Monday, November 22, 2010

Matang? ;)

Assalamualaikum w.b.t

jalan-jalan dekat iluvislam. ada satu tajuk yang buat saya cukup tertarik untuk membacanya. HAHA. Align Center


Tanda-tanda kematangan
www.iluvislam.com

*saya 'summarise'kan balik ye supaya senang nak baca. hihihi. (excited punya pasal) saja nak berkongsi.

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

*waaah! menarik kan? kan? apa yang saya tahu. saya belum cukup matang lagi.
tapi kan..

********************************

bawak adik main kereta mainan. bangla yang jaga. habis lima minit, bayar la kan. tiba-tiba bangla tu tanya.

"kakak,kakak"

"ye saya?"

"kakak, ini ANAK KAKAK ka?"

"Astaghfirullah.. tak..tak..saya tak kahwin lagi.."

apekah itu menunjukkan saya sudah matang? hahaha. hati berbunga-bunga sebab rasa sangaaaatttttt matang!

*hakikatnya TAAAAKKKK. selalu kena tegur dengan mak abah. kawan-kawan pun panggil budak kecik. cikgu pun.

tapi saya tak kesah, asalkan?

BIAR KECIK, TAPI JIWA MESTI BESARRRRRRR!!!!! kan? kan? kan?

-carilah pengalaman, ilmu dan pengetahuan, sebab itulah yang menentukan tahap kematangan kita sebenarnya-

so kwan-kwan..
don't judge book by its cover.
OK? hehe.

******************************************************

kadang-kadang kita nmpak dia besar, tapi tak boleh menentukan keputusan dalam hidup sendiri,tindakan yang perlu dibuat, supaya keadaan selapas itu jadi lebih stabil. maksud saya, BELUM mampu.
kadang-kadang kita nampak dia ramai kawan, tapi hati masih sunyi.
kadang-kadang kita nampak dia bergaya
, tapi fkiran masih belum geliga.
kadang-kadang kita nmpak dia memang pndai bercakap, tapi ISI TAKDE.
kadang-kadang kita nmpak dia alim, tapi masih ade, maksud saya, SEGELINTIR yang masih belum mampu memelihara hatinya.

adakah kita salah seorang daripadanya? mungkin. jadi... banyak-banyak muhasabah diri kita, scan balik, apa yang kita buat hari ni, berapa percent yang bermanfaat pada kita dan berapa percent yang lalai. bangun pagi, automatic! try sama-sama ingat pada Allah.. berazam beberapa perkara dalam hidup.

1)upgrade hubungan dengan ALLAH
2)upgrade hubungan sesama manusia
3) target berapa banyak ilmu yang kita dapat (berdasarkan generally dripada buku-buku ilmiah yang kita baca, apa yang kita tonton dan dengar)
4) target berapa banyak amalan sunnah yang dapat kita buat
5) minimakan beberapa perkara yang boleh menggelapkan hati kita, dari sudut penglihatan, pendengaran dan percakapan
6)melelapkan mata dengan hanya mengingati ALLAH semata-semata.


insyaALLAH.. secara tidak langsung mendekatkan diri kita kepada ALLAH. dan sekiranya kita berjaya pada hari itu, dapat buat apa yang kita target waktu bangun pagi itu...

TAHNIAHHH!! ANDA BERJAYA UNTUK HARI ITU!
dan... berdoa semoga esok pula lebih LEBIH LEBIH BAIK dari hari ni!

insyaALLAH...


kepada adik yang bakal mengambil SPM, akak sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu. Yakin dek.. Allah tolong... Allah tolong... Allah takkan sia-siakan usaha adik yer.. Adik banyak dah usaha.. akak tahu dan yang lebih penting.. ALLAH TAHU kesungguhan adik.

regards,
Dr.Areena.







2 comments: