Sunday, July 22, 2012

New School! :D

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah memandangkan ada waktu free kejap je dan idea berbondong-bondong masuk ke dalam otak. ku memutuskan untuk update juga blog ini sebelum memulakan next aktiviti since dah masuk sekolah baru ni. huhu. 

post previously saya menceritakan apa yg sebenarnya berlaku masa malam mps tu. ingat nak sambung balik tapi bila fikir fikir balik actually xdelah banyak sangat nak diceritakan secara terpeinci. overall, everything ran smoothly and alhamdulillah saya dapat memudahkan kerja orang lain walaupun sebagai usher. paling best bila kak syifaa' (yang membantu saya buat benda2 ni) komen yang semuanya just nice. hihi ^^

walaupun buat slack masa gimik perasmian =.= tapi xpelah bukan orang perasan pun. organiser je yang tahu. kihkih^^ maaf ya.

apa2 pun memang event tu plg memberi erti pengalaman yang bermakna buat dri saya sebab saya dapat pengalaman baru and the most important is saya dapat atasi benda benda clumsy yang pernah saya buat sebelum ini. 

apa yang hendak saya sampaikan di sini ialah. ada benda yang saya terfikir pada hari itu. Paginya, saya bersedih dengan apa yang berlaku dan malam itu, Allah balas dengan kegembiraan dan kepuasan DENGAN CARA LAIN. tak semuanya kita boleh dapat benda yang kita mahu. Allah lebih tahu. 

Jadikan yang negatif itu, sebagai pengajaran, sebagai ruang untuk improvement dan yang positif sebagai ganjaran dari Allah yang harus kita syukuri dan sepatutnya peluang itu kita gunakan untuk banyak banyak lagi berterima kasih pada Allah! Allahumma solli Ala Muhammad!!

nak bukti? nah nah baca baca >.<
”.... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” (Al-Baqarah : 216)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya" (2: 286)

yawww. cehck it out more in Quran! :D

terima kasih kepada seniors and sahabat-sahabat yang banyak membantu saya yang sengal ini malam tu :D walaupun dorang tak baca post saya dan tak menjumpainya pun, saya hanya mmpu berharap hanya Allah sahaja dapat memberkati mereka! :D

***********************************

New School. New Phase. New Spirit. New Enthusiasm. Allah! Leganya dah daftar! Hanya dengan niat! Kita semua dah memasuki fasa TARBIAH RAMADHAN. inilah sekolah baru yang saya maksudkan.

lihat pada facebook, Twitter dan sebagainya. masya Allah! masing-masing berebut nak update. saling memperingati sesama Islam. yang tahu lebih tahu dan lekat dalam minda. yang tak tahu jadi tahu amalan-amalan, fadhilat-fadhilat tentang bulan Ramadhan!

Macam sekolah kan? Subhanallah! Tengoklah dengan mudah kita dapat menyampaikan dakwah. Dakwah bukan untuk orang orang alim, ustaz ustazah budak budak yang dahulu sekolah agama. Tanpa kita sedar kita share any post about ISLAM, WE ARE THE DAIE!! (pendakwah) masya Allah.

Lihatlah. TV Radio pun. macam macam dah buat program yang lebih interaktif mengenai bulan puasa. Andai Rasulullah bersama kita..


Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)


Saya benar-benar tertarik dengan post mengenai 'check list amalan bulan ramadhan'. sangat-sangat membantu. kerna kadang-kadang kita terlupa. walaupun sering mendengar, kita tahu, tapi kadang-kadang kita tak sedar banyak lagi rupanya amalan amalan yang kita tertinggal. Subhanallah. Takkan nak rugi? Eh kita pun nak jugak!

Selalu je dengaq.

"BANYAKKAN AMALAN SUNNAH! "

monolog "AllahuAkbar.Tapi bagaimana ustaz? Ce cite ce cite"

Ini adalah checklist yang mampu saya kongsikan buat pembaca-pembaca. Saya pun susah nak istiqamah buat benda ni. Tapi ini sebagai guideline. Sama-sama membantu ya!

1) Melambatkan Bersahur.
2) Solat Tahajjud
3) Solat Taubat
4) Solat Hajat
5) Solat Tasbih
6) Solat Sunat Rawatib. 
- Sebelum Subuh
-Sebelum dan Selepas Zuhur.
-Sebelum Asar
-Selepas Maghrib
-Selepas Isyak
7) Solat Dhuha :D 
8) Al- Mathurat Pagi dan Petang.
9) AL-QURAN setiap kali selepas solat wajib :)
-Baca dengan bertajwid
-Tadabbur( membaca makna dan faham)
10) Hadiri Majlis-Majlis Ilmu.
11) Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat.
12)Solat TARAWIH OF COURSE. 
13) Solat Jemaah kalau termampu, di masjid. :D
14) Mengulangkaji surah-surah yang pernah kita hafal. especially juzuk 30 :)
15) Usrah=saling mengingati bersama kawan-kawan.
16) Mempercepatkan berbuka.
17) bersedeqah~
18) solat witir (penutup)
19) Banyakkan berdoa! :) contohnya sebelum masuk tandas, keluar tandas, keluar rumah, masuk rumah, melihat cermin etc.

kalau amalan-amalan kecil yang kita tak perasan.

1) Senyum!
2) Memberi Salam kepada orang lain
3) Nampak sampah di jalan menganggu orang lain,kita buang.
4) Menuntut ilmu! (INDAHNYA! membaca buku yang mempunyai info-info sekitar, even baca surat khabar pun! )
5) bersangka baik
6) tidak mengumpat
7)berdakwah walaupun di fb, twitter dan blog :D
8) kurangkan melihat rancangan-rancangan yang mendedahkan aurat secara keterlaluan
9) tundukkan pandangan
10) memberi manfaat kepada orang lain ( contoh= tolong ibu bapa. memasak.sedeqah pada jiran-jiran
11) bersabar ketika marah
12) tidur kerana ibadah dan lebih produktif
13) mempercepatkan solat
14) mendengar zikir zikir dan Al-Quran.
15) Masa memasak/ buat apa-apa pekerjaan  harian sambil bertasbih


banyak lagi sebenarnya.

Astaghfirullah. Saya pun susah nak buat benda-benda macam ni. Sama-sama cuba. InsyaAllah dalam usaha-usaha kita ini sama-sama berdoa. faham apa yang kita baca, moga Allah berkati dan redha dengan usaha usaha kita. dan dan dan ISTIQAMAH walaupun dah habis Fasa tarbiah semasa dalm bulan Ramadhan.

InsyaAllah pada hari kemenangan, bulan Syawal. Kita sangat berpuas hati dan sentiasa nak tingkatkan amalan. Inilah hari kemenangan kita! 

SHUH SHUH NAFSU! I BERJAYA KALAHKAN YOU!

 Elakkan futur, dan Allah kurniakan hati yang khuyuk buat kita semua. :) 

Ada saya petik beberapa dalil mengenai bulan Ramadhan dari internet. 

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasululullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melaksanakan qiam pada bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang bangun melakukan qiam Lailatulqadar atas dasar keimanan dan mengharapkan reda Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Riwayat al-Bukhari no. 38 dan Muslim no. 175)

“Puasa dan Al-Qur`an akan memberi syafa’at untuk seorang hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, ‘Wahai Rabb-ku, saya telah melarangnya terhadap maka­nan dan syahwat pada siang hari, maka izinkanlah saya untuk memberi syafa’at baginya.Al-Qur`an berkata, ‘Saya telah menghalanginya dari tidur malam, maka izinkanlah saya untuk memberi syafa’at baginya.’ (Beliau) bersabda, ‘Maka, keduanya men­dapat izin untuk mensyafa’ati (hamba) tersebut.’.” (HR. Ahmad, Muhammad bin Nash Al-Marwazy, Al-Hâkim, dan selainnya. Dihasankan oleh Syaikh Al-Albany dalam Tamâmul Minnah hal. 394-395)

Wallahu A'lam 

Regards,
Dr. Areena


No comments:

Post a Comment