Wednesday, October 19, 2011

Kehidupan Baru Saya :)

Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya saya dapat kembali mood nak update balik blog ni. lama sangat2 dah xupdate dan kini dah hampir sebulan dah saya bergelar sebagai pelajar PERUBATAN tahun satu Universiti Sains Islam Malaysia. Alhamdulillah.

secara jujurnya, saya rasa sangat gembira dengan suasana di sini walaupun kehidupan kami agak sibuk. malam khamis dalam satu minggu, malam yang paling release kepenatan kelelahan kesemputan dan sebagainya dan sebab itulah saya masih berkesempatan pada malam ini, malam khamis miggu kelima saya untuk update blog saya.

sekali lagi saya ucapkan rasa sykur krna di tmpat ini merupakan tempat titik tolak saya mengatasi kelemahan diri saya.

andai dulu saya mudah terasa dengan kata-kata yang kasar, kini saya sudah mula untuk menerima sikap manusia sklliing.
saya belajar bgaimana nak atasi rasa takut saya dengan mayat, sebab EVERY WEEK saya kena menghadap dan PEGANG mayat. 

*ok, dulu sangat takut mendekati mayat.

but at least sedikit sbyak ia mendidik saya melatih diri supaya lebih tabah dan matang dalam mengahadapi kelemahan. 
andainya dulu, saya merasakan apa yang perlu dipersembahkan dan ditonjolkan pada orang lain adalah kesempurnaan TANPA membuat kesilapan.
kini, saya lebih merasa nikmat KESEMPURNAAN berdasarkan kesilapan. saya cuba untuk senyum dan atasi apa yang berlaku, walaupun kelemahan saya ditonjolkan pada orang lain.

contoh, baru baru ni saya tak dapat terangkan jwapan tutorial di hadapan kelas dengan baik, ditegur lecturer muda kerana xbersedia walaupun hakikatnya saya rasa saya sudah membuat persiapan pada hjung mggu. saya rasa panick sangat hanya Allah saja yang tahu. saya rasa sedih sangat sebab saya tak dpat buat kawan-kawan saya faham apa yang saya terangkan. Saya ambil buku Vender yang tebal untuk dibacakan balik pada kawan-kawan depan kelas, tapi ditegur lagi dengan lecturer sbb nmpak tak bersedia.

saya cuba tabahkan hati. saya tak mahu tunjuk saya emosi. tapi ada satu wajah yang saya nmpak dalm kelas tu, menyebabkan saya lebih berkeyakinan untuk saya teruskan penerangan saya.

walaupun penerangan pada masa itu agak tidak meyakinkan, tapi saya berpuas hati sebab markah kuiz saya selepas tu sangat baik dan memuaskan. kiranya mampu untuk menebus balik kesilapan saya tdi.

Subhanallah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. dalam kenikmatan dan petunjuk pertolongan yang Allah bagi itu, saya masih lagi dalam keadaan lalai dan leka.

di sini juga, saya belajar bagaimana hendak bergaul dengan semua orang tanpa ada rasa takut, inferior, bersangka tidak baik, dan mungkin juga matang tanpa merasakan diri ini apabila membuat perkara-perkala luar biasa niatnya untuk mencuri perhatian sekeliling.

saya cuba untuk meningkatkan potensi diri. menjelaskan apa sebenarnya motif saya berada dalam fakulti ini. bukan sekadar menjadi doktor bijak mentelaah buku, malah membina personaliti diri yang positif. saya cuba untuk meletakkan diri saya apabila berada di luar USIM kerana saya tahu masyarakat di luar sangat berbeza dengan bi'ah di sini.saya belajar bagaiman mahu merebut peluang, bersaing dan cergas. setiap hari cuba merawat minda diri sebelum merawat orang lain.

Alhamdulillah, di sini juga penggunaan bahas Inggeris semakin meluas, lecturer dari Mesir yang mengajar kami pun memahami kondisi kami yang baru belajar. mereka cuba untuk membantu kami faham betul2 dan dengan pembelajaran dan syllabus yang saya pelajari setakat ni, especially for Anatomy. kami di sini pelajar USIM ada subjek tambahan iaitu hafazan Al-Quran. InsyaALLAH bekalan yang besar baraqah dan rahmat inilah yang bakal memimpin kami dan meneguhkan diri kami agar sntiasa istiqamah walaupun sibuk mengejar urusan dunia dan menyelamatkan nyawa manusia. 

moga kita semua pelajar perubatan dalam USIM mahupun di luar USIM menjadi doktor MUKMIN yang mampu mengatasi mentaliti seorang melayu tipikal dengan menjadi seorang MUKMIN yang luar biasa.


senyum! :)

Regards,
Dr. Areena


No comments:

Post a Comment