Monday, August 22, 2011

adik yang ramai!

Assalamualaikum w.b.t

haihhhh =,=. inilah dia crita yang saya nk critakan. xdela besarrrrrrrrrrrrrr mana kesnya tapi mmg sngaja tangan ni menggatal luahkan apa yang terbuku di hati. cewaahh.

kalau selama ni saya keluar dengan SEORANG adik. kali ni saya keluar dengan LAPAN orang adik.
diulang, LAPAN. baiklah, ia bukan lima belas atau sebagainya akan tetapi ratio bagi setiap sorang ibarat 1:3.
huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

*ok ini serious rasa nak menjerit. 

semalam saya bersama keluarga saya bawa 8 orang adik untuk di bawa membeli belah sempena persiapan hari raya. semua peringkat umur ada. dari tingkatan 3 hinggalah yang paling kecil berusia 3 tahun.

tangga peringkat umur =,=
*sila baca dalam satu nafas sahaja.
15, 13, 12, 9, 7, 7, 5, TIGA.

haaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh. fuuuuuhhh fuuuuuuuhhhhh. bawa bertenang. bawa bertenang.

"kak Areena, tu tu nak pergi ctu"
"kakak2 nak guna trolley tu"
"nak g ne ne ( nak g sne sne)"
"main game kt sne boleh tak kakak Areena"
"alaaaa kita nak yang ni yang ni"
kejar kejar kejar. lari lari lari sne sini.
tolak2 trolley mcm kt playground! pusing pusing pusing ke sana ke mari!

hok3. terbatuk2 gue. 

sorang tarik baju, sorang tarik tudung. hahaha.
serious balik tu, mmg tertidur lena sesangat, bangun2 dush sakit kpala.

actually, saya tahu situasi mcm ni dh biasa bgi kwn2 lain. hanya mungkin disebabkan saya yang sering mengharapkan kesempurnaan yang luar biasa seprti...

"ok semua berdiri tegak2! jangan pergi mana2! bariiiiiiiiiiiiiiiiiissssssssssssssssssssssssss sedia!!!!!"
"tengok saja jangan USIK!"

*ok itu MUSTAHIL akan berlaku bagi kanak2.

adik saya ada seorang. dan mak ayah saya akan sentiasa bgini kalau di shopping mall dan di mana2 tempat orang ramai.

"kakak, sha mana? "
"kakak, sha nak g bilik air, pegi ikut dia"
setiap dua minit saya rasa. hahaha.
yada yada yada dan sebagainya.

hoh hoh hoh. lastttttttttttttttttt skali solution, paling berkesan dan paling efisyen!

tempatkan semua kanak2 dalam playground berpagar! hahaha.
jadi. saya tak risau dorang lari ke sana ke mari. haihhhh. =,=
serious saya sangat lahhhhh risau risau risau bila dorang lari2, xdela saya stress takut sangat2 dengan kes skrang ni, orang kena culik kerat LAPAN BELAS, whoaahhhhhhhhhhh tak mahu terbayang di mata! 

terus dush! saya teringat ada kawan saya yang inginkan anak ramai di masa depan kelak! mungkin sebab dia ada adik beradik ramai kot jadi dah ada 'trick' mcm mna nak latih2 budak2 jadi berdisiplin mcm dia. hahaha. *tangan di bahu mata ke atas. ok masa tu serious saya, ohhh apakah dia ini? tapi sejak semalam, saya rasa enjoyyy sangat! ada adik beradik ramai memang best! 

meriah kot lagi2 bila bukak puasa ramai2, makan rmai2 share crta rmai2. tahu personaliti sorang2 mcm mna. haaa. jadinya, setiap apa yang ALLAH beri pasti ada nikmat di sebaliknya. orang yang ada adik beradik ramai tahu la mcm mana.

haha. jadi kesimpulannya, saya nak anak ramai? oh bukan bukan. kesimpulannya, walau apa pun yang ALLAH beri, kita harus syukuri. 

nampak sempoi je ayat tu, tapi snanye apa yang lebih khusus, adik ramai ke adik sikit, fokus pada pembawakan pendidikan kpda adik kita sndri. bukan takat tanggungjawab pada mak ayah kita saja. mungkin kadang kadang ada yang terlupa, kita mahu jadi anak yang soleh tapi bagaimana pula dengan adik2 kita?

biarkan biarkan biarkan bukanlah merupakan solusi yang kita boleh guna, kalau kita mahu jadi yang soleh doakan sekali adik2 kita abang2 kakak2 kita turut jadi bgtu. krana pahala bukan ibarat duit simpanan CIMB atau bank rakyat untuk kegunaan sndri, malah ia menjadi insurans kpda kita juga kpda keluarga kita jaminan kesenangan walaupun kita sudah tiada.

saling mengingatkan dan apa yang paling penting, suka sekali teringat, bila anak buat dosa, walau ibu ayah warak mana sekalipun, di akhirat nanti mereka juga akan dipanggil untuk dibicarakan dosa2 kita walaupun kita dan mencapai usia akil baligh. ceritakan pada adik2 kita azab Allah S.W.T , dan sering kita tunjukkan keperibadian bagaimna yang harus umat Islam perlu potray. jadi, memang dah terbukti. tanggungjawab bukan takat pada ibu ayah saja malah turut digalas oleh bahu kita, abang2 dan juga kakak2 di luar sana.

haaaa. jadi kakak2 dan abang2 di luar sana termasuklah yang terutamanya buat diri saya yang tidak terkecuali, sabar kita sertakan, kata berhikmah kita sediakan, akhlak terpuji kita persembahkan supaya kita lah yang bakal menjadi contoh untuk generasi2 akan datang! =)

by the way, 


happy birthday to my only lovely lil sis Alesha Md. Arif yang ke-7! 
urghhhh! akak harap sangat sha jangan banyak sangat cakap bila dah besar ni sebab makin sha ckap akak tengok mcm orang tua! hahaha.
xpayah skema sangat lah ehhhh?
penat mak abah dengan kakak wat sentap lagi2 bila sha wat loyar buruk wktu sahur. huuuhuhu~

selamat merebut pahala banyak2 lagi beberapa hari Ramadhan nak berakhir kawan2!
sob3. sdeh~

regards,
Dr. Areena.







Sunday, August 21, 2011

jerit teriakan!

huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


ohhh sila jangan tolong hiraukan sangat post kali ni.
hari ni sangat sangat letih!

nanti2 citer! haha.

wsalam.

Friday, August 12, 2011

nak jadi cantik macam dia ;)

Assalamualaikum w.b.t

semua orang nak jadi cantik. definisi cantik?

"kulit mulus"
"putih berseri"
"takde jerawat"
"hidung mancung"

blablabla...

mcm ni? lawa kan?


seriously, saya mmag minat pada lisa. ya, lisa surihani. dia sangat cantik. muka dia natural cantik. manis, 
tapi sayang. saya tak dapat jadikan dia sebagai idola untuk jadi cantik.
antum yang membaca sudah pasti tahu kenapa. mungkin penjagaan kesihatan untuk kekal cantik dari luar boleh dijadikan contoh, tapi...hmmm.

eh, mcm ni bgaimana pula ye?


ini pun cantik. cantik sangat! sopan, muka innocent, comel, sedap mata memandang, dan fesyen ini mmg dh diikuti oleh ramai remaja. baguslah mcm tu. cumanya, cumanya.. jom kita baca sedikit surat cinta dari ALLAH ni..

“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

ooo mcm tu rupanya...haaa kan cantik kalau mcm tu. percayalah. Allah itu maha CANTIK. cantik sangat. sebab tu.. dia ciptakan semua makhluknya cantik2. dan sebab itu Allah mahu makhluk yang Dia ciptakan, memakai  pakaian cantik cantik. tengok tu, siap bagi guide line lagi untuk kita supaya jadi cantik. Subhanallah. sangat besarkan kasih sayang ALLAH?

hmm kalau ada yang tak faham kan apa maksud tips cantik di atas tu kan. maksud dia, kita kalau pakai tudung, kenalah dilabuhkan. eh, tudung 45 inci yang bawal tu pun kita boleh labuhkan dia. tak payah susah2 bagi yang sebelum ni pkai tdung 45 inci, beli yang baru cari 60 inci. mcm mana?

haaa, besarkan sikit lipatan yang dalam dia. then, pndai2 adjust tdung tu masa silang kasi labuh sikit dari biasa. haaa tak susah kan tak susah kan? 

lepas tu kawan-kawan sebenarnya, pakai tudung tu bukan setakat kita tutup atas je tau! haaa. kita sebenarnya kena pakai baju yang longgar sikit baju kita. supaya aib kita taklah dinampakkan. betul tak? haa bagi yag berisi msti nmpak lebih kurus kalau pakai longgar dan labuh bajunya. smuanya dilindungi! ya ALLAH besar sangat cinta Allah pada kita smpai kita sndri tak perasan kan,, supaya kita tak malu di hadapan khalayak ramai dengann pakaian kita. takpe, tak perlu lah pakai baju kurung memajang kan, jubah ke. ishhh ISLAM itu senanglah! pakai baju tshirt labuh skrag banyak sangat jual. haaa. skrg mcm2 desigh tau! takpun. kalau terasa baju kita pendek, boleh digayakan dengan skirt! skirt fancy2 banyak dah jual skrang. hmmm lagipun nampak lebih stylo rasannya.

even kan bagi yang gemar pakai seledang, why not beli seledang yang pashmina tu. pashmina tu mcm besar sikit. gayakan dengan bijak. cantik. seriously. hmm tapi kalau tak beli yang pashmina pun takpe. saya pun xminat sbb tebalkan?

haaa. mak saya ada bgi idea, why not, bagi selendang yang kecil tu, kita modify, sambungkan dua selendang. lain2 corak. pakai dengan baju plain. seluar/kain pakai yang jenis 'jeans' fabric. sangat match! 

haaa. siapa kata, tutup aurat yang sbetulnya xstylo? ce cte ce cte. siapa kata tudung labuh tu pkai tdung bulat SAHAJA? salah salah salah! siapa kata pakai tdug labuh tu kena pakai jubah/baju kurung sepanjang masa? even kan kalau korng mmg pndai berfesyen. boleh je nak pkai cardigan! haaaa.

jangan sesekali jadikan apa yg di dlm Al-Quran tu sbagai bebanan dari Allah. Allah maha Mengetahui. betapa Islam itu bersifat menyeluruh hingga fesyen bagi seorang wanita turut di ambil titik berat. martabat wanita sangat tinggi di sisi ISLAM. mngapa harus kita labelkan seseorang itu sbgai USTAZAH apabila seseorang itu mngikut apa yang disuruh oleh ALLAH sedangakan ni adalah tanggungjawab bersama?

sahabat-sahabat yang bergelar muslimah yakni bermaksud erti sebenar WANITA YANG MENGANUT AGAMA ISLAM. dalam bulan yang barqah ini, why not kita sama-sama berhijrah? berhijrah / berubah dari sudut pemakaian kita. sedikit sedikit. 

Ingatlah, kewajipan ini haruslah kita percepatkan. tidak perlu, "alaaa nanti bila dah ada hidayah sampai barulah aku pakai labuh sket"

hidayah bukan untuk DITUNGGU. hidayah perlu DICARI.

lagi pula, saya masih terngiang2 kata kata senior saya masa di KISAS dulu, sewaktu saya form4.

"wanita ibarat lauk. kamu semua lebih prefer yang mana? lauk yang terdedah dan dihinggapi lalat atau lauk yang ditutup oleh tudung saji?"

perlu diingatkan! selalu kita akan memilih tudng saji yang lebih besar saiznya daripada saiz pinggan lauk supaya ada sistem pegudaraan yang baik dan lauk tersebut tidak terkena pada diding tudung saji. dan kita tak akan memilih tudung saji yang muat2 je kena pada lauk kan? kalau tak kita takut, lauk kita akan cepat rosak dan khuatir tak boleh dimakan lagi, sbb dinding tudung saji tu xtentu kebersihanya. jadi, ANTUNNA semua dah boleh fikir dan buat keputusan sendiri kan? haaa.

jadi, nak jadi mcm siapa utuk lebih cantik?



tu diaaaa kecantikan sebenaq. kan lawa tu? hi3. trademark heliza,

JOM PAKAI CETOKIN!

hee. posting ini pesanan buat diri saya sndri dan juga buat shabat-sahabat perempuan yang BERAGAMA ISLAM yg saya kasihi.
;)

regards,
Dr. Areena.

Tuesday, August 9, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum wbt

pejam celik pejam celik kejap je dah Ramdhan kan? lepas tu raya. lepas tu puasa 6. lepas tu raya haji. lepas tu, three. *ok sangat tak lawak ye di situ.

by the way, happy ramadhan to all and each muslim outhere. hope that all of us can improve our ibadah and try to reduce our bad habits. may all the changes that we made, under Allah's bless. InsyaALLAH.

bercakap mengenai puasa, membuatkan saya lebih terdorong untuk mengingatka kita semua tentang ramadhan2 yag pernah kita lalui sebelum ni.

semakin hari semakin bertambah usia kita semakin banyak Ramdhan yang kita lalui. persoalannya di sini, adkah Ramadhan yang semakin banyak kita lalui ini, kualitinya semakin baik?
macam saya, hampir 20 kali bulan Ramadhan saya lalui.
daan dan seriously saya rasa ini adalah tahun yang plg byak saya mengenali lebih mesra dan lebih tahu mengenai apa erti bulan ramadhan.
maksud saya, semakin banyak rakan-rakan sahabat handai memberi informasi dan menzahirkan kerinduannya pada bulan Ramadhan sama ada melalui Facebook mahupu blog.

dan scara tidak langsung ia SANGAT SANGAT memberi effect pada orang yang membacanya.masing2 berlumba2 tukar DP facebook gambar mengenai bulan ramadhan, tazkirah, status coutdown brapa hari lagi nak puasa, ajak2 sama2 membaca Al-Quran, invite khatam at least once bulan puasa dan macam2! which is saya rasa budaya2 ini sangat sangat positif eventhough kita tak bersama2 meyambut bulan ramadhan sperti sbelum ini.

ya ia sangat sangat memebri kesan. 

kawan kawan sahabat handai yang saya kasihi
dengan berbekalkan semagat yag Allah kurniakan ini,
sama-sama kita cuba cuba dan cuba
membuat diri ini lebih improve dari sebelumnya
berlapar, berdahaga bukan sekadar itu sahaja kita mahu tunjukkan pengorbanan kita pada Ilahi
puasa tidak meghalang kita utuk bergerak lebih lebih lebih aktif.
kajian sudah menunjukkan, dengan berpuasa tubuh kita menghasilka antibodi yang lebih banyak.
dengan menghargai tenaga yang Allah bagi inilah, kita diajak untuk saling membantu orang lain, sedeqah, memperbayakkan ibadah sunat, mengaji dan menghayati Al-Quran,
menjaga pancaindera, hati, 
juga adalah sebagai salah satu wasilah atau cara untuk kita menzahirkan rasa syukur kita pada Allah S.W.T

moga dangan pengorbanan yang kita lakukan inilah
kita menyambutnya smasa bulan Syawal nti

insyaALLAH.
posting ini adalah terutamanya buat diri saya sendiri yang sering alpa dan leka
juga kpda smua yag mmbacanya
sama2 mengambil pgjaran ;)

*maaf byak tersalah type, keyboard hruf N tak btul. huu

regards,
Dr. Areena





Sunday, July 24, 2011

barakallahufiik! =)



Assalamualaikum w.b.t

Selamat Pengantin Baru buat sepupu sepupu saya

Ayong dan Abang Edi juga kepada
Abang Amir dan Kak Dila.

tahniah dan semoga melahirkan generasi generasi yang soleh dan solehah ye!
insyaALLAH.

hhehehe. nak crita banyak sangat pun, semuanya sama seperti yang dijalankan mcm pengantin-pengantin yang lain. Alhamdulillah majlis kedua-dua mempelai ini belangsung dengan baik dan meriah walaupun dalam keadaan beserdahana asalkan ianya penuh dengan keberkahan dan diredhai kan?

ini saya sempat muatkan sedikit gambar-gambar yang diambil. maaflah ni bukan dari kamera saya cuma copy dari sepupu saya jugak. almaklumlah kamera canggih, kte guna yang lbih baik. keh3.

*den dh start nak buek caption dlm bhaso nogoghi. pandai2 laa korg nk fhm sndri yo..

23/07/2011.

manjo ea lak kak tikah ni dongan mak su ehh. hahaha

akak cun tu spupu den namo eh kak mala. sobolah tuu haaa pengantin baghu, ayong. haha. apo lak lain ghoman eh ni yong? keh3

 haha. ni apo ni? nk ckp rombongan mak kiah posing ea ayu bonaaa lak aii. hahaha
mangggg aiiii apak den bogayo sakan bergamba dgn adek eh. 

jubah putih 1: ishhh buleh ko kto buek bondo ni jdi hantaran bang?
jubah putih 2: buleh yo laaa. tak do salah ea do. asalkan kito bulih guno.
jubah putih 3: apo lak yang dibisik kan tu? nak yo den dongar.
camera man: banyak ea lak komplen ea..

hahaha.

 uiiii akhirnyo solosai nikah den. hmmm. bopoloh (berpeluh) haaaa den nunggu.

 apo lak haluih bona pen ni. tak pen den nak sign boto2. hishhh ghodah yola heh. keh3

 abah: yong, copek laaa haaa sign bondo tu. apo lak tetibo budak kocik ni mneyelit sobolah den.
ayong: yo la pak tih, jap haaaa bodobar ni.

 abah : pehhhhh den ingat an baju elvis presley tadi! kah3

alalalalala. nak jugak den suap an. cm dak kocik. keh3.

huhu. gmbr ni plg comey!

omak dgn anak samo ghoman eh. keh3

 apo lak ni tetibo posing cm nak masuk majalah yo. hahaha...

" tok aji, agak2 ea bapo kito nak bagi kek cucu2 duit ghayo tahun ni?"
"bapo2 pun buleh yo...asalkan anak cucu kito tak lupo kito. takpun kito nyombolih lombu dongan bakar lomang. uihhhh sodap2"

 abang edi" uihhhh nak gugur jantung den ni haaaa."

tu laa deh cito ehhhh. hahaha. simpan yung gmbr ni kang nak tnjuk kek cucu. keh3


atuk ckp "KITO NI JANGAN LUPO ADAT2 PEPATIH KITO"
boto tu tok! agi idup agi ngalaban! *ehhh ehhh ttbe. xde kaitan oke, areena.

 abg edi: apo lak sojuk yo tangan istri den ni ha.
ayong: sonyum2. control~

oiiiiiiiiiiiiii budak! apo lak bertenggek kek ateh batu tu. tughun2! ado gak yang kono maghah nanti.

uwan: goli lak ati den nengok budak2 tu!
kak zila: takpo wan. kito tengok kemara mahaaa tu haaa. sonyum2!

 uihhhh yong. bwk bertenang! bwak bertenang!  haha

hi3. ayuuu plak den nengok. 

 haaaaaaaaaa ini baghu kojo kau budak2. jangan nak wt cito. main yo kojo eh. buek kojo tu! ngomeh balik!
keh3.



 abah: tuk, se ghaso kito patut banyak an lai makanan kek luar tu. masak ayam gulai pon sodappppp~


acik yah: apo lakkk arep ni bergambar kek cni. oghang nk buek kojo ni, kono control ayu sket. hehehe

alalalala comeynyee aina~ nak kat akak tak? huhuuu

24/072011

oke skrg kite cakap bahasE org kE-eL pulekkkk. hehehehe.


 menghitung hari...detik demi detikkkk... menunggu itukan menjemukan~ lalala.
majlis restu. yg ini part plg insaf. ;)

sdare2 saye yang bergaye.

tolong cepat!


penceramah yang dijemput khas dri indonesia. konsep majlis perkahwinan ni serba sdikit seperti halaqah. lbih byak kpda pendekatan btapa beratnya perkahwinan dan tanggungjawab suami istri. Subhanallah.




 pesanan ayah mentua abang amir semasa majlis restu.


tok uda, mak lang, abang amir, saya (ohhhh ok, mmg pendek)hehe.

 alololololo sooo comey~
di masjid menunggu event selepasnya. =)


 mama2 bergaya.

kak dila dengan ibunya.

 alhamdulillah..
yeay! 1 family.

 suasana kenduri di tepi tasik =)


terbaiiiikkkkkkkkkk gmbr ni ;) soo comei. klik2 utk besarkan.

bagai pinang dibelah dua. aiseh mennn.


 keluarga belah pengantin lelaki dan perempuan.
sbhagian dari fmily besar =)

ok skian shaja. apa2 sja caption hnya skadar gurauan. hi3.

regards, dr. Areena.