Tuesday, November 2, 2010

Taman yang sebenar ada dalam HATI.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah akhirnya saya berpeluang untuk update blog ini semula. Maaf ye sahabat-sahabat. Areena baru sahaja habis final. Kelekangan masa tu baru saya dapat sekarang dan saya yakin semua yang bergelar pelajar asasi mengalami benda yang sama. Sekarang musim exam. Berakhirnya sem satu dan inshaALLAH sem dpan kita hadapi bersama-sama. Semoga semuanya di bawah keredhaan Allah.

Subhanallah. minggu minggu akhir exam terlalu banyak cabaran. kuiz, test, shafawi MUET. kadang-kadang hati ini terasa seperti mau putus asa. pernah satu malam, saya tak berhenti menangis. tension. saya lekap muka saya dengan bantal. entah kenapa saya tak larat untuk buat apa-apa. sangat tension. saya penat. saya baring. berserah pada takdir. scroll musics dan cuba untuk cari semngat. the spirit. the spirit that Allah gave me. Maher Zain- Insha Allah.

Every time you feel like you cannot go on
You feel so lost and that you’re so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Every time you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that it’s way too late
You’re so confuse
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way
Insha’Allah Insha’Allah Insha’Allah
You’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away

Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Oohh Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one who can show me the way

Ya Allah. astaghfirullah. Makin berjurai air mata. Baru saya sedar. bayangkan berapa ramai yang mengalami masalah yang sama macam saya, tapi mereka masih lagi berjuang. Sesungguhnya Allah sentiasa berada di samping hambanya tapi saya masih leka. masih lagi tanpa disedari bergantung pada diri. fikir-fikir balik. semua apa yang saya buat ni, saya belajar, saya makan, saya solat, saya berbakti pada ibu bapa, baca buku, saya tidur. semua itu untuk kesihatan dan kejayaan saya. tapi bila Allah tarik nyawa saya, ke mana saya nak bawak kesihatan dan kejayaan tu? untuk diwarisi? tak. untuk dijual? tak. sudah semestinya untuk dibawa ke akhirat kelak. dan pokoknya, semua itu saya buat balik kepada asal, hanya kerana Allah semata-mata. Ya, kerana Allah. Ya Allah. Berapa lama saya lalai dan leka tenggelam dalam semua nikmat yang Allah berikan pada saya. terlalu banyak. Nikmat kasih sayang manusia, nikmat kejayaan, peluang, kesihatan, rezeki, ketenangan. semua tu nikmat yang Allah pinjamkan pada saya.

Mana kah hati yang hidup dalam diri saya? tiada. fikiran ini hanya untuk mengejar duniawi. Astaghfirullah. ampuni daku. btapa saya betul-betul kufur nikmat. berdoa. bila lmbat dimakbulkan, marah, sedih. sedangkan Allah itu lebih Mengetahui. Mahukan ilmu Allah tetapi hak kepada Allah dilewat-lewatkan tidak dilebih-lebihkan. mahukan Rahmat,kelebihan dan dimurahkan rezeki yang semuanya ini milik Allah, tapi sunnah Rasulullah saya kurang amalkan. Manusia apakah saya ini? Sungguh. Nikmat yang saya minta tidak setanding dengan apa yang saya persembahkan pada Allah.

Pada masa itu, rindu pada Allah semakin membara. saya dapat bayangkan bagaimana sepasang kekasih, apabila salah seorangnya lupa pada nya tentu yang lagi seorang sangat sedih kerana masih setia menanti kekasihnya! baru saya tahu, Allah pasti akan begitu sedih dengan saya sedangkan Dia sentiasa berada dengan saya, malah cinta pada hamba-Nya lebih meluas tiada tandingan. Subhanallah. Saya begitu alpa. Pada masa saya menghadap Allah, saya terfikir apakah Allah mahu menerima saya. Ya Allah... terimalah aku... terimalah aku.. pada masa itu keyakinan mula ada dalam diri saya. Saya minta Allah kurniakan saya hati yang baru. Hati yang sentiasa mengingati-Mu.

Nikmat itulah yang saya harus jaga. Susah. Banyak yang saya perlu jaga. percakapan, penglihatan, pendengaran. saya takut mahu menerima pujian. sebab saya malu, itu semua adalah milik Allah. Oleh itu sahabat-sahabat, sekiranya antum semua terlihat kelebihan pada seseorang, pujilah Allah. sekiranya dia mempunyai paras rupa yang menarik, ingatlah itu semua pinjaman dari Allah yang Maha Cantik. Sekiranya seseorang itu sangat hebat, pujilah Allah kerana Allah itu Maha Bijaksana. Itu hanyalah pinjaman. Terlalu banyak cara-cara untuk kita mengingati Allah tanpa kita sedari.

insha Allah bersama-sama kita berusaha berzikir kepada Allah dan sentiasa upgrade our iman and taqwa.


Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar.

Regards,

Dr. Areena.


3 comments:

  1. areena,
    jika tiada ujian yang mendatang
    bukanlah namanya kehidupan.
    minta pada Allah
    semoga diberi kekuatan
    dalam diri kita
    menghadapi semua ujian dariNya
    untuk diri kita yang lemah ini:))

    ReplyDelete
  2. betapa kotornya hati kita ini..begitu jugalah kotornya Taman yg ada padanya.Pelbagai cara kita lakukan untuk cuba sucikan ia kembali,, Rabbi..kami mohon hati yg baru.kami tidak mahu lagi hati yg sedia ada ini kerana ia terlalu kotor.Kurniakan kami hati yg baru,hati yg memiliki taman indah..taman yg didalamnya terdapat bunga2,daun2,ranting2,rerama yg sentiasa mengingatiMu

    ReplyDelete
  3. cahaya puteri dan teratai usim.
    trima kasih. inshaALLAH Allah permudahkan segalanya.
    terima kaseh byk2. ;)

    ReplyDelete