Wednesday, December 22, 2010

Sahabat.. Bangunlah..

Assalamualikum w.b.t

Lama dah tak jenguk, ketuk2 blog ni. Alhamdulillah.. masih sihat. hampir genap empat minggu saya berada dalam sem dua ni, nampaknya bila jadual berubah dan agak berbeza dari sem satu ni, saya sukar sikit nak atur masa saya, bila nak bahagi masa, bila nak buat kerja tu, kerja ni. mungkin ni hanya sementara, cumanya masa yang lepas tu saya agak kesal sebab rugi kan, biar macam tu je? huhu. takpela. asalkan jadi pengajaran. jangan buat lagi tau Areena! Ingat2!

kadang-kadang tu, memang tak dapat dinafikan lah kan, amat mengantuk masa dalam kuliah, even tutorial lebih-lebih waktu petang memang agak penat. saya yakin bukan saya je yang rasa, sahabat yang lain pun, saya nampak masya Allah kesian sangat kadang-kadang tertidur. bila bangun, sahabat tu rasa rugi sebab terlepas ilmu yang cikgu ajar. dalam kuliah laa kan paling kita rasa.. "ish... macam mana aku boleh tertidur ni.. dahla kuliah, belajar benda baru. kalau pernah belajar masa skolah mnengah takpe. ni.. benda baru! hmmm takpelah tanya si polan polan lah balik nanti". bila balik, sampai rumah terlupa. takpun tertidur lagi. balik petang nak siapkan tutor lagi, latihan sukan, basuh baju.. kesimpulannya.. serba serbi tak sempatlah! jadi terlepas lah ilmu yang cikgu ajar haritu. lepas tu, TELUPA. lebih kesian, kalau ilmu tu lebih kepada konsep contohnya biology. bila minggu depan kuiz, baru terkial-kial nak tanya tu, tanya ni. lepas tu bila kawan terangkan, tak faham pulak. ape dia cakap ni. nak jumpa cikgu, kadang-kadang cikgu takde di bilik, dahla jauh! Astaghfirullah. akhirnya? tepuk dada tanya lah diri sendiri yer.

aiiiii... Areena.. bercakap berdasarkan pengalaman ke?

Ya. saya bercakap berdasarkan pengalaman. saya memang tak dapat nak nafi, tak ramai yang boleh elak tertidur atau lebih sopan terlelap semasa kuliah mahupun tutorial. memang sangat kesian, lebih-lebih lagi saya tengok sahabat-sahabat sampai terlelap dari awal sampai akhir kuliah. ok sangat tak betul la every single minute tertidur, tapi penerangan awal dari guru tu memang sangat-sangat penting. andai Allah berikan saya tangan fleksibel yang panjang ala2 Ms Incredible tu, andai ada kudrat yang cukup, memang saya nak kejutkan, tapi sangat jauh dan saya hanya mampu lihat dari jauh.

jadi, di sinilah peranan sahabat-sahabat. terutama sahabat di sebelah, kiri kanan (yang muhrim) mintalah tolong kejutkan sahabat-sahabat yang terlelap. kadang-kadang walaupun dia tak minta kita minta tolong urutkan, picitkan hingga hilang rasa ngantuk, tapi hanya pegang sedikit dengan lembut di bahagian bahu sambil memanggil nama penuhnya sudah memadai untuk kita bantu kawan-kawan kita yang sama-sama berjuang menuntut ilmu. mungkin dengan niat kita yang ikhlas, dengan kuasa Allah, sahabat kita tersedar,, dan kurang rasa mengantuk, ilmu pun diberkati, pada masa itu andai ada kekurangan dalam sesuatu ilmu, mana tahu, dia pula yang tolong kita suatu hari nanti.

"Alaaa timah, takpe. kau tak perlu tolong kejutkan aku, aku tahulah nanti nak bangun sendiri. nanti balik aku boleh revise balik."
"haa. yelah.. betul2. kau pun pandai. pointer pun tinggi. kau tak payah dengar lecture pun dah boleh masuk."

*dialog ni bermaksud kepada insan yang masih berupaya dan bebas dari penyakit seperti pening kepala dan sebagainya.


muhasabah diri kita (termasuk saya) balik. menuntut ilmu itu bukan sekadar kita mendapat isi. itu namanya adalah 'knowledge'. knowledge adalah pengetahuan. dan pengetahuan itu sudah ada pada orang-orang kafir laknatullah. mereka berjaya. mereka sangat pandai lebih-lebih lagi ilmu alam, sains hisab dan sebagainya sedangkan ilmu-ilmu itu sudah HAKNYA milik Allah dan kita pernah terfikir? kenapa sampai sekarang mereka tak masuk Islam? mengapa mereka masih lagi menyekutukan Allah?

ini kerana. apa yang mereka dapat adalah pengetahuan bukan ILMU. ILMU itu diiringi hidayah. dan ilmu yang diiringi hidayah ibarat BONUS BERGANDA buat kita umat Islam, sudah dapat ilmu-hidayah-kemanisan-kejayaan-dan insya ALLAH menuju ke SYURGA! kelebihan umat Islam inilah yang patut kita termasuk saya yang sepatutnya kita jaga. sehingga sekecil-sekecil benda ini kita tak perasan,

"kejutkan kwan? takpelah. aku dengar dulu lecture ni. nanti aku tak dapat apa yang cikgu cakap".

cikgu "haihhhh budak ni tidur pulak dia. tak kesah la kalau terlelap. cuba tahan ngantuk. ada inisiatif. yang kawan budak sebelah tu biorrr je. nak cakap aku kecik hati, takdela, cuma rasa terkilan. ksian pulak kang nanti tak faham, result tak ok. hmm."

tengok tengok. benda-benda ini sememangnya kita sangat-sangat tak perasan. walaupun apa yang kita sumbangkan kepada kita tidak nampak sebesar mana pada mulanya, tapi natijahnya, sangat besar Masya ALLAH!

Subhanallah.. Subhanallah.. Subhanallah...

Inilah salah satu wasilah kita untuk kita dapat merapatkan lagi ukhuwah. Menjalinkan ukhuwah merupakan salah satu sifat yang dicintai ALLAH.

"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya (sesama muslim) sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri"

(HR. Bukhari, Muslim dan Nasa'i)

peringatan buat diri sendiri terutamanya, juga sahabat-sahabat dikasihi yang lain.

Regards,
Dr. Areena

1 comment: