Saturday, June 16, 2012

down up down

Allah.. tak sabar sangat nk update blog since takde fb ni.
Bahaya lah teknologi ni, penat belajar je ketagih nak tengok komputer.

erkk xde kaitan nampaknya.

musim exam ni mmg stress. ia xstress pun kalau kita hidup seorang dan belajar sorang2 atau keliling kita mmg xde orang 

saya tak tahu apa yang saya rasa betul atau tidak
stress orang lebih dari kita stress atau sbb kita kurang dri orang
ada perbezaan di sini

stress orang lebih dari kita, namanya dengki.
kita kurang dari orang, rendah diri dan rasa xckup untuk belajar.
dan disebabkan itu, kita mula rasa rendah dri
perlu diingatkan, rasa rendah diri yang melampau itu bagus, tapi kiranya hingga membuat kita putus asa,
angkara SYAITAN.

kerana syaitan tidak mampu buat kita riya' dia terbalikkan dengan rasa itu, supaya kita tidak produktif.
saya bincang dengan kawan saya mengenai hal ini.
saya khuatir takut2 ini masalah hati atau memang masalah keliling.

lebih-lebih lagi bila kita pulun nak mati belajar sebab exam,
dan saya rasa pembaca dan saya mengalami konflik dalaman ini

"aku dapat jawab ke nanti kalau dia tanya mcm ini?"
"entah2 aku lupa"
"susah, aku tahu xleh buat"

lihat. sedangkan kita tahu kita berusaha untuk dapatkan yang terbaik dan saya yakin kita msti iring usaha2 kita ini dengan tawakkal. tapi tanpa kita sedar, kita sudah menyalahi konsep tawakkal tersebut.

tawakkal = berserah pada Allah.
semua urusan Allah. dan kita YAKIN. kita YAKIN YAKIN dengan Allah.


Allah SWT berfirman,
".... Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang berTAWAKAL kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) Nya, sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki) Nya, sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (At Thalaq, 65: 2-3 - aka Ayat Seribu Dinnar).


ALLAH TELAH MENGADAKAN KETENTUAN BAGI TIAP-TIAP SESUATU.

dan maksud tawakkal ini mengikut syarak,Kepercayaan hati kepada wakil satu-satunya, iaitu Allah SWT. 

saya pernah telefon ibu saya, saya cakap.

"mak, xyakin la. rasa mcm dah usaha tapi.. takut lupa"

"areena, jangan cakap mcm tu. macam awal2 lagi dh bersangka buruk dengan pertolongan Allah."
Naudzubillah!

-adaptasi dialog sbb xingat and waktu ni masa SPM, tpi lebih kurang mcm ni lah-

SEE?

kita awal2 lagi mnta pda Allah, berkati ilmu kita. tolong kita waktu exam. permudahkan segala urusan. tapi dalam hati sebegitu tinggikah konsep tawakkal kita tu pada Allah?

analoginya, orang minta tolong pada kita. kita setuju, tapi orang yang kita minta tolong itu, bgtahu pada yg lain tak yakin dengan pertolongan kita.

Sedih kan?

Begitu juga dengan Allah. Saya masih ingat lagi tazkirah masa halaqah dgn kawan2 sebatch beberapa hari yang lepas.
bercerita mengenai isra' mikraj.

mungkin ada kobelarasinya di sini.
pernah tak terfikir Allah tetapkan 50 waktu kepada manusia sehari dan Rasulullah berulang-alik berulang alik ke langit supaya kita dapat diskaun hingga sehari 5 waktu saja kita solat.
Sedangkan, Allah tahu kita manusia ini tidak akan mampu buat sebanyak 50 rakaat itu.

Significant ini jelas, Rasululullah sanggup bersusah-payah untuk kesenangan umatnya. 
Dan Allah sangat mahu jumpa hamba-hambaNya untuk beri peluang mereka mengadu pada Allah setiap apa yang berlaku padanya. Minta pertolongan kepadaNya hingga Allah tetapkan solat 50 waktu pada awalnya untuk kita.

Allahu Akbar!

tapi kita?

"Alhamdulillah.. dah solat"

maksudnya apa tu?

Allah! Sedangkan kita sepatutnya sedih sebab masa untuk kita spend dengan Allah yang sekejap sangat2 tu, dah habis. 
dan kita rasa dah cukup dengan solat 5 waktu sudah hubungkan kita betul2 dengan Allah.
bagaimana hati kita waktu itu?
solat kita waktu itu?
berkualiti kah?

Berbalik kepada konsep tawakkal, ada kaitannya di sini. betapa kita ini, sangat kufur nikmat. 

dahla solat tak betul, mintak macam2, tak dpat, menyesal, salahkan takdir Allah. KENAPA AKU TAK MACAM DIA?? KENAPA AKU TAKDE KELEBIHAN MACAM DIA? 

inilah masalah yang merumitkan saya sekarang. masalah kalau tidak tahu masalah yang memberi masalah kepada hati terutamanya.

terima kasih kawan2 sebab bagi peringatan dan tazkirah mcm ni. Bila dah macam ni, bru nak rindukan apa yang saya dapat tapi saya sia-siakan masa di KISAS dulu.
stress memang stress tapi tula akhirnya hingga kini saya menjadi apa yang saya jadi sekarang ini.
tidaklah baik seperti orang lain, tapi ruang untuk improve itu ada.

kawan saya ada cakap lagi. 

"belajar lah selagi korang boleh belajar. dekat langit dah awal2 lagi Allah tetapkan kita dapat apa, A ke B ke C. yang penting belajar selagi mampu. ingat, kita ni bukan takat hadapi exam dunia, exam akhirat tu lgi penting. jadi, dua2 kena seiring"


KISAS 2010/2011

"Oleh itu, setiap kesusahan akan disertai kesenangan. Setiap kesusahan akan disertai kesenangan. Kemudian apabila selesai (daripada sesuatu amalan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha. Dan kepada Tuhanmu sahajalah tempat engkau bermohon."(Al- Insyirah, 94: 5-8)

Allah.. permudahkan kami semua yang nak menghadapi exam. moga kami Redha dengan ketentuan-Mu.

regards,
Dr. Areena










No comments:

Post a Comment