Tuesday, March 29, 2011

hepi


assalamualaikum.

update khas dari ict lab. hehe. kejap lagi QUIZ ICT.. takleh blah kan.
mmg hepi laa hari ni sebab..

sebab...

sebab...


terjumpa sesuatu...

hehehe.

apa dia??

hehe. ni lah dia yang menceriakan hidup saya hari ni. jumpa kt pkp usim. ada karnival pe tah smpai hari rabu. mmgla kek tu tak mcm ni, lagi comel kot. mcm kat rumah khayalan dalam hensel and gretel pun de gak. punya la banyak dia susun. saya banyak kali dok ulang alik ke situ, hanya semata-mata nak tengok cupcake yang comel-comel tu. sampaikan kakak dgn abang sebelah tu pun dah knal saya. pergi gerai tu bukan nak beli pun, beli satu je.. asal ade mse lapang je, pegi. nsib baik smpai hari rabu je, cuba kalau bulan depan ke... msti kurang stress nk final kan? kan? hehe. last2 izzati dak sains tek yg belanja.. malu... =) best2 kalau ade org bagi lagi.. (lagi tak malu).

eh betul... best... makan cupcake ni lagi-lagi kalau orang bagi, rasa dia tak sama kalau kita beli sndri. (ohhh baiklah ayat ni nmpk sangat mendambakan pemberian org).. hehe takdela sje nk berkongsi..

itu kalau saya la. rasa gembira hanya kerana tengok cupcake. ada orang makan ice cream. ada org tengok LAMPU KELIP2. saya la tu dulu... tapi kne tggu raya, lama lagi lah kan? huhu..

apa-apa pun kegembiraan ini harus kita hargai. kadang-kadang kita selalu cakap, Ya Allah.. kenapalah derita ini kau berikan kepadaku? kenapalah kegagalan ini? kenapalah itu? kenapalah ini? tanpa kita sedar, sebenarnya terlalu banyak Allah berikan kita nikmat, dan dan kita masih kufur dengan nikmat yang Allah beri.

Contoh yang paling dekat sekarang ni, Ya Allah... Test Mathematics tadi aku tak dapat jawab! habislah hidup aku.. kenapa Allah bagi macam ni.. kenapa bagi ni... sedangkan aku siang malam study.. ape yang aku dapat?

eh..eh..lupa ke? adela yang ALLAH bagi... iaitu? ILMU dan RAHMAT. banyak lagi Allah beri. Allah bagi nyawa, Allah bagi tangan bagi kaki, bagi keceriaan, bagi hati yang tenang, senang untuk bergerak, dan cumanya pada hari itu je, Allah bagi susah sikit pada kita, tak dapat jawab math. As simple as that! cuma kita tak sedar. masa tula kita bermuram durja satu hari.. ibaratnya kesusahan yang hanya 1/100 itu sangat mengeffectkan diri kita mungkin dalam seminggu, dalam sebulan ke... haa.. betapa kufurnya kita kan? kan?

bukan kita rasanya... saya lah tu.. yang kufur nikmat. Astaghfirullah.. takpelah. peringatan buat saya terutamanya dan juga insyaALLAH memberi manfaat kepada orang lain juga.

Salam Cupcake!
(tetiba)








No comments:

Post a Comment