebab dia yang hadapi benda yang aku hampir tiap tiap malam minta, aku xnak kena viva, aku xnak kena supplement. sebab aku tahu aku xmampu nak hadapi semua ni.

tapi dia yang Allah pilih untuk membina lagi hati yang kuat untuk dibersihkan untuk dipersembahkan pada Dia nnti.
aku cerita benda ni dekat ayah aku.

"biasa Areena benda ni, semua doctor mostly akan hadapi benda ni. and yet, doctor doctor macam nila yang akan akhirnya jadi doctor yang bagus"

sebab, mereka sabar mungkin?

kawan, walaupun aku xdapat bersama dengan korang masa korang amik supplement nanti, tp jangan risau aku akan sentiasa mendoakan korg. mungkin aku x se supportive macam kawan kawan yang lain untuk korang, tapi aku nak korang tahu, kawan yang ni,akan sentiasa memberi sokongan walaupun aku x cakap benda benda tu saat ni untuk korang fokus dgn pencapaian korg. korang akan lulus, exam pro first ni! belajar elok elok!

aku tunggu korg third year ni. kacang je tu exam :D aku tahu korg boleh buat. 

(ceh, macam la dorang baca, poyo je aku ni)

dan aku?
aku lulus Alhamdulillah.



Tuesday, April 2, 2013

Random

sudah masa untuk berubah mungkin?

mungkin. silih berganti pengalaman membuatkan saya lebih berhati-hati.

sahabat ini. physically tampak tiada wujud saya di sisi. tapi, dalam hati. saya sentiasa mendoakan.

kerana sudah tiba untuk saya membina kekuatan diri. 
sudh tiba masa saya untuk 'mementingkan diri sendiri'



Monday, February 4, 2013

chut-they!

Assalamualaikum wbt.

wah wah wah nampaknya Alhamdulillah saya sedang bergumbira bercuti spend bersama family di sini. Soalan yang wajib akan ditanya oleh budak medic

"ko study cuti ni? wahh terrr la. msti 24/7 ko study"

tangan digenggam. menahan geram.

"aaaa ye aku study aku study, study brpa lama ko hidup"

erkkk. no u shouldnt say that to your friend.

seriously, sy mmg  tak study. dan rakyat rakyat di luar sana, kerja saya bukan makan tidur makan dan tidur ya! hewhew. banyak sangat keluar ke sana ke mari.  best sangat! thanks mak abah! ini menambahkan HOMESICK Areena bila balik USIM nanti :p

i'll miss all of you. sobss ;'( nasib baik mak abah selalu jenguk dekat KL.haha.




































singapore, kluar makan dan lain lain. best!!!!

ok dah tu je, hehe wsalam

Monday, January 21, 2013



i have about 4 and half years to complete my degree. its time for me to rebuild my personality to be an outstanding doctor. read a lot of books this break semester, improves my english, and be more patient with the people around me.

a lot of things to do. and prepare for my PRO EXAM THIS YEAR!

May Allah ease!

 :)


appreciate
and
tolerance

moga Allah beri yang terbaik untuk kita semua
Amin


Tuesday, January 8, 2013

lagi

Assalamualaikum. Rasanya setiap kali post baru. msti nak cakap,

'dah lama xupdate bagai.'

so kali ni xmo cakap la. aganya life as a medical students makin lama memang rasanya menghargai masa. procrastinations dah mula jadi musuh. agaknya kalau jadi kawan, comfirm patient akan datang saman gile gile. tapi tambahan memang kehidupan kita, makin banyak pengalaman, makin banyak benda kita kena lalui, kita takkan cuba untuk ulang.

kes petang ni lain sikit. baru habis final biochem and terasa tetiba nak berfoyes foyes waktu petang ni tanpa buku. hahai. lagi sekali, procrastinations datang kembali. padahal ada lagi satu paper lagi. Astaghfirullah.

gelak besar hati menangis.

sekarang ni, banyak benda kena buat sendiri. not necessarily kena ngadu pada kawan.
especially masalah hati.

kawan akan dengar. tapi yang membolak balik kan hati kita, hanya Dia.
semua orang dah tahu kot? tapi, kadang kadang kita lupa.

lupa nak doa benda benda kecik.
natijahnya, kita buat keputusan langkah seterusnya dengan kata hati sendiri.

tak pasti ianya kerana nafsu sendiri, atau Allah yang beri kepada HATI.
natijanya, kita salah ambil langkah, dan situasi menjadi lebih teruk. terperangkap.
menyesal.

nak betulkan balik situasi bakal melukai hati orang yang tidak diingini.

jadi, hati-hati dengan hati.

sering langkah, hati yang menentukan, otak yang membuat keputusan. atau sebaliknya.
hati menunjukkan personaliti kita.
hati menunjukkan iman kita.

dahla, patah hati nanti cerita pasal hati .  nak berjumpa dengan si jantung hati.

Asar. Hayya Alas Solah :D

Dr. Areena
(inshaa Allah)