Saturday, June 29, 2013

Sia sia kah?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, setelah satu sem aku tak update blog, sementara ada masa, aku updatekan jugak (for the sake of, habis tahun dua zzzz)

Yep. Seriously, aku sedih habis tahun dua. Sebab aku rasa kenangan tahun dua tak kan berulang walaupun kita bersama dengan orang yang sama. Banyak benda yang berlaku masa aku tahun dua. 

Aku tahu apa erti ukhuwwah.
Aku tahu apa erti iman sebenarnya.
Aku tahu macam mana nak manage stress.
Aku tahu, nak ignore benda yang tak penting.
Aku tahu, kenapa STUDY GROUP TU PENTING.

dan aku tahu, kenapa aku xboleh kawen sekarang. (melawak je)
zzzzz.

baru baru ni, ktrg dapat result Pro Exam 1st. Pro exam ni, wajib diambil oleh budak budak medic untuk melayakkan mereka ke peringkat seterusnya (ceh macam Akademi Al Quran pulak). Pro Exam ni la yang menentukan takat mana usaha, takat mana kefahaman kita dalam ilmu medic yang basic, dan untuk budak yang agak mentah macam ktrg, memang pro exam yang first ni benda yang paling mencuakkan, mendebarkan dan masa tula ktrg akan cari apa je jalan, yang penting,

 LULUS.


tapi sebenarnya bagi pendapat aku, exam ni kita lulus ke tak, tak semestinya usaha kita takat mana. sejak aku dapat result yang mendebarkan llebih hebat debarannya dari dapat keputusan SPM, aku sebenarnya belajar banyak benda hari tu.

dan hari itu, adalah hari yang SERIOUSLY bermakna untuk aku. 

Allah buktikan dekat aku ayat Quran yang kite dok ulang ulang dalam Ma'thurat.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya" (2: 286)

Di saat dekan buka je pintu dewan kuliah ktrg sambil bawa result exam, aku punya la cuak yang melampau sampai aku boleh rasa epiglottis aku dah tutup larynx aku. aku dapat rasa abdominal muscle aku contract dan relax dengan laju, VRG aku stimulate. kesimpulannya, respiratory rate aku bertambah ala ala aku berlari marathon 5000 m. (ok, aku tahu over hiperbola aku)

dipendekkan cerita, dekan pun sebut nama yang first.

"Alif Ahlan bin Sapian. Your anatomy, PASS. Your biochemistry PASS, Your Physiology, PASS. and you, PASS"

tanpa aku sedar, air mata aku deras laju. (ceh, ayat nak ala ala karangan PMR BM).

Alhamdulillah!! Classmate aku, PASS! 

dan nama nama seterusnya,aku turut menangis dengar sebab masing masing berjaya. Ada siap yang dapat distinction TIGA TIGA SUBJECT. daebak la. patutla tak kena viva. 

tapi yang ni aku xnangis la sebab aku memang akui kehebatan beliau.

apa apa pun, tahniah aku ucapkan kepada TOP TEN SCORERS KITA,

Ashraf Ilman
Hanisah
Ikmal Hakim
Afikah Hashim
Khairun Nabihah 
Nadzatul Syahira
Pejoi
Afiq Azri
Nazmi
Nik Nur Athirah

(xikut susunan sebab xingat)

actually, aku tak tunggu sangat result dorang ni, sebab sejak azali dorang memang hebat dan aku tahu dorang akan pass dengan jaya dan gemilangnya.

aku tunggu result kawan kawan study group aku. ada dua orang study group aku kena viva. viva ni periksa boderline dari xlulus sikit je berapa markah lagi nak lulus. 

aku yakin dengan dorang. aku akui aku risau. aku risau teramat.tapi aku tahu Allah akan merencanakan sesuatu yang hebat untuk semua orang dan semestinya untuk mereka berdua.

dan masa tulah terbuktinya ayat Quran yang aku keluarkan tadi.

bagi aku, dua orang ni permata dalam batch aku.

yep. mereka xlepas viva and they have to take supplement exam untuk lulus.

aku speechless. tapi ini yang Allah tentukan. aku xdapat nangis bila aku dengar result ni, sebab aku shock. 

result diakhiri dengan result tiga orang repeaters yang banyak tolong batch aku, and mereka lulus! senior senior yang ni, akhrnya lulus and semua orang menanti result dorang.
Alhamdulillah.

habis result, aku keluar terus masa prof yunus bagi ucapan nak uruskan minuman jamuan.
aku masih fikir yang dua orang tu macam mana dorang handle perasaan dorg.

aku xdengar ucapan yang kawan aku tu. aku tahu beliau bgi ucapan bila aku dh smpai. ceremony tu dh hbs. aku agak terkilan.

roomate aku terus peluk aku. aku menangis.

aku xsedih.
aku xrisauu.

cuma aku mengagumi.

Allah tunjukkan aku satu hati yang kuat untuk aku contohi.
selama ni, aku inferior, aku rasa down xtentu pasal, aku menangis benda yang remeh temeh, sampai ada satu masa aku rasa kenapa aku hidup (nauzubillah! )

dan aku tk tahu kenapa perasaan inferior melampau ni terlintas dalam diri aku.

aku rasa malu.
sebab selama ni aku xbersyukur.
Allah tunjukkan hati yang kuat tu melalui orang yang aku rapat.

aku xnampak hati yang kuat tu dekat orang lain. sebab dia yang hadapi benda yang aku memang xnak hadapi.

dan sebelum ni aku xnak dia yang hadapi, tapi aku kena redha, sebab aku tahu dia banyak berkorban untuk diri dia.

untuk tahun ni, terlalu banyak benda yang dia sacrificekan,banyak benda yang dia kena pegang.
aku yakin, jalan yang dia pilih untuk permudahkan agama Allah, dakwah dan kesenangan orang lain, Allah pasti permudahkan untuk dia.

Dia terlalu kuat. dan xde sebab untuk aku tak kuat jugak. aku dapat rasakan, betapa kufurnya aku terhadap nikmat yang Allah bagi. 

ditakdirkan aku xdgr ucapan tu, sebab Allah tahu, aku akan jadi nampak lebih lemah sebab banyak sangat air mata aku mengalir untuk benda yang aku inferior without no clear reasons.

tapi dia masih cekal walaupun dalam hatinya Allah saja yang tahu.
aku bersyukur Allah pertemukan aku dengan orang yang kuat hatinya.



 bagi aku orang yang cemerlang result ke, apa, tu semua kurang penting untuk aku jadikan booster. 
ambil medic ni, bagi pendapat aku, only the smartest and the most focus can pass with really outstanding results.

apa yang penting untuk aku, lulus dan hati yang kuat.
hati yang kuat, akan dibwa hingga mati.
hati yang kuat mampu nemyelesaikan kerumitan, lahirnya ketenangan.
dan nikmat terbesar ni, Allah akan bagi pada orang orang yang Allah sayang.

Orang yang Allah sayang adalah orang yang selalu mecari kasih sayang Allah.

sekali lagi, aku tahu orang lain turut ada hati yang kuat tu, cuma dia, sebab dia yang hadapi benda yang aku hampir tiap tiap malam minta, aku xnak kena viva, aku xnak kena supplement. sebab aku tahu aku xmampu nak hadapi semua ni.

tapi dia yang Allah pilih untuk membina lagi hati yang kuat untuk dibersihkan untuk dipersembahkan pada Dia nnti.
aku cerita benda ni dekat ayah aku.

"biasa Areena benda ni, semua doctor mostly akan hadapi benda ni. and yet, doctor doctor macam nila yang akan akhirnya jadi doctor yang bagus"

sebab, mereka sabar mungkin?

kawan, walaupun aku xdapat bersama dengan korang masa korang amik supplement nanti, tp jangan risau aku akan sentiasa mendoakan korg. mungkin aku x se supportive macam kawan kawan yang lain untuk korang, tapi aku nak korang tahu, kawan yang ni,akan sentiasa memberi sokongan walaupun aku x cakap benda benda tu saat ni untuk korang fokus dgn pencapaian korg. korang akan lulus, exam pro first ni! belajar elok elok!

aku tunggu korg third year ni. kacang je tu exam :D aku tahu korg boleh buat. 

(ceh, macam la dorang baca, poyo je aku ni)

dan aku?
aku lulus Alhamdulillah.



2 comments:

  1. tahniah dan semoga kawan2 yang laen pun berjaya. welcome to 3rd year.

    ReplyDelete